Posts

Nasiblah Kita

Image
Saya terbaca berita bahawa kereta yang lebih 15 tahun terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom. Kita mengakui bahawa keselamatan pemandu di jalanraya adalah penting. Persoalannya ialah adakah kereta lama yang banyak terlibat dalam kemalangan atau kereta baru? Kita mengharapkan kerajaan membuat kajian yang sepatutnya dalam hal ini. Rakyat yang berpendapatan rendah tentu sukar untuk membeli kereta baru, berbanding dengan mereka yang kaya. Ini tentu menekan rakyat bawahan. Mereka telah membeli kereta "second hand" untuk kemudahan daripada hujan dan panas. Kini terpaksa "panas" kerana terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom yang tentu akan mengenakan bayaran tertentu. Janganlah untuk "meningkatkan dayasaing industri automatif tempatan" maka rakyat bawahan terpaksa menanggungnya. Sudahlah terpaksa membayar insuran yang semakin meningkat setiap tahun, kini terpaksa menanggung kos tambahan. Kenapa industri automatif yang bertapak sejak belasan tahun lalu masih belum ...

Dah Dapat Keputusan

Akhirnya, satu keputusan telah dibuat. Ini seperti dilaporkan harakahdaily. Kita berharap keputusan ini adalah keputusan terbaik buat masa ini. Diharapkan semua ahli jamaah dapat terus bekerja untuk memenangkan Pas dan Pakatan dalam PRU13 nanti. Semoga Pas terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk berjuang dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Harap Dapat Diselesaikan

Malam esok akan diadakan satu mesyuarat khas dikalangan kepimpinan Pas Pusat untuk membincangkan masalah parti. Dilaporkan ia akan diadakan mulai 8.30 malam. Semua pemimpin dijangka akan menghadiri mesyuarat berkenaan. Semua ahli Pas berdoa semoga semua pemimpin yang hadir diberikan kelapangan dada untuk menentukan dan menyelesaikan masalah yang ada. Kepimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diberikan tanggungjawab untuk menilai pergerakan parti dan menentukan halatuju parti. Sejarah telah menentukan bahawa mesyuarat dengan lapang dada dan sanggup menerima kritikan akan menghasilkan natijah yang baik. Kita berharap perbincangan dalam mesyuarat ini tidak akan bocor keluar sebelum satu ketetapan dihasilkan. Satu keputusan yang penting untuk memacu parti menghadapi cabaran masa depan.

Pandai main Nampak!

Image
Saya terlihat gambar ini, rasa tertarik dengan gambar bahawa wanita juga boleh bermain bola dengan menutup aurat. Nampak gaya jangan jadikan alasan menutup aurat sebagai penghalang untuk aktif dalam kegiatan tertentu. Wanita yang menutup aurat pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan Olahraga Asia dalam acara 100 meter. Oleh itu, wanita yang rasa mereka Muslim, marilah sama-sama menutup aurat untuk melambangkan kita sebagai wanita muslim. Selamat berjuang untuk semua.

bersatu

Image
Penulis berharap PAS akan terus bersatu dan memilih jalan yang terbaik. Kita berharap kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan pada muktamar lalu dapat membuat keputusan yang baik untuk memantapkan Pas. Selamat bersatu untuk kemenangan Islam. PAS For All.

Pergolakan

Kisah tentang TGNA mencadangkan diadakan muktamar khas dan PRK Parlimen Batu merupakan tajuk utama yang dilihat dalam blog hari ini. Inilah suasana politik yang ada di Malaysia. Tidak pernah sunyi dengan pergolakan politik. Rasanya kalau tidak ada suasana yang begitu, mungkin akhbar kita pakai tak dak berita kot. Selepas MCA adakan EGM, dan selepas UMNO buat perhimpunan pinda perlembagaan, maka kenapa PAS nak berhimpun juga? PAS telah memilih kepimpinan awal JUN lalu, baru empat bulan...... Rasanya masyarakat akan lihat kepimpinan Pas bergolak macam MCA juga. Tak kan kalah di Bagan Pinang, kita dapat buat kesimpulan rakyat tolak Pas. Tentu kesimpulan ini tidak tepat. Kalau diadakan PRK Batu pula, ini akan menjadikan PRK Parlimen pertama di KL. Satu kawasan majoriti kaum Cina, mungkin boleh lihat pola pengundi Cina selepas PRU12 yang lalu. Bolehlah dilihat sama ada pengundi Cina dah kembali ke BN. Pergolakan politik inilah yang menghidupkan suasana kehidupan rakyat 1malaysia.

Pengadilan

Semalam, penulis mengikuti satu kuliah agama di surau di kampung tempat tinggalnya. Dalam kuliah tersebut salah satu yang menarik perhatian ialah perbincangan tentang perbicaraan. Hakim di dunia tidak mengetahui sebarang perbuatan tertuduh sehingga tuduhan itu dibawa kehadapannya. Beliau akan mendengar segala hujah daripada peguam sebelum menjatuhkan hukuman. Walaupun seseorang itu tidak melakukan perbuatan berkenaan (teraniaya), maka ia akan dikenakan hukuman. Sekiranya seseorang yang bersalah dapat mengemukan bukti untuk mengelak, maka dia akan terlepas daripada dihukum. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah yang dikemukan dihadapanya. Hakim di akhirat sudah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dunia. Perbicaraan dilakukan dihadapan hakim yang mengetahui segala perilaku hambanya. Tentu sesiapa yang bersalah tidak dapat melarikan diri daripada perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Oleh itu, sedarlah walaupun apa yang dilakukan di dunia ini, kita tidak dapa...