Posts

Showing posts from May, 2009

Pulun awai nampak

Image
UMNO nampaknya bersungguh untuk menang di Manik Urai. PERDANA Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam foto sebelah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan). Mesyuarat itu dijangka membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai ini. Mustaffa Mohammad jadi pengarah pilihanray a itu bagi UMNO, selamat. TPM pula jadi pemantau. selamat. Banyak la projek lepas ni orang Manik Urai boleh rasa. UMNO nampaknya bersedia awal, banyak wang yang nak guna tu. Lama lagi nak penamaan calon (6 Julai). Tunggu dekat-dekat baru turun, taklah bazirkan duit. Nanti turun jangan 'claim' duit perjalanan dengan duit kerajaan. Nanti banyak lagi duit rakyat yang akan digunakan. Kalau nak ke manik Urai guna wang

Yang Mana satu?

Image
Lusa 31 Mei pengundi DUN Penanti akan memilih wakil mereka ke DUN Pulau Pinang. Siapa pilihan pengundi DUN berkenaan? Calon PKR atau 3 wakil bebas? Sama-sama kita lihat nanti. Selepas itu, 4 Jun Muktamar tiga Dewan Pas akan membuat pilihan. Dewan Pemuda dan Ulama telah menentukan kepimpinan tertinggi mereka. Yang menjadi perhatian pasti pemilihan Dewan Muslimat. Ini kerana akan berlaku pertandingan ketua dan timbalan ketua dalam dewan berkenaan. Selepas itu, 5 Jun, Muktamar Pas Pusat kali ke 55 akan menentukan pilihan mereka. Siapakah timbalan dan naib-naib presiden partitersebut? Semoga semua akan berjalan lancar. Walaupun siapa yang terpilih, semuanya pasti akan melaksanakan tugas untuk memartabatkan perjuangan Islam parti tersebut. Pemilihan manakah yang menjadi perhatian rakyat Malaysia pada minggu ini? Penanti atau Muktamar Pas nanti? Akhbar perdana akan cuba terus mengambarkan pergolakkan yang besar dalam Pas, atas pemilihan tahun ini. Perwakilan Pas sudah tentu akan bijak memili

Naik, naik, naik lagi

Dalam bulan ini, ada sudah didengari bahawa harga minyak kan naik mulai september nanti. Baru sehari dua ini, tambang kereta api juga akan dinaikan. Nampak gayanya selepas DS Najib jadi PM ni banyak harga barangan mulai naik. Yang tak naik ialah ekonomi, dengar kata makin menguncup. Macam mana ni DS PM, kata belajar bidang ekonomi?

14 Julai... nanti taulah

SPR telah menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan 14 Julai sebagai hari pengundian PRK DUN Manik Ura i. waktu selama lebih dari satu bulan ini pasti akan digunakan oleh BN untuk berkempen di sana. Marilah bersama-sama ke DUN Manik Urai untuk memperteguhkan kerajaan negeri Kelantan. BN yakin akan kembali memenangi DUN berkenaan, kata ketua penerangan UMNO. Ini kerana BN pernah menang di situ pada 1978 dan 2004. Pas sebagai pemegang kerusi berkenaan pasti akan bekerja untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Kenapa SPR menetapkan waktu lebih dari sebulan sebelum tarikh pernamaan calon? SPR sahaja tahu jawapannya.

Tahniah, ketua baru DPPP

Image
Dewan Pemuda PAS telah sah menerima kepimpinan baru apabila ketua, timbalan dan naib menang tanpa bertanding . Ini satu keputusan yang baik kerana, sebelum ini diberitakan akan ada pertandingan untuk jawatan-jawatan dalam pemuda. Oleh itu, pemuda mesti bersedia untuk menyediakan kepimpinan masa depan Pas. Ustaz Nasarudin Hassan telah menang jawatan Ketua Pemuda. Beliau akan menghadapi cabaran untuk membawa pemuda sebagai barisan masa depan Pas. Cabarannya besar, diucapkan tahniah dan takziah atas tanggungjawab yang diamanahkan itu. selepas ini, pemuda Pas mesti bergerak dengan lebih segak kerana ketua baru pasti akan membawa semangat dan cara bergerak yang baru. Selamat berjuang.

Pilihanraya lagi

Alfatihah, atas kembalinya ke rahmatullah ADUN Manik Urai, Allahyarham Ismail Yaakub pagi tadi (22 Mei 2009). Dilaporkan beliau meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Didoakan agar beliau termasuk dikalangan hamba Allah yang akan dirahmati Nya. Diatas kematian tersebut, maka satu PRK akan terpaksa diadakan. Persoalan yang timbul ialah adakah BN akan bertanding? Jika diambil alasan membazir wang rakyat, mungkin BN tidak akan bertanding. Oleh itu, pasti selepas ini akan berlaku kejadian iaitu BN semakin fobia dengan pilihanraya. Belum pun lagi penamaan calon di Penanti, BN kena fikir tentang satu lagi pentas berhadapan dengan rakyat. Ini belum lagi di Perak. Sekiranya DS Nizar menang kes petang ini, mungkin akan diadakan satu pentas lagi untuk rakyat memilih pemimpin mereka. Jadi bersiaplah untuk berhadapan dengan rakyat. Selamat berjuang untuk semua.

Sikap Mulia

Sambil membelek blog tentang kisah Mahkamah rayuan hari ini, yang keputusannya akan diumumkan 3.30 petang esok; penulis terbaca tajuk yang menarik ini," Bekas Tim. Presiden Pas Jadi Penyapu Sampah". Ingatkan kerja di tepi jalan, atau di bangunan pencakar langit, rupa-rupanya mencuci Markas Tarbiyyah Pas di Taman Melewar. Penulis rasa terharu kerana, beliau tidak kisah dengan kerja yang beliau lakukan. Penulis juga berdoa agar beliau diberikan kekuatan untuk terus dalam jemaah. Beliau amat lama dalam jemaah. Beliau dianggap pakar perlembagaan Pas. Tetapi beliau tidak kisah untuk membuat kerja yang berkenaan. Bloger berkenaan nampaknya telah memberikan kesedaran kepada pejuang Pas, bahawa walaupun di mana kita dalam jemaah, tugas mesti diteruskan. Selamat berjuang untuk semua. Diharapkan jangan ada rasa kecewa dalam meneruskan perjuangan ini. Jangan kisah dimana kita berada tetapi, gerak kerja yang akan kita lakukan. Selamat.......

Celaru dah.. koi jelas?

Baca di sini , disini dan disin i. Tengok-tengok macam ada cerita di sebalik yang tersurat. Penulis juga ada terdengar desas-desus tentang perkara ini. Ramai yang mula bercakap-cakap. Di kedai kopi ini antara perbincangan yang dibuat. Adakah ia benar-benar berlaku? Atau adakah ia satu taktik untuk DS Shahidan nak tunjuk kelemahan Ketua Perhubungan Umno Perlis yang baru? DS Shahidan pun kata dia letih kena guna duit sendiri bayar gaji pemain bola. Berita ni juga menunjukkan ada yang tak kena dengan UMNO Perlis. Nampaknya di Perak orang dok cerita pasai siapa nak jadi MB, di Perlis berebut nak jawatan Ketua Perhubungan UMNO. Adakah ini menunjukkan bahawa mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi jelas berebut untuk kepentingan diri. Jadi di Perlis pun selepas ini, Pakatan boleh menang tapi kena kerja kuat lagi. Pasai walaupun nampak depa celaru tapi kalau tak ada usaha nak dekat dengan rakyat, pasti tidak akan mendapat undi mereka. Selamat menjatuhkan UMNO.

Penentuan?

Adakah hari ini, rakyat Perak dapat tahu siapa MB mereka? Adakah hari ini, hakim buat keputusan yang diterima semua? Adakah hari ini, rakyat dikembalikan hak mereka? Adakah tiada pilihanraya di Perak? Adakah akan tiada lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan? Adakah akan datang ramai orang ke mahkamah? Adakah Nizar dan Zambry akan berada di mahkamah? Adakah,..........? Adakah,...................? Kita berharap semua pihak akan menanti dengan penuh sabar dan bertindak secara matang.

Samseng

Samseng Jalanan - inilah istilah baru yang dicadangkan untuk menggantikan istilah "mat rempit" yang digunakan bagi menunjukkan sikap tidak bersopan penunggang motosikal. “Saya menyeru semua pihak termasuk media supaya tidak lagi menggunakan istilah mat rempit kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya,” Kata ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof. Bacaan penuh Penulis merasakan penukaran istilah tidak akan memberikan makna yang berkesan sekiranya tidak ditangani dengan cara yang berkesan juga. Walau apapun hukuman yang akan dikenakan tetapi sekiranya tindakan yang dilakukan tidak berkesan maka ia tidak akan memberikan kesan yang baik. Selain dari motosikal, pemandu kereta yang samseng juga patut diberikan perhatian. Mereka juga memandu dengan cara yang tidak bersopan dan membahayakan orang ramai. Polis juga patut mengambil tindakan yang berkesan kepada pihak ini. Bagi yang samseng demokrasi, iaitu tidak menghormati demokrasi, rakyat pa

Politik wang?

Image
Beberapa ketika ini, dilihat ada semacam satu gerakan yang menuduh PAS mengamalkan politik wang. Mengapakah perkara begini timbul ketika hampir dengan pemilihan? Adakah PAS sama seperti UMNO yang sering dikaitkan dengan politik wang? Politik wang adalah pemberian yang diberikan untuk mendapatkan balasan tertentu dari pemberian berkenaan. Ini sepatutnya diambil perhatian yang serius oleh parti. Walaupun ia belum nampak menular, sepatutnya parti mengambil perhatian bersungguh atas perkara ini. Ahli yang jujur dan ikhlas dengan parti pasti akan kecewa dengan gelagat yang didengari ini. Adakah ketika PAS mulai diterima oleh rakan dan lawan, gelagat ini akan menjadikan parti berkenaan akan dijauhkan kembali oleh rakyat. Dahulu rakyat ditakutkan dengan gelaran pelampau kepada PAS. Adakah dengan gelagat ini rakyat akan samakan PAS dan UMNO. Sedangkan asas perjuangan kedua-dua parti berkenaan adalah berbeza. Para perwakilan yang akan ke Selangor awal Jun ini pasti dan mesti bijak melihat situa

Tak jadi lah nak lawan

BN membuat satu keputusan yang amat menarik apabila menarik diri daripada bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 31 Mei nanti. Keputusan itu di buat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Ini satu lagi tindakan yang mengejutkan dari PM baru. Penulis merasakan pertama kali dalam sejarah BN tidak masuk dalam PRK. Adakah selepas ini, BN tidak akan masuk lagi dalam PRK. DS Najib menyatakan "Ini mainan politik pembangkang". Macam nak tergelak pun ada. BN tu kan parti politik, tentu main politik untuk kebaikan rakyat Malaysia. Berita berkaitan boleh di baca di sini. Sepatutnya BN bertanding untuk melihat penerimaan rakyat terhadap mereka. Disamping itu, dikatakan parti pembangkang menghadapi kemelut, BN patut ambil bahagian untuk melihat sokongan rakyat terhadap kemelut parti lain. Adakah BN akan menaja calon bebas untuk menentang calon Pakatan dalam pilihanraya tersebut. Ini juga akan dilihat oleh rakyat. Jika mereka menaja calon bebas, ini menunjukkan ketidak sungguhan

Nak ke mana tu?

Semalam semasa pulang dari kulim petang semalam (18 Mei), penulis melalui BKE. Semasa singgah di R&R Penanti dilihat ramai polis yang memakai celoreng (macam FRU) di situ. Penulis singgah untuk mengisi petrol. Selesai mengisi petrol, penulis bertolak pulang. Didapati di BKE ada lagi polis dalam beberapa trak yang sedang mengunggu di tepi jalan. Selepas itu, didapati ada simpang ke Penanti. Adakah polis-polis berkenaan akan ke Penanti untuk PRK minggu hadapan? Diharapkan pihak yang terlibat dalam PRK berkenaan dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

KHAMIS Pulak

Nampaknya penantian hari Isnin depan tidak jadi. Kita kena tunggu hari Khamis (21 Mei) untuk mendengar keputusan rayuan DS Nizar. Sama-sama tunggulah kita. Bacalah disini untuk berita penuh.

Apa pula jadinya?

Apakah keputusan Mahkamah Rayuan Isnin ini? Inilah persoalan yang bermain difikiran ramai rakyat Malaysia hari ini. Kenapa persoalan yang berlaku di Perak itu berlarutan begitu lama. Sedangkan Selasa lepas Mahkamah Rayuan mengambil keptusan dalam masa yang singkat sahaja. Rakyat berharap bahawa keputusan yang dibuat pada hari berkenaan adalah mengikut kehendak undang-undang yang ditulis. Dunia sedang melihat mahkamah kita.

Bidadari

Image
Sambil berehat semalam, saya mengambil buku "Bidadari Dari Timur". Sambil membaca buku berkenaan, saya mendapati bahawa kisah yang ditulis tentang ringkasan hidup isteri TGNA. Kisah tentang isteri, ibu dan isteri pemimpin yang ditulis dengan bahasa novel itu, menarik perhatian saya. Buku itu amat sesuai dibaca oleh semua pihak. Satu kisah yang sampai kehati apabila dibaca dengan penuh minat. Kasih ibu yang diambil anaknya tanpa kerelaan dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini. Banyak yang akan didapati dalam novel ini. Bacalah sendiri untuk menikmati isinya.

Hadhari!

Image
Saya dapat gambar ini daripada blog Ustaz Halim Nasir . Adakah ini yang berlaku diakhir zaman? Manusia tidak kisah dengan pakaian mereka. Sekali lihat nampak macam memenuhi kehendak Islam. Tetapi lihat pakaian yang dipakai itu.

Tunggu Apa Lagi!

DS Najib menyebutkan hari ini bahawa BN tidak gentar menghadapi pilihanraya di Perak. Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama Pakatan dan BN serah kembali kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka. Jika kita sebut "Rakyat Bijak", mengapa kita takut untuk serah kembali kuasa kepada rakyat? Rakyat tentu bijak, mereka yang mengalami pengalaman itu pasti akan memilih calon mereka dengan penuh tanggung jawab. Jadi jangan kita mempermainkan rakyat, rakyat akan mempermainkan pemimpin pula. Jika TIDAK GENTAR , tunggu apa lagi, Ayoh, serahkan kepada rakyat. Diharapkan Duli Tuanku Sultan Perak akan memberikan peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka. Walaupun saya bukan rakyat Perak, tetapi kita 1Malaysia. Kita tidak mahu rakyat melihat pemimpin mereka berebut kuasa yang telah diberikan kepada yang berhak. Jangan rampas hak itu dari mereka, nanti pemimpin itu akan dikecewakan. 1Malaysia menantikan pilihan rakyat diutamakan.

Sah..... Tak Sah.... Sah..... Tak......

Nampaknya Perak memang berhadapan dengan suasana yang celaru. 11 Mei 2009, MB Perak Nizar Jamaluddin. 12 Mei 2009, Zambry yang tidak sah jadi MB balik dah. 13 Mei 2009, ?????? pula nak dilantik oleh mahkamah jadi MB. Sama-sama kita tunggu, tiap-tiap hari tukar MB. Lepas ni tak dak kerja lain FRU pakat buat khemah kat bangunan SUK Perak. Siapa pula nak kena pecat dan tak sah......

Ubah UMNO

Image
Semasa menyambut ulangtahun ke 63 UMNO, tiba-tiba PM mendapati bahawa tindakannya dalam menangani masalah di Perak bermasalah apabila MB yang dicadangkannya adalah tidak sah. Tentu keputusan mahkamah semalam memeningkan lagi kepala PM baru Malaysia itu. Siapakah yang menasihatinya untuk bertindak demikian? Semasa berucap dalam sambutan 63 tahun UMNO, Presiden UMNO itu berkata. “UMNO tiada pilihan, kalau ingin menjadi parti relevan, parti yang teras pada pemerintahan, UMNO mesti merupakan parti berani buat perubahan, menerajui pembaharuan, berada di saf hadapan untuk menunjukkan hala tuju baru bagi negara kita secara keseluruhan. “Kalaulah kita berada di kelok pembaharuan selama ini, kalaulah kita adalah parti yang menerajui perubahan, mengapa kita tidak sekali lagi bangkit dan muncul sebagai parti yang berani membuat perubahan. “Saya yakin, walau pahit sekali pun pengalaman kita selama ini, walaupun kita berada di dalam keadaan getir, tetapi jika sanggup belajar daripada pengalaman w

Tahniah! Tugas Bermula

Image
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak. Selepas usaha untuk membuktikan bahawa perlucutan jawatan beliau tidak mengikut undang-undang, DS Nizar pasti akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan kembali kuasa memilih kepada rakyat Perak. Beliau pasti segera akan mengadap Sultan Perak seperti yang beliau janjikan selalu. Diharapkan rakyat Perak dapat memahami situasi yang telah berlaku dan memilih kerajaan mereka yang lebih teguh. Perjuangan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua patut dipuji untuk mendapat keadilan dan kemenangan dalam perjuangan.

Selamat Bertugas

Image
Semalam (10 Mei 2009) telah diadakan Muktamar Pemuda PAS Perlis kali ke 34. Perasmian telah dilaksanakan oleh Ustaz Azman Shapawi abd Rani, Naib Ketua DPPP. Dalam pemilihan yang dijalankan semalam maka kepimpinan DPP Perlis adalah: Ketua: Ustaz Ya'kub Abu Seman Timbalan Ketua: Ustaz Yussaine Yahya Naib Ketua: Bashir Ishak Manakala EXCO yang telah terpilih ialah: Nurdin Isa Ustaz Ahmad Adnan Fadzil Wan Abdul Rahman Wan Ahmad Mohd Sahir Ab Raman Momamed Yasser Mohammad Desa Shuhairi Samsudin Yusnizar Abd Rashid Azmir Azizan Mohd Rodzi Ismail Mohd Khoimeini Khalifah Safizi Saidon Amirul Jufri Mat Saman Tahniah kepada semua semoga dapat meneruskan tugas dan amanah agar Islam dapat dilaksanakan di Perlis.

Pening, pening

Image
Hari ini, kata ada perasmian kemudian terus tangguh hingga satu tarikh yang tidak pasti. Dah la persidangan bercelaru. Harap-harap buat pilihanraya lain supaya rakyat dapat membuat pilihan yang pasti. Janganlah jadi macam "tempoyak". Harap rakyat Perak mendapat kerajaan yang pasti daripada apa yang berlaku hari ini. Malu rasanya jadi rakyat negara ini yang tidak menjalankan peranan sebagai warganegara yang menjaga imej negara. Macam tu pun tak boleh selesai ka? Jangan jadikan rakyat pening kepala dengan suasana yang berlaku. La ni dua speaker, 2 MB, ada dua kerajaan. Bubar DUN, bagi peluang kepada rakyat pilih lain wakil mereka. Jika mereka tidak setuju dengan Pakatan mereka pilih BN, jika tak setuju dengan BN pilih PAKATAN RAKYAT. Selamat untuk Perak dan Malaysia.

Teruknya... Macam Mafia

Image
Hari ini kita dapat lihat, bagaimana satu persidangan DUN terpaksa menggunakan golongan tertentu untuk memaksa speaker DUN keluar dewan. Inilah keadaan bagaimana seorang speaker yang dilantik secara sah oleh dewan itu sendiri tidak dihormati. Siapakah mereka yang berkenaan yang diberikan hak untuk mengangkut speaker begitu? Bagaimanakah diharapkan golongan berkenaan menggubal undang-undang yang tidak dihormati oleh mereka sendiri? Rakyat melihat segala yang berlaku dan pasti mereka dapat menilai segala keadaan yang berlaku. Rakyat tidak boleh dibutakan dengan berita yang berat sebelah oleh pihak berkenaan.

Kena tahan

Image
Ramai rakyat yang cuba untuk melihat sidang DUN Perak hari ini ditahan. Kenapa rakyat disekat dari mendapat maklumat yang sebenarnya.

Akhir Zaman?

Anak perempuan bawa balik teman lelaki ke rumah? Mereka tidur bersama tanpa pengetahuan keluarga? Adakah ini kisah akhir zaman kepada remaja Melayu? Mengapakah ini terjadi dalam negara Malaysia yang tercinta? Sama-sama kita fikirkan.

Kelam kabut

Image
Sidang DUN Perak nampak sungguh kecoh sehinggakan perasmian yang dijangka dijalankan oleh Raja Nazrin Shah masih belum berjalan. Kita mengharapkan sidang itu dapat berjalan seperti yang termaktub dalam undang-undang, jangan jadi sidang kanak-kanak sekolah. Sehingga kini ia penuh dengan kelam kabut dan bercelaru. Dimanakah Penasihat Undang-undang Negeri? Awat hampa buat lawak dalam dewan tu? Harap tangguh dulu persidangan tu, biar keputusan dibuat kembali oleh rakyat siapa yang patut bersidang dalam dewan tu. La ni nampak celaru. Bubar saja DUN, biar rakyat jadi raja pulak menentukan wakil yang akan mentadbir mereka.

Hari Hitam

Bagaimana keadaan pagi ini di Ipoh? Berapakah ramai yang telah ditangkap kerana memakai baju hitam pagi ini? Hari ini mungkin ADUN tak pakai kot hitam, warna apa kot depa hari ini? Sama-sama kita tunggu cerita dari sana. Hari ini mungkin hitam pasai guruh di langit?

PAK LAH PENASIHAT MAS

Image
Diberitakan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Penasihat MAS. Semoga dengan perlantikan ini, MAS akan lebih kompetitif. Dalam dunia yang semakin bersaing, MAS perlu lebih bersedia untuk menghadapi persaingan yang makin pesat. Harapan MAS akan membawa imej yang baik kepada MALAYSIA.

Kepimpinan Ulama

Image
PAS yang bertapak sejak 1951 telah mengalami perbagai perubahan dalam perjuangannya. Kini PAS mulai diterima oleh semua pihak sama ada Islam atau bukan Islam sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Orang bukan Islam sudah tidak kekok bersama orang PAS. Jikalau satu ketika dahulu, PAS amat jauh dari orang bukan Islam kerana gertakan ataupun kempen dari UMNO berkenaan dengan PAS. Hari ini selepas ia mulai diterima oleh masyarakat dengan motto "kepimpinan Ulama", ahli parti mulai diperbincangkan tentang Adakah Kepimpinan perlu Ulama atau hanya ada sifat-sifat ulama tanpa perlu mempelajari ilmu Islam. Segala persoalan ini boleh dirungkai dengan semuanya kembali kepada persoalan tentang siapakah ulama dan kepimpinan ulama. Tidak timbul persoalan walaupun ada pertandingan, tetapi siapakah yang akan memimpin parti?. Ahli PAS tidak pernah berpecah kerana sayang kepada parti tersebut. Persoalannya adakah individu yang memimpin PAS berperanan dan berupaya memja