Saturday, December 17, 2011

BR1M

Nampaknya sekarang heboh pasai borang BR1M.

Ada yang kata boleh guna photostat, ada yang suruh pakai ori punya. Tu para menteri yang dok cakap, kacau-kacau.

Ada juga para JKKK minta orang pakai tandatangan depa, kalau tak pakai tak laku borang tu. tapi dalam borang tak dak pula tempat depa nak kena tandatangan.

Awat jadi macam ni. Bila jelas yang mana......

Wednesday, December 14, 2011

Mula Kempen

Selepas PAU yang lalu, UMNO mula bekerja bagi menghadapi PRU13. Walaupun mereka dikatakan bertelingkah pasai calon, mereka mula mencari pengundi..



Di Perlis, surat mulai dihantar kepada pengundi bagi kempen UMNO.

Cuma persoalannya, adakah mereka menggunakan duit UMNO atau duit kerajaan?

Harap depa guna duit UMNO, pasai kempen UMNO.

Tapi kalau guna duit kerajaan, pihak tertentu kena siasat pasai guna duit kerajaan untuk kepentingan parti mereka. (kalau nak siasat)
Ini kerana belanja untuk menghantar surat juga tinggi iaitu lebih kurang 80 sekeping. Jadi kalau dihantar kepada 100 ribu pengundi sudah berjumlah RM80 ribu. Ini mungkin juga dilakukan di negeri-negeri lain.
Oleh itu, pihak Pakatan Rakyat kena kerja lebih kuat. Tingkatkan semangat dan pesanan kasih sayang kepada pengundi.

Monday, December 5, 2011

Tak lama Dah

Nampaknya dalam Perhimpunan UMNO, serangan yang betul-betul kaw punya dihalakan kepada musuh politik mereka terutama Pas.

Jadi nampaknya pilihanraya koi dekat dah. Lepas ini macam-macam bantuan mula diberikan kepada rakyat. Depa akan kata depa sahaja yang boleh bagi bantuan untuk rakyat. Parti lain tak boleh buat macam depa.

Harap rakyat jangan dok terkena lagi dengan depa ni. nak dekat dengan pilihanraya baru mula nak bagi bantuan yang tidak disangka kepada rakyat. Sebelum ni tak berapa nak endah sangat. 

Jadi nampaknya tak lama lagi rakyat akan dapat durian runtuh dari kerajaan. Depa akan kata orang lain tak boleh bagi macam depa. Depa sahaja yang boleh. Rakyat kena tunjuk kat depa bahawa rakyat boleh juga bagi jatuh dan bangun kerajaan. Jangan dok angkuh sangat.

Maka semua kita (rakyat) kena berhati-hati, fikir dan jangan terkena banyak kali sangat.