Pasca merlimau Kerdau

PRK Merlimau dan Kerdau sudah berlalu dua hari lalu, dan BN telah menang kedua-dua kerusi berkenaan. BN juga telah meningkatkan majoriti dikedua-dua kerusi berkenaan.

Pakatan mesti membuat analisis terhadap kekalahan ini, walaupun kedua-dua kawasan ini kubu BN tetapi satu kajian perlu dilakukan; terutamanya disaluran 3 dan 4 yang juga memihak kepada BN.

Adakah kempen dari media arus perdana amat berkesan dan tidak mampu untuk dilawan oleh ceramah Pakatan? adakah media baru juga memihak kepada BN?

Adakah kerana - seorang pengundi seperti dalam TV3 malam tadi yang kata dia takut pasai Nik Aziz peluk Kit Siang, yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor, dia amat takut - apakah kempen BN sehingga pengundi berkenaan takut? semua perlu ditangani oleh Pakatan.

Nampaknya Pakatan terpaksa kerja keras bagi menghadapi PRU nanti kerana undi masih boleh berubah kerana rakyat perlu diberikan persepsi yang baik. Jika pakatan dapat berikan yang terbaik, rakyat akan terus bersama Pakatan.

Ketika PRU tumpuan seperti PRK tidak dapat dijalankan oleh menteri, maka tugasan dan tugasan Pakatan kena mula dari sekarang bagi menyakinkan rakyat terhadap kemampuan mereka menggantikan BN.

BN bukan mustahil untuk ditumbangkan......

Pakatan mesti menunjukkan kesatuan dalam kerja supaya rakyat lebih yakin tentang kerjasama dalam Pakatan.

Rakyat mesti diberikan gambaran tentang keupayaan memerintah..

Semoga pakatan melihat dari sudut positif kekalahan dalam PRK ini dan mengambil tindakan yang proaktif.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR