Posts

PRK lagi

maklumat dari http://idhamlim.blogspot.com tadi menyebutkan ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kena berkampung lagi di Parlimen Permatang Pauh selepas PRK parlimen berkenaan dan DUN Penanti. Berjumpa di Permatang Pasir nanti. Al Fatihah.

La Ada Lagi Yang Naik

Image
RapidKL mengumumkan mulai 1 September ini tambang perkhidmatan basnya akan dinaikkan dengan kadar baru tambang harian naik sehingga 100 peratus. Bagaimanapun, RapidKL akan memberi potongan harga antara 60 dan 80 peratus kepada pengguna yang membeli pas bulanan. Anda boleh baca di sini . Nampaknya banyak yang "rakyat terpaksa didahulukan". Kenaikan ini pasti akan membebankan orang KL. Tu la, nampaknya tak dengarlah nak turun harga barang-barang, yang dengar harga barang akan naik. Nasiblah 1Malaysia.

Cerita bola sat

Image
Manchester City (MC), kelab bola sepak yang dianggap kaya di Britain kini telah membeli ramai pemain bola sepak yang mereka yakin dapat membantu MC berjaya dalam saingan liga tahun ini. Antara kelab yang menjadi pemain mereka sebagai belian MC ialah Arsenal. Dua orang pemainnya telah dibeli oleh MC iaitu Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure. Pembelian ini menyebabkan arsenal bagaikan kehilangan taring untuk bersaing tahun ini. Seorang penyerang dan seoarang pertahanan utama telah dibeli oleh MC. Arsenal yang dikenali ramai, mempunyai ramai pemain muda berbakat dan pembelian pemain juga tertumpu kepada pemain muda. Pembelian Arsenal tetap mendapat perhatian. Diharapkan mereka mampu bersaing dengan pasukan lain tahun ini yang mula membeli ramai pemain baru.

pro atau anti ISA

Image
Pada 1 Ogos 2009, hari sabtu nanti, akan diadakan dua perhimpunan serentak di Kuala Lumpur. Satu akan menyokong ISA dan satu lagi akan minta ISA dimansuhkan. Jadi kedua-dua kumpulan ini jelas bertentangan tujuan mereka. Jadi pada hari sabtu nanti akan ada dua kumpulan yang akan menyatakan citarasa dan pendapat mereka. Mereka akan sama-sama menyerahkan memo kepada YDP Agong menyatakan pendirian mereka. Ini satu yang pasti akan menjadi sejarah besar kita kerana kedua-dua pihak boleh menghantar penyataan masing-masing kepada YDP Agong. Apakah pilihan anda pada hari sabtu ini?

Bulan Puasa

Image
Sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban, tak lama kita akan menyambut bulan puasa (Ramadan). Jadi umat Islam mesti bersedia menyambut bulan seribu rahmat ini. Dalam bulan Ramadhan diwajibkan umat Islam berpuasa. Berpuasa memberi maksud tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti berkiut : Makan dan minum dengan sengaja. Bersetubuh dengan sengaja di siang hari. Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya. Bersalin. Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja. Kedatangan haid bagi perempuan. Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya. Selain dari kewa jipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam pada bulan Ramadan.Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi s...

Yakin Selamat?

Image
Saya sudah beberapa kali ke Plaza Masalam, di Shah Alam. Saya tidak ambil kisah tentang apa yang ada di dalam bangunan berkenaan. Saya pergi ke sana sebab keluarga saya suka makan soto di salah sebuah kedai makan di bangunan berkenaan. Tetapi minggu lepas kita dikejutkan dengan kematian seorang saksi di bangunan berkenaan apabila disoal siasat oleh SPRM. Kerajaan juga telah menubuhkan satu suruhanjaya siasatan terhadap kes berkenaan. Kerajaan patut mengambil keadaan ini untuk membetulkan keadaan. Rakyat inginkan kebenaran . Mereka sekarang kurang yakin dengan keselamatan diri mereka, walaupun didalam kawasan yang sepatutnya selamat. Suruhanjaya yang akan dibentuk nanti patut mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan mereka. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan. Berikan kembali keyakinan untuk rakyat merasa selamat.

Separuh manusia, separuh syaitan

Image
Seminggu lalu ketika makan di sebuah kedai makan, ada 'orang lama' berkata, "Ramai sekarang ni anak separuh manusia dan separuh syaitan." Saya pun bertanya, "Kenapa begitu?" Beliau berkata,"Kebanyakan pasangan yang berkahwin kini, pakai hentam sahaja, ketika berjimak ramai yang tak berdoa, jadi syaitan tumpang sekaki. Tu anak yang lahir setengah syaitan setengah manusia." Begitulah adanya. Lihat suasana hari ini, gelagat dan perangai anak muda hari ini yang tidak menghormati orang tua, gejala sosial yang berlaku serta banyak anak luar nikah membuktikan kenyataan 'orang lama' tadi. Marilah kita berdoa agar kita dikurniakan dengan anak yang soleh yang akan mendoakan kita apabila tiada nanti. Amin..