Friday, June 29, 2012

Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat. 

Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu.

Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu.

Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu?

Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong program tersebut.

Rasanya bukan sahaja rakyat Kelantan yang sokong "jalanraya tajaan rakyat" ini tapi seluruh rakyat akan bantu menjayakannya......

Friday, June 15, 2012

IKUT SUKA

Pagi tadi, ada terdengar dalam berita Timbalan Perdana Menteri kata bahawa PAS tak patut minta PM janji pilihanraya tak akan diadakan pada musim haji. Ini pasai penentuan pilihanraya adalah hak PM berdasarkan beberapa fakta yang tertentu.

Susah ka kalau PM bagi jaminan bahawa PRU13 tak akan ada pada musim haji. Senang hati oarang yang akan pergi haji.... Adakah kerajaan nak adakan juga PRU13 dalam musim haji? kalau nak ada juga, itulah nasib rakyat negara ini dinafikan hak sebagai pengundi... macam nana dengan slogan Rakyat didahulukan,....

Oleh itu, rakyat tak akan dapat bersuara apa-apa, ikut suka kerajaan nak buat apa pun, rakyat kena ikut sahajalah....

Mana PM tak dengaq apa lagi jawapan dia.....

Rakyat perlu diberikan peluang untuk hidup dalam tenang dan tidak tertunggu-tunggu dengan penantian tarikh pilihanraya.........