Monday, January 31, 2011

Dakwah

Nampaknya BN berjaya mempertahankan Dun Tenang. Calonnya mendapat 6699 undi manakala calon Pas mendapat 2992 undi, bermakna majoriti 3707 undi. Pas belum berjaya menembusi kubu UMNO tersebut. Orang Melayu Johor masih belum menerima Pas.

Walaupun kalah, tapi Pas berjaya mengajar rakyat tentang satu adab Islam iaitu bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah salah. Jadi Pas berjaya menjalankan dakwah semasa pilihanraya ini.

Jadi wakil rakyat baru akan terus bersama rakyat, manakala Pas akan terus membantu rakyat kawasan berkenaan, jangan tinggalkan mereka. Ada menteri yang kata dok situ sepuluh hari untuk berkempen, mungkin kena terus dok situ pasai banjir.

Nampaknya dakwah yang dijalankan oleh Pas, walaupun satu iaitu adab bersalam, ia adalah satu dakwah yang penting. Rakyat mesti difahamkan tentang Islam. Kerja dakwah mesti diteruskan walaupun tewas dalam pilihanraya.

Semoga rakyat akan nampak kebaikan Islam dengan dakwah yang disampaikan sepanjang kempen Dun Tenang.

Sunday, January 30, 2011

Tenang...

Hari ini merupakan hari pengundian PRK Dun Tenang. Khabarnya permulaan mengundi pagi ini disambut dengan hujan lebat. Semoga tidak mengganggu kelancaran pengundian hari ni.

Sipakah pilihan pengundi? setelah bertungkus lumus berkempen serta banyak serangan peribadi yang ditampalkan dalam blog tertentu, kedua-dua pihak mengharapkan kejayaan masing-masing.

Dalam suasana nak mengundi di Tenang, rupanya ada yang tak tenang dan mengishtiharkan keluar parti dan terus menjadi ahli parlimen bebas. Saya merasakan siapa yang menang kemudian keluar parti perlu melepaskan jawatannya. Kenapa pengisytiharan ini dibuat dekat denagan hari pengundian? hanya empunya diri sahaja yang tahu.

Semoga hujan rahmat diawal hari pengundian ini akan memberikan kemenangan kepada Pas dan mencuci BN.

Sunday, January 23, 2011

Duit Lagi

Tahun depan sapa yang ada kereta kena pasang "air bag" atau beg udara. Kata menteri ini bagi mengelakkan kematian terutama kepada pemandu dan penumpang kenderaan.

Nampaknya rakyat kena lagi, tak kan nak pasang beg udara pakai "air liur" sahaja, tentu kena duit.

Nampaknya yang kena keluar belanja adalah rakyat. kalau lerajaan ada masalah perbelanjaan maka berlaku pelarasan macam kenaikan harga petrol dan barangan dapur sebelum ini.

Kalau sebelum ini pemasangan tali pinggang penumpang belakang dianggap sebagai penyelesaian- juga memaksa rakyat mengeluarkan belanja- adakah kajian telah dibuat terhadap keberkesanan arahan tersebut? Kini rakyat terpaksa mengeluarkan wang lagi...

kematian terbanyak yang selalu didengari adalah penunggang motosikal, tiba-tiba pemandu kereta pula yang kena tambah "air bag".

Mutakhir ini, kenderaan awam terutama bas ekpress yang terlibat dan melibatkan lebih ramai yang maut, patut dikenakan arahan tertentu. Ini bas dua tingkat masih banyak di jalanraya. kalau terjadi lagi musibah siapa yang patut bertanggungjawab- syarikat bas atau kerajaan- kerana tiada satu tindakan dibuat untuk memberhentikan perkhidmatan bas tersebut terutama perjalanan jauh.

Jadi nampaknya segala peraturan dan pelarasan yang dibuat oleh kerajaan hari ini, yang terpaksa menggung adalah rakyat.

pengundi DUN Tenang, tunjukkan protes anda dengan mengundi calon Pakatan (PAS) pada 30hb nanti.

Jangan hak rakyat dipermainkan oleh pemerintah.

Friday, January 21, 2011

Dari Tenang ke Merlimau

Esok merupakan hari penamaan calon bagi PRK Tenang di Johor. Dua pihak iaitu PR dan BN telah menamakan calon masing-masing. Tentu persaingan hebat kerana pihak BN telah menunjukkan kesungguhan dengan PM sendiri dan mengumumkan RM bilion serta menteri-menteri yang mengumumkan RM jutaan untuk pembangunan kawasan ini.

Semua pihak mengharapkan PRK Tenang berada dalam suasana kempen yang tenang. Diharapkan rakyat dapat membuat penilaian yang baik terhadap calon yang dikemukakan.

Dok sibuk pasai Tenang, tiba-tiba ADUN Merlimau Melaka meninggal dunia (takziah diucapkan). PRK kena diadakan pula, maka BN terpaksa sediakan janji RM jutaan pula di sana, mana nak bersiap untuk pilihanraya Sarawak.

Mandat untuk DUN Sarawak akan tamat pada Julai nanti, dah tak lama tu.

Justify FullPM mungkin melihat keputusan rakyat di DUN Tenang dan Merlimau. Kalau rakyat nak lihat pilihanraya serentak, depa boleh bagi BN menang, dan PRU untuk Parlimen dan DUN boleh diadakan serentak di semua negeri.

Sama-sama nantikan pilihan rakyat di DUN Tenang 30 Januari nanti dan Merlimau selepas itu....

Selamat menjalankan pesta demokrasi di Tenang... dan Merlimau untuk menentukan sama ada PRU dapat diadakan serentak dengan Sarawak.

Mungkin bulan Jun adalah tarikh yang sesuai.

Tapi kalau rakyat tolak BN, mungkin Sarawak terpaksa adakan pilihanraya berasingan.

Jadi keputusan di dua PRK ini penting bagi PM.


Friday, January 14, 2011

Letak jawatan

Nampaknya pejuang Melayu nak minta ADUN letak jawatan.

Satu di Selangor pasai kata depa ADUN tu hina sultan, yang satu lagi di Pulau Pinang pasai samseng halau peniaga. Depa kata mereka ini perlu letak jawatan kerana menjaga imej sebagai wakil rakyat.

Amboi suka sungguh depa suruh ADUN letak jawatan, dulu marah orang letak jawatan ADUN macam bekas ADUN Penanti.

Kalau depa rasa ADUN perlu letak jawatan kerana jaga imej wakil rakyat, harap depa juga kena minta orang yang lebih tak tau malu, menang dengan tiket parti politik, lepas tu lari pi jadi wakil BEBAS. Depa ni yang patut letak jawatan.

Tuesday, January 11, 2011

Caca Merba

Hari ini, 11.1.11, jadi kita sudah berada 11 hari pada tahun2011.

Akhir tahun lalu kita berbangga dengan kejayaan pasukan bolasepak negara yang membawa pulang piala AFF bagi kali pertama. Pada pertembungan akhir tersebut banyak media negara ini menyatakan bahawa media negara lawan banyak menyiarkan berita provokasi sehingga penyokong negara yang ke sana terpaksa menonton di pejabat kedutaan sahaja.

Nampaknya kalau akbar tempatan menyatakan bahawa media seberang menyiarkan berita provokasi semasa petembungan tersebut, ini leboh kurang sama sahaja dinegara ini yang suka menyiarkan berita yang provokatif terhadap Pakatan Rakyat.

Nampaknya tahun baru ini, dilihat bahawa banyak serangan terhadap pembangkang terutama di Selangor dengan provokatif bahawa PR menentang Sultan, dan seorang wakil rakyatnya diserang hebat.

Amat diyakini semasa PRK Tenang nanti, banyak lagi berita yang pasti memburukan pembangkang (baca PR). Pembangkang tidak dibenarkan berkempen selagi belum penamaan calon, sedangkan menteri boleh pi sana dan pasti berkempen. Jadi sudah nampak memang berat sebelah Suruhanjaya Pilihanraya ni.

Malam tadi (10 januari 2011) ada satu ceramah di UPU Padang Sera. Antara penceramah ialah Mohd Sabu, YB Ahmad Kassim dan YB Ghani. Polis sudah buat roadblock untuk menahan orang ke sana. Semasa ceramah ada gangguan polis minta ceramah dihentikan pukul 11 malam. Sedangkan PM DS Najib boleh ceramah pasai "Rancangan 100 hari Pakatan" dalam perjumpaan pegawai kerajaan. patutlah Bang Mat Sabu kata negara ni "Jakun" dari segi kebebasan media dan demokrasi. Itu di negeri yang diperintah oleh Pas.

Bagaimana rakyat hendak dapat maklumat yang adil? Tentu terpaksa dapatkan dari ceramah politik. Kalau kerajaan yang tunjukkan "Rakyat diutamakan", kena bagi peluang rakyat mendapat maklumat sama rata.

Jadi rakyat kena tunjukkan bahawa mereka tidak boleh dipermainkan dengan maklumat berat sebelah tersebut. Tukarkan kerajaan pusat yang ada hari ini.

Kalau PR gagal merealisasikan janjinya maka tukar balik selepas itu.

Jangan jadikan negara ini caca merba undang-undangnya. Mereka boleh, orang lain disekat.

Rakyat terpaksa cari maklumat melalui ceramah politik, ada sekatan. Teringat saya masa tahun 80-an dulu, semasa nak pi dengar ceramah Pas terpaksa bawa IC supaya dapat diserah kepada polis masa sekatan jalanraya untuk dicatatkan maklumat. Ini nak ulang balik ka bentuk sekatan macam dulu. Memang negara "Jakun" macam Bang Mat kata.