Posts

Jatuhkan BN!

Image
Hari ini, merupakan hari ke 3 berkempen. Saya melihat banyak media cetak dan elektronik jelas menyokong BN. Mereka seolah-olah tidak memberikan layanan yang sama terhadap Pakatan Rakyat. Kita berharap, walaupun Pakatan kecil berbanding sumber yang ada kepada BN, tetapi BN cukup takut kepada Pakatan. Mereka akan mencuba untuk mengalahkan Pakatan dengan segala kekuatan jentera yang ada. Pakatan sudah hilang 2 sumber maklumat (Harakah dan Suara Keadilan) apabila tidak dibenarkan beroperasi. Tetapi diharapkan kita dapat memberikan maklumat kepada rakyat dengan sumber dan kaedah lain. Cuma kita berharap rakyat akan berusaha mendapat berita dari sumber lain untuk mengimbangi berita dari BN. Rakyat sekarang sudah tidak menerima berita tanpa analisis yang jujur. Mereka sudah membuktikan dalam PRU12 lalu. DS Najib pasti berusaha disemua tempat. Bagaimana pula dengan Pak Lah, turun atau tidak dalam PRK ini. Rakyat menanti sesuatu yang baru dari BN dalam pilihanraya ini. Mereka kena buktikan kes...

Selamat...... Sambut

Image
Dalam beberapa hari lagi DS Abdullah Ahmad Badawi akan meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Diucapkan "Selamat". Dilaporkan DS Abdullah akan mengadap SPB Yang Dipertuan Agong pada 2 April nanti bagi melaksanakan proses peralihan kuasa tersebut. DS Najib tentu dah dok sedia, pasti akan melakukan pembersihan selepas ini seperti yang dijanjikan dalam Perhimpunan Agong UMNO dulu. Pakatan kena kerja bersungguh-sungguh supaya DS Najib sambut jawatan tersebut dengan tewasnya BN di 3 tempat PRK pada 7 April nanti. Biar rakyat bergembira dengan kemenangan menewaskan BN. Sambutannya tentu meriah.

Ramainya.... Tentu Meriah.

Image
Saya mungkin terlambat sikit nak mengucapkan selamat kepada semua calon yang bertanding dalam 3 PRK. 15, 3 dan 2 : begitulah bilangan calon yang bertanding. Saya tertarik di Bukit Selambau. Pasai ramai nak jadi wakil kat situ. 15! Ramai tu. Saya terfikir dalam keadaan kemelesetan ekonomi ni, di Kedah masih ramai yang kaya. Adakah depa rasa boleh menang. Berapa peratus keyakinan depa? Dalam dok kutuk kerajaan Pakatan tak reti perintah, tiba-tiba ramai yang jadi orang kaya, RM5000 deposit calon campur deposit poster RM3000 tak ka jadi RM8000. Kalau kalah dan tak cukup undi tentu hilang duit tu. Tak sayang ka? Adakah calon bertanding akan mendapat sokongan ramai? Macam mana nak perkenal lambang? Atau bercita-cita nak jadi EXCO? Semuanya kena kerja kuat, pasai ramai, kot-kot pengundi pun pening. Jadi PRK Bukit Selambau tentu meriuh.... Jumlah calon nak sama dengan lubang congkak. Yang nak bagi BN tumbang, lagi kena kerja kuat. Jadi Sokonglah Kerajaan Kedah la ni.. Selamat bekerja dan selam...

Terus bekerja

Image
Malam tadi, segala keputusan dalam pemilihan UMNO dah diketahui. Yang berjaya dan tak berjaya berjanji akan bersama memperkuatkan parti tersebut. Semuanya nampaknya akan bekerja dengan TPM (bakal PM?) untuk mengembalikan maruah UMNO yang tercabar. Kemenangan Timbalan serta Naib Presiden yang baru tentu akan memberikan semangat baru kepada parti ini. Rakyat melihat semua pihak menyatakan sokongan terhadap TPM termasuk PM (bakal mantan PM?). Ini tentu akan menambahkan cengkaman beliau terhadap UMNO. Apabila semua pihak menyatakan sokongan, pasti mereka akan bersatu dalam menghadapi PRK yang akan berlaku dua hari lagi. Inilah cabaran tambahan yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Semua rakyat walaupun melihat TPM bagaikan tidak bersih, tetapi beliau dilihat bersih oleh UMNO. Pasti dengan kenaikan pangkat serta mungkin dengan janji baru, rakyat akan terpengaruh. Mungkin kita akan berhadapan dengan isu baru yang tidak disangka? Janganlah Pakatan Rakyat berasa selesa dengan suasana yang ada. ...

Ketua Baru - Cabaran Baru?

Semua tiga sayap UMNO telah memilih ketua baru. Semuanya bekas naib ketua masing-masing telah dinaikan pangkat oleh perwakilan. Semuanya berjanji ingin men'tranform' UMNO. Oleh itu, semuanya berjanji akan turun habis-habisan dalam PRK selepas perhimpunan parti tersebut. Bakal presiden parti pun berazam akan merubah UMNO ke arah yang lebih baik. Jadi selepas ini, rakyat Malaysia akan melihat berlakunya perubahan dalam UMNO. Semua orang seolah-olah rasa macam UMNO akan berubah.. Bagaimanakah persediaan parti-parti lain terutama PAS dalam menghadapi situasi ini. Rakyat sudah tentu ada yang terlekat dihati mereka dengan janji orang baru. Mereka pernah berubah kepada UMNO dan memberikan sokongan selepas Pak Lah berjanji "mencari Al Ghazali dan As Syafie". Mereka tentu ada yang enak mendengar janji Bakal PM yang akan membersihkan UMNO. Maka mungkin ada yang terjebak sekali lagi serta percaya kepada janji ini. Adakah rakyat ramai akan terjebak? Bagaimana persediaan sayap-say...

TV?

Pagi ini, sambil bersarapan saya membuka TV3. Saya rasa keliru kerana di depan meja pengacara ada lambang parti UMNO. Saya tertanya-tanya sama ada saya lihat TVUMNOka? Atau rancangan UMNO?

Calon Kita...

Image
Calon Pas ( baca Pakatan Rakyat) di Bukit Gantang telah diumumkan. Tugas petugas Pakatan Rakyat adalah untuk mengajak rakyat menolak BN dalam PRK nanti. Berusahalah untuk Pakatan Rakyat terus berada di posisi menang di Bukit Gantang. Jangan sambil lewa kerana BN banyak tipu muslihatnya. Harus berjaga-jaga, jangan biar rakyat terpedaya dengan tipu dan usaha mereka.