Posts

calon Sudah ada, Pilihan Anda Penduduk Bagan Pinang

Image
Semalam (29.09.2009), calon yang akan mewakili BN dan Pakatan (Pas) telah diumumkan. Kedua-duanya akan mewakili parti masing-masing dalam PRK Bagan Pinang nanti. Penamaan calon pada Sabtu ini, pasti akan meriah kerana kedua-dua parti perlu menunjukkan kekuatan awal sebelum hari pengundian pada 11 Oktober 2009 nanti. Zulkifli Mohd Omar akan mewakili Pas, manakala Isa Samad akan mewakili BN. Kedua-duanya sudah dikenali oleh rakyat Negeri sembilan. Diharapkan usaha yang bersungguh dari semua pihak dan sokongan rakyat akan membawa wakil rakyat kedua dari PAS ke DUN Negeri Sembilan.

Siapakah Yang Terpilih?

Hari ini, parti-parti utama yang akan bertanding di Bagan Pinang dijangka akan mengumumkan nama calon pilihan mereka. Siapakah yang akan terpilih nanti? Bagi BN, calon pilihan ramai ialah Tan Sri Isa Samad. Beliau merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dikatakan calon utama pihak UMNO yang akan mewakili BN. Walaupun begitu, mantan PM Che Det tidak setuju Isa menjadi calon di sana. Beliau meminta BN mencari calon lain. Bagi PAS yang akan mewakili Pakatan, calonnya juga akan diumumkan hari ini. Siapakah nanti yang akan tercalon? Antara cakap umum ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Begitu juga calon 2008 yang juga merupakan Yang diPertua Pas Kawasan Teluk Kemang. Sesiapa sahaja yang terpilih, mereka pasti menjadi harapan parti masing-masing. Adakah akan timbul calon Bebas dalam PRK ini? Permatang Pasir dan Manik Urai menyaksikan calon Bebas merehatkan diri selepas kecundang dan hilang wang pertaruhan dalam PRK sebelum itu. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari parti-parti yang terlib...

Kenapa Begini, Apa Salahnya.....

Pagi tadi ketika sampai di masjid berdekatan dengan rumah saya untuk solat Subuh, Tok Imam masjid menunjukkan bahawa kunci pintu besi masjid telah dipotong oleh seseorang. Ini kejadian kesekian kalinya berlaku dimasjid berkenaan. Sebelum ini, kecurian "pc system" masjid, kecurian beberapa buah motosikal ketika sedang solat, kecurian di dalam masjid ketika bersolat dan sebagainya. Persoalan yang timbul dalam pemikiran saya ialah, siapakah yang mencuri tanpa mengira tempat? Masjid sebagai tempat ibadah amat dihormati. Kenapakah kejadian kecurian boleh berlaku di masjid? Jikalau sebelum ini, selalunya yang hilang adalah selipar, tetapi kini sehingga kepada motosikal dan sebagainya. Adakah kehidupan rakyat negara ini begitu mendesak sehingga sanggup mencuri di dalam masjid? Ketika masih dalam suasana Aidil Fitri, banyak sumbangan yang diberikan kepada orang susah, masih lagi berlaku kejadian kecurian. Adakah yang terlepas pandang atau memang mereka ini menantikan selepas ramadan ...

Perkasa Pakatan?

Image
Selama lebih kurang 18 bulan kerajaan pakatan mentadbir beberapa negeri, mereka dilihat sering bertelagah. Itulah peranan yang berjaya dimainkan oleh media arus perdana. Kini serangan ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali. Ia seolah-olah diserang oleh rakan dan musuh. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan dan Pakatan sedang bergolak. Kenapa berita ini menjadi sensasi? Selepas berjaya di Perak, kini pihak BN cuba untuk memecahbelahkan kesatuan ini di negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan. Selangor dan Kedah nampaknya diserang. Selepas Kedah dengan keluarnya seorang EXCO, kini Selangor pula dipancing dengan masalah. Kerjasama dalam Pakatan bukan bererti semua pihak terpaksa menutup mulut apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya. Semua pihak perlu diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat. Pakatan perlu dimantapkan kerana BN sudah kehilangan penyokong serta banyak masalah sesama mereka. Bagaimana hendak memantapkan Pakatan? Satu persidangan atau konvensyen Pakatan perlu diadakan un...

Jumpa balik

Selamat berjumpa kembali. Selama lebih dari seminggu, cuti raya, tidak sempat belek komputer. Selama seminggu bersiap untuk hari raya, berjalan ke rumah saudara, pergi program rumah terbuka, ada kenduri kahwin dan berehat di rumah menerima tetamu. Sempat juga jumpa rakan yang terpisah sejak tahun 1985 dahulu, lebih kurang 24tahun tu, masih segak seperti dahulu. Pergi rumah kenduri kahwin, tetapi ada yang silap hari, tentu jadi haru. Itulah asam garam kehidupan. Hari ini kembali bertugas, selepas masuk kelas, saya buka komputer dan menulis kembali sebagai pembuka kata selepas cuti. Selamat untuk semua dan rakyat Malaysia akan melihat ke Bagan Pinang untuk melihat perhatian yang lebih yang diberikan oleh semua pihak ke sana. Yang belum buat rumah terbuka, pasti akan merancangnya kerana masih ada masa hingga habis bulan Syawal ini. Bagi yang belum puasa sunat juga masih ada masa. marilah kita mencari seolah-oleh kita puasa sepanjang tahun dengan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal i...

Lepas Raya, Pilihanraya

Image
keputusan PRU ke 12 2008 Nampaknya PRK dinegara ini tidak pernah lekang dalam diari hidup masyarakat kita. Kita ia bergerak ke selatan selepas Pantai Timur, Utara dan Sarawak merasainya. PRK ini tentu menarik kerana ia adalah kubu kuat BN dengan adanya undi pos. Selalunya BN menang dengan undi pos. SPR telah tetapkan pengundian pada hari Ahad, tidak seperti kebiasaannya yang amat diminati oleh mereka iaitu Selasa. Diharapkan pengundian akan berlaku dengan jumlah pengundi yang lebih ramai. Jika PRU12 ada 81 peratus yang mengundi, diharapkan jumlah pengundi akan lebih banyak kali ini. Kita juga mengharapkan SPR benar-benar menjadi pengantara yang adil kepada parti yang bertanding, jangan dilihat berat sebelah. Semoga PRK dalam suasana Aidil Fitri akan menjadikan pilihanraya ini sebagai medan pengukur kerjasama rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. Mereka mahukan suasana yang aman dalam pesta pilihanraya kali ini.

10 Yang Akhir

Hari-hari dalam bulan Ramadan ini berlalu begitu pantas, tanpa disedari kini sudah melewati 20 hari umat Islam berpuasa. Sekarang kita berada sepuluh hari yang terakhir, yang dijanji dilepaskan dari api neraka. Umat Islam digalakkan bersungguh-sungguh beribadat di 10 malam yang terakhir ini. Moga-moga kita akan mendapat nikmat dari Allah s.w.t. Ada malam Lailatul Qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. kebanyakan ilmuan Islam berpendapat bahawa Malam yang mulia ini berada di 10 malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Digalakkan beribadat di malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Kita semua mestilah berazam untuk menghidupkan malam-malam akhir Ramadan. Azam yang kuat disertai dengan kesungguhan, maka kita dapat memenuhi malam-malam akhir dalam bulan Ramadan ini dengan ibadat kepada-Nya. Jadi marilah kita semua berazam memenuhkan ibadah dan berdoa kepada Allah supaya kita dilepaskan dari azab neraka. Azab neraka amat menakutkan. Selamat memenuhkan malam 10 yang akhir ini dengan ib...