Posts

Siapa Lebih Kuasa?

Image
Selepas bertahan tidak melepas jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO selepas tidak dilantik Menteri Besar Perlis, DS Shahidan Kassim terpaksa melepaskan jawatan tersebut. DS Dr Md Isa Sabu telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru. Shahidan dilantik sebagai MT. Sekarang pertembungan ini pasti dan tetap rancak. Seorang berkuasa di negeri dan seorang berkuasa di pusat. Macam mana UMNO Perlis nak bersatu? Walaubagaimanapun, PAS Perlis kena terus bekerja untuk menumpaskan UMNO. Selamat bekerja untuk kejayaan bersama.

Selesema Babi

Dua tiga hari ini mula orang dok sibuk pasai selsema babi. Mai mana pulak selsema babi ni? Jadi sama-sama jaga kesihatan kerana depa kata tak jumpa lagi vaksin penyakit ni. Selamat menjaga kesihatan. Somoga dijauhkan bala ini menimpa kita semua.

Apa Yang Menanti Di Penanti?

23 Mei nanti ada penamaan calon dan 31 Mei nanti akan ada pengundian bagi PRK Penanti. Pilihanraya yang keenam selepas PRU 2008 yang lalu. Selepas 5 kali PRK keputusan Pakatan 4 dan BN 1. Jadi dalam PRK Penanti nanti mesti pihak BN akan melakukan sesuatu untuk merampas dari PKR. Ini kerana ia adalah PRK pertama DS Najib sebagai Presiden UMNO dam PM. Rakyat di Penanti akan pasti di serang dengan berbagai nikmat untuk diraih sokongan mereka. Jadi berhati-hatilah dengan kempen yang akan anda hadapi. Tentu banyak yang akan menanti di Penanti. Semua pihak sudah turun di Penanti untuk bersama rakyat agar mereka akan mendapat undi pada 31 Mei nanti. Rakyat mesti bersedia untuk memjadi tuan sebelum 31 Mei nanti.

PAS untuk semua

Image
PAS seperti yang diketahui adalah sebuah parti politik. Ia ditubuhkan pada tahun 1951. PAS merupakan parti awal yang menang dalam pilihanraya 1955, selain dari Perikatan. PAS mendapat satu kerusi yang menunjukkan PAS mendapat sokongan rakyat sejak sebelum merdeka. Selepas merdeka PAS telah berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu. Walaupun Terengganu terlepas selepas itu, PAS telah melebarkan sokongan ke seluruh Semenanjung. Perjuangan PAS ada jelas sebagai parti politik Islam. Nama parti ini jelas menunjukkan kenyataan ini. Sejak dahulu hingga sekarang, PAS tetap dengan agenda yang sama. Walaupun cara mungkin berbeza selepas diambil oleh kepimpinan ulama pada wal 1980-an. Kepimpinan ulama telah membawa PAS ke satu era yang baru. Rakyat mula menerima PAS sebagai parti untuk semua. Kemenangan PAS dan memerintah beberapa negeri membuktikan sokongan rakyat ini. Kini pemilihan kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Jun ini, menunjukkan satu perubahan kepada PAS sendiri. Banyak pihak c...

PRK Penanti

SPR telah menetapkan bahawa 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei 2009 adalah hari pengundian bagi PRK DUN Penanti. Walaubagaimanapun, SPR akan cuba untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan pada hari pengundian. Ini tentu satu cadangan bagi menghalang orang ramai memancing undi pada hari terakhir. Mungkinkah nanti keadaan hari mengundi hanya sepi? SPR diharapkan sedar bahawa hari pengundian merupakan hari untuk rakyat keluar memilih pemimpin mereka. Mereka mahu berhimpun untuk merayakan hari penting bagi mereka disesuatu kawasan. Adakah ini satu cara untuk menghalang kemeriahan dan sokongan rakyat kepada Pakatan?

Ubah Pulak

Kalau sebelum ini, makluman tentang kerusi DUN Penanti akan diadakan pada hari Jumaat, tetapi hari ini ia akan diumumkan pada hari Isnin pulak. Awat pulak tukaq tarikh pengumuman? Ada apa-apa ka? Jangan kerap ubah tarikh, nanti rakyat marah. Bila rakyat marah, BN akan kalah. Bila BN kalah, lagi pening PM baru kita.

Israel Disokong?

Kenapa Israel dibela, pensyarah yang membantah tentang aktiviti pelajar memakai pakaian Israel dan membawa bendera Israel digantung dua minggu? Dimanakah sensitiviti masyarakat pelajar tentang kekejaman Israel? Mengapakah mereka sanggup mengibar bendera Israel? Inilah sikap kerajaan Malaysia. Walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram tersebut, tetapi aktiviti mengecam negara haram tersebut seolah-olah tidak dihiraukan oleh kerajaan. Masihkah kita ingat bagaimana Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayob meringkup dalam penjara kerana menentang pembabitan Israel dalam kejohanan kriket di negara ini satu ketika dahulu. Kenapa pensyarah yang cuba menyedarkan pelajar mereka digantung dari tugas? Mereka yang mengajar digantung dan pelajar dibiarkan? Anda boleh lihat berita tersebut disini. "Tujuh pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, digantung selama dua minggu kerana dituduh menghalang sekumpulan pelajar mengadakan perarakan ala perhimpunan Pertub...