Sunday, July 31, 2011

Ramadan

Selamat menyambut bulan Ramadan 1432, diharapkan bulan yang barakah ini akan memberikan kebaikan kepada kita semua.

Semoga kita akan dilimpahi rahmat oleh Allah subhanahu wataala.

Kita mengharapkan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Selamat menyambut ramadan 1432.

Thursday, July 21, 2011

Media


Nampaknya berita dan isu "bersih" telah menjadi berita yang disensasikan oleh media.

Ada yang menantikan video oleh polis tentang layanan baik polis.

Semua itu pasti akan ditunjukkan dalam media, dan rakyat diminta percaya penuh berita itu.

Rakyat akan dimaklumkan tentang kekerasan peserta himpunan.

Moga maklumat yang benar dapat disalurkan kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Rakyat perlu lihat kebenaran, selepas itu biarkan mereka membuat pilihan.

Media perlu dibersihkan daripada menyampaikan berita provokasi dan berat sebelah.

Kita tak mau lihat nanti, surat khabar tidak laku dan berita TV tak lagi dipercayai. Sekarang pun dapat lihat surat khabar masih berlambak waktu petang. Dulu surat khabar sudah habis waktu tengahari, kini.......

Semoga akhbar dan media negara ini sedar supaya kena gulung tikar.... kesian kepada pekerja.

Moga kejadian diluar negara menjadi iktibar kepada media negara ini.

Siarkan maklumat kepada rakyat dengan telus.

Friday, July 15, 2011

Perjuangan diteruskan

Nampaknya satu minggu ini berita tentang bersih telah mengambil tempat utama dalam media, media arus perdana serta media rakyat.

Pihak kerajaan mengatakan bahawa himpunan tersebut telah mencemar imej negara serta akan merosakan ekonomi negara.

Siapa sebenarnya yang telahmenyebabkan suasana ini? Rakyat hanya nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam suasana yang telus dan bersih dengan tuntutan yang dikemukakan. Tuntutan yang dikemukakan boleh dibuat oleh kerajaan, tetapi nampaknya mereka berdalih denga nperbagai alasan. Macam PM yang mulanya benarkan himpunan di stadium, kemuadian berdalih apabila rakyat nak buat himpunan di stadium.

Daripada berita yang dikeluarkan oleh semua pihak, para peserta himpunan tidak merusuh serta merosakan harta awam, mereka hanya berarak untuk menunjukan sokongan. Kalaulah kerajaan boleh berikan laluan ketika himpunan berkenaan tentu para peniaga di KL akan menikmati pendapatan lebih pada hari berkenaan. Ada yang menybut bahawa peniaga di KL Sentral mendapat keuntungan yang lebih pada hari berkenaan kerana ramai tetamu dari luar KL yang masuk melalui KL Sentral.

Kalau dikatakan berlaku kesesakan, sekatan yang dibuat pada sabtu lepas lebih menyesakkan KL. Fikir-fikirkan lah wahai pihak pemerintah....

Pihak yang membuat tuntutan tetap bersemangat agar tuntutan yang dibuat dapat dinilai dengan baik oleh kerajaan, bukan menolak mentah seperti pihak SPR..

Semoga perjuangan menuntut satu demokrasi yang tulen akan diteruskan. 10 November 2007 telah memulakan kerjasama rakyat menuntut pilihanraya bersih dan 9 Julai 2011 adalah himpunan yang lebih bersungguh oleh rakyat yang menghimpunkan semua rakyat dari semua kaum.