Posts

Showing posts from 2013

PRK kUALA BESUT

N1 Kuala Besut berada di kawasan P33 Parlimen Besut, merupakan satu kawasan yang sering dimenangi oleh BN. Ia merupakan kawasan pertama yang akan diadakan Pilihanraya Kecil selepas PRU13 yang lalu. Ini kerana kematian wakil Dun tersebut. Pilihanraya ini penting kerana kedudukan di DUN Terengganu sekarang ialah 16:15 iaitu BN 16 dan PR 15. sekiranya PR menang maka kedudukan adalah 16:16. tentu ia merupakan satu keputusan yang menarik. Cuma sedikit ralat kerana hari pengundian diadakan pada hari kerja iaitu Rabu. Kenapa SPR tidak menentapkan hari mengundi pada hari sabtu kerana pada minggu tersebut semua negeri cuti selama 3 hari. Ini akan memudahkan pengundi luar untuk pulang membuang undi..... pengundi luar mungkin tidak pulang mengundi kerana mereka akan pulang ke kampung pula selepas itu bagi merayakan Aidil Fitri. Ini akan memberikan kesan kepada jumlah pengundi. Walaubagaimanapun, manusia hanya merancang dan ketentuan Allah akan menentukan pemenang pada pengundian

Ini Kalilah, UBAH

Penamaan calon sudah berlalu 20 april lalu.... kini menantikan 5 Mei bagi membuat pengundian bagi memilih kerajaan.  Sejak dari sebelum penamaan calon dan sesudah penamaan calon, media arus perdana terus menyerang PR. DS Najib telah menjelajah ke seluruh negara bagi menarik sokongan rakyat kepada BN. Manakala PR terus diserang dengan bernagai isu supaya rakyat benci kepada Pakatan yang dilihat sebagai pasukan yang kuat memberikan tentangan kepada BN. rakyat juga telah melihat perubahan sokongan kepada PR. Ini telah menggentarkan BN. Semoga 5 Mei nanti kerajaan baru akan mentadbir Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia. Selamat mengundi, dan gunakanlah undi anda sebaiknya.

Masa

Mungkin sudah terlewat dah ni. Tapi PM kata malam tadi bahawa program janji ditepati beliau talah berakhir. Maka mungkinkah Isnin ini akan terbubar Parlimen? Kalau lihat sejarah tempoh penggal yang paling lama ialah dari tahun 1969 hingga 1974 dari hari pengundian 1969 dan hari penamaan calon 1974, iaitu melebihi tempoh 5 tahun. Tempoh lain adalah berkurang daripada 5 tahun. Kenapa lama sangat? kalau 1974 kebanyakkan parti berada dalam BN yang baru ditubuhkan menggantikan Perikatan. jadi tuntutan untuk mengadakan pilihanraya mungkin rendah ketika itu. Tetapi kini rakyat sudah tidak sabar untuk mengundi kerana merasakan bahwa kerajaan kini perlu ditukar. Adakah rakyat sudah sedia merubah kerajaan? Secara kasarnya dilihat bahawa rakyat sudah tidak sabar untukmengundi dalam PRU13. Semangat ini semakin memuncak dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya Kita juga mengharapkan pilihanraya yang akan diadakan nanti bebas dari pengundi yang tidak layak dan berlangsung dalam

2013

Tahun 2013, dia dah mai - tahun ni kena ada PRU13. Yang tak pasti bila sahaja. Ada yang kata lepas Tahun Baru Cina. tak kisah bila..... rakyat sudah tidak sabar. Tak kira bila yang pasti tahun ni, akan ada pilihanraya. Dah ramai tak sabar nak tunggu untuk mengundi.  Pihak BN nampaknya bersungguh-sungguh menyerang pemimpin Pakatan Rakyat. TG Haji Hadi dengan amanatnya sudah berapa minggu ni di serang keliling oleh media BN - akhbar dan TV. banyak lagi serangan pasti akan dibuat selepas ini. Tetapi secara kasarnya rakyat juga mempunyai peluang untuk kembali mencari apakah "Amanat Hadi" tu. Pengundi yang lahir tahun 80-an tentu tak tau apa pun pasai amanat tersebut. Ini peluang mereka mencari perkara yang sebenarnya. Benda yang sudah dilupakan rakyat ini dan keluar kembali. Rasanya ia akan memberikan kesan kepada BN - peluru ni akan bidas balik- insyaAllah. Masa yang akan tentukannya. Himpunan 12 Januari ini adalah satu perhimpunan terakhir tuntutan rakyat supay