Thursday, October 27, 2011

Gendang

Nampaknya gendang pilihanraya telah mula di palu. Kebanyakkan berita sudah mulai keluarkan berita tentang pepindahan penyokong dari satu parti ke parti lain.

kalau lihat berita di media kita dapati pihak yang berkuasa menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu, rakyat kena bersedia untuk menghadapi suasana yang begini, mungkin sumbangan dari semua pihak akan mulai sampai kepada rakyat.

Yang rasa nak lambat sikit pun, pihak BN terutama UMNO dok berebut nak jadi calon. Mereka akan mulai bergerak untuk cari penyokong bagi memungkin mereka dicalonkan.

Jadi rakyat boleh mula memerhati dan membuat pilihan yang baik kerana kalau ikut laporan Audit didapati banyak yang bocor..........









Tuesday, October 25, 2011

PKM

Setelah lama tidak menulis di sini, hari ini tergerak untuk membuka blog yang bersarang ini.

Kisahnya kelmarin terlihat di Kangar ada plat kereta PKH####. no kereta yang didaftarkan di Pulau Pinang. Rasanya lepas ini PKJ, PKK, PKL dan selepas itu.......PKM. Adakah kerajaan nak benarkan plat ini digunakan? kerana ini ringkasan kepada Parti Komunis Malaya.

Rasanya nak lepas dak?

Lepas tu akan sampai satu gi plat PKR....

Ini sahaja tampalan kali ini kerana sudah lama bersarang.. kena buka sikit-sikit.