Posts

Showing posts from 2011

BR1M

Nampaknya sekarang heboh pasai borang BR1M. Ada yang kata boleh guna photostat, ada yang suruh pakai ori punya. Tu para menteri yang dok cakap, kacau-kacau. Ada juga para JKKK minta orang pakai tandatangan depa, kalau tak pakai tak laku borang tu. tapi dalam borang tak dak pula tempat depa nak kena tandatangan. Awat jadi macam ni. Bila jelas yang mana......

Mula Kempen

Image
Selepas PAU yang lalu, UMNO mula bekerja bagi menghadapi PRU13. Walaupun mereka dikatakan bertelingkah pasai calon, mereka mula mencari pengundi.. Di Perlis, surat mulai dihantar kepada pengundi bagi kempen UMNO. Cuma persoalannya, adakah mereka menggunakan duit UMNO atau duit kerajaan? Harap depa guna duit UMNO, pasai kempen UMNO. Tapi kalau guna duit kerajaan, pihak tertentu kena siasat pasai guna duit kerajaan untuk kepentingan parti mereka. (kalau nak siasat) Ini kerana belanja untuk menghantar surat juga tinggi iaitu lebih kurang 80 sekeping. Jadi kalau dihantar kepada 100 ribu pengundi sudah berjumlah RM80 ribu. Ini mungkin juga dilakukan di negeri-negeri lain. Oleh itu, pihak Pakatan Rakyat kena kerja lebih kuat. Tingkatkan semangat dan pesanan kasih sayang kepada pengundi.

Tak lama Dah

Nampaknya dalam Perhimpunan UMNO, serangan yang betul-betul kaw punya dihalakan kepada musuh politik mereka terutama Pas. Jadi nampaknya pilihanraya koi dekat dah. Lepas ini macam-macam bantuan mula diberikan kepada rakyat. Depa akan kata depa sahaja yang boleh bagi bantuan untuk rakyat. Parti lain tak boleh buat macam depa. Harap rakyat jangan dok terkena lagi dengan depa ni. nak dekat dengan pilihanraya baru mula nak bagi bantuan yang tidak disangka kepada rakyat. Sebelum ni tak berapa nak endah sangat.  Jadi nampaknya tak lama lagi rakyat akan dapat durian runtuh dari kerajaan. Depa akan kata orang lain tak boleh bagi macam depa. Depa sahaja yang boleh. Rakyat kena tunjuk kat depa bahawa rakyat boleh juga bagi jatuh dan bangun kerajaan. Jangan dok angkuh sangat. Maka semua kita (rakyat) kena berhati-hati, fikir dan jangan terkena banyak kali sangat.

Bola

Nampaknya hari ini, perbincangan ramai orang akan tertumpu pada cerita Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam acara bolasepak. Malaysia memang mengharapkan pingat ini sebagai semangat untuk berhadapan dengan Syria, esok. Mereka akan turun sekali lagi dengan semangat untuk menang. Moga semangat di Jakarta dapat dibawa bersama untuk berhadapan dengan Syria di Kuala Lumpur. Kita mengharapkan Malaysia menang malam esok. Terus berjuang Harimau Muda..... Bola mungkin merehatkan perang parti politik kerana semuanya pasti akan memberikan sokongan kepada pasukan negara.

9 jam

Aku ada terbaca cerita kat sini . Awat la depa bagi idea ni. Depa tak tengok ka, guru yang kerja sampai pukul 2, lepas tu balik rumah sat, mai pula sekolah pasai ada aktiviti luar. Tak kira lagi, periksa buku latihan, persediaan mengajar dan ....... Masa sekarang ni pun, tak la dalam jadual sampai petang tapi kerja sampai tengah malam. Ada yang "jeles" pasai cikgu nampak cuti lama kot. Guru bukan ada cuti tahunan macam kerja pejabat. Jadi kita berharap, kementerian lihat benda ini dahulu, walaupun nak buat eksperimen jangan sampai guru dan pelajar terseksa. Semoga negara ini akan melahirkan pelajar yang kreatif dan berwibawa. Jangan terlalu dibebankan guru dengan kerja yang terlalu banyak. Depa bukan nak minta manja tetapi tugasan berdepan dengan pelajar yang bermacam ragam. Kadang-kadang terpaksa pula berhadapan dengan waris yang menyerang kerana tidak puas hati dengan sesuatu tindakan guru dan macam-macam lagi...... Saya rasa guru tetap akan kerja

Diketepikan?

Bulan lepas, Bajet 2012 telah dibentangkan oleh PM. Ramai yang puji sebagai satu bajet untuk rakyat. Tapi rasanya tak jumpa pula yang disebut PM untuk membantu petani terutama penanam padi. Pembekal makanan negara ini macam diketepikan dalam bajet tersebut.  Harga padi tidak naik, tetapi harga beras nampaknya akan naik jika dikatakan bekalan beras dari luar berkurangan terutamanya pasai banjir di Thailand.  Nampaknya petani terus akan berjuang kerana harga padi yang tidak naik, sedangkan cabaran untuk menghasilkan makanan ini semakin meningkat dengan penyakit dan ancaman seperti siput dan seumpamanya. Adakah petani saja diketepikan dalam bajet tersebut supaya terus akan bergantung kepada kerajaan?  Tidak adakah rancangan untuk menjadikan petani kita berdikari? Peringkat awal dengan bantuan kerajaan, kemudian mereka mampu berdikari.....  Semoga petani kita akan menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti untuk negara, kerana bencana dan bala Allah yang menimpa

Wibawa

Semalam, terlihat dan terdengar berita tentang perbincangan di DUN Pulau Pinang dari sebuah TV swasta. Yang didengari dan di dalam gambar tersebut adalah cakap dan gambar ketua pembangkang di DUN tersebut. Kita tunggu juga apa yang akan dijawab oleh pihak kerajaan negeri. Lepas tu habis sahaja berita tu..... Adakah ini sebuah berita yang boleh dibanggakan. Kalau dalam rancangan hiburan di TV yang sama "melodi" boleh tanya kedua-dua pihak dalam berita gossip mereka, kenapa berita tentang Dewan tidak didengari dari kedua-dua pihak- barulah rakyat boleh membuat penilaiaan. Adakah ia satu berita yang berwibawa. Kebanyakkan media berita yang ada tidak menggambarkan suasana ini iaitu mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak yang terlibat. Sebagai media yang dilihat oleh semua rakyat, jadilah media yang berwibawa. Jangan nanti yang hanya kata, "dengaq boleh, percaya jangan." Rasanya tak lah susah sangat nak dapat berita dari semua pihak kerana pihak yang kena tud

Gendang

Nampaknya gendang pilihanraya telah mula di palu. Kebanyakkan berita sudah mulai keluarkan berita tentang pepindahan penyokong dari satu parti ke parti lain. kalau lihat berita di media kita dapati pihak yang berkuasa menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat. Oleh itu, rakyat kena bersedia untuk menghadapi suasana yang begini, mungkin sumbangan dari semua pihak akan mulai sampai kepada rakyat. Yang rasa nak lambat sikit pun, pihak BN terutama UMNO dok berebut nak jadi calon. Mereka akan mulai bergerak untuk cari penyokong bagi memungkin mereka dicalonkan. Jadi rakyat boleh mula memerhati dan membuat pilihan yang baik kerana kalau ikut laporan Audit didapati banyak yang bocor..........

PKM

Setelah lama tidak menulis di sini, hari ini tergerak untuk membuka blog yang bersarang ini. Kisahnya kelmarin terlihat di Kangar ada plat kereta PKH####. no kereta yang didaftarkan di Pulau Pinang. Rasanya lepas ini PKJ, PKK, PKL dan selepas itu.......PKM. Adakah kerajaan nak benarkan plat ini digunakan? kerana ini ringkasan kepada Parti Komunis Malaya. Rasanya nak lepas dak? Lepas tu akan sampai satu gi plat PKR.... Ini sahaja tampalan kali ini kerana sudah lama bersarang.. kena buka sikit-sikit.

pengkianat negara

Ada beberapa pihak terutama dari Pakatan Rakyat telah membongkar tentang mudahnya pendatang asing diberikan kad pengenalan dan nama mereka  juga disenaraikan dalam daftar pemilih. Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan ancaman kepada negara ini.  Ancaman ini mungkin tidak berbekas sekarang tetapi dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi akan memberikan implikasi yang besar terhadap negara ini.  Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan bijak. Jangan kerana kuasa politik yang cuba dipertahankan hari ini, maka anak-anak bangsa akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan. Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan ini patut dianggap pengkhianat negara. Mereka in patut dibuang negara. Semoga rakyat akan membuat pilihan yang baik dalam pilihanraya nanti, dan pemilih yang memilih pemimpin biarlah penduduk yang sah atau pengundi yang sah.

"Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British"

Lebih kurang macam tu lah satu berita yang aku nampak di TV3 masa lalu kat sebuah kedai malam ini. Aku pun terfikir pasai tajuk ini, walaupun tak dengar berita yang disampaikan, aku rasa ini satu lagi agenda untuk menghapuskan satu penilaian kepada pejuang terdahulu. Mana kita nak letak Dol Said, Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah (sekadar beberapa nama). Adakah mereka ini pengkianat kepada kerajaan beraja kita itu kerana cuba mengeluarkan British dari negara ini? Adakah raja-raja yang terpaksa menerima Residen British sehingga raja-raja berkuasa terhadap adat Melayu dan agama Islam sahaja bukan satu penjajahan? Bagaimana dengan segala arahan yang terpaksa diikuti oleh raja dan rakyat ketika itu bukan penjajahan? Adakah Inggeris hanya membesarkan sekolah Inggeris dan menganaktirikan sekolah Melayu bukan satu penjajahan? Adakah perjuangan orang Melayu menentang British selepas pengunduran Jepun atau selepas Malayan Union sahaja? Bagaimana denga

Layak atau Tidak?

Beberapa hari ini dilihat beberapa pihak meragui tentang tuntutan yang dibuat oleh Mohd Sabu - kecederaan yang beliau alami. Adakah beliau layak membuat tuntutan tersebut? Bagaimana ia boleh diluluskan? Itu yang menjadi persoalan banyak pihak terutama UMNO Pulau Pinang yang membuat bising perkara ini. Sekiranyad ia layak kerana menjadi ahli lembaga pengarah - maka ia layak. Jika peraturan kata dia layak, maka layaklah dia. Sekiranya peraturan kata isteri PM boleh menginap di hotel mahal diluar negara, maka dia layaklah. Sekiranya peraturan menyatakan bahawa PM boleh melawat konvokesyen anaknya ketika lawatan negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah. Sekiranya peraturan kata PM boleh membuat pemeriksaan kesihatan diluar negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah. Jadi jika peraturan kata boleh, buatlah kerana ada peraturan. Kita tidak mahu pelanggaran peraturan. Jika peraturan membenarkan orang perempuan boleh buka aurat, maka buatlah..... Kita te

Selamat Hari Raya

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Selamat Hariraya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin" kepada pengunjung. Walaupun bukan blog yang dikunjungi ramai, mungkin ada butir perkataan yang menyentuh hati seseorang, mohon maaf. Jadikan Ramadan tahun ini sebagai permulaan ke arah tatacara hidup yang lebih baik.

"Kerajaan Pembangkang"

Pagi ini, pada satu siaran TV disebutkan oleh pemberita, ".... kerajaan pembangkang Selangor....". Nak tergelak pun ada, pening pun ada, awat jadi macam tu? Mana ada pembangkang yang boleh mengaku dia kerajaan. Yang kerajaan tu la kerajaan. Depa ingat depa jadi kerajaan lagi di Selangor kot? Ada ka kerajaan pembangkang dan kerajaan penyokong? Macam debat kat sekolah sahaja. Kenapa sampai begitu sekali stesen media di negara ini. Harap dapat perbetulkan ayat tu, jangan sampai orang ketawa. Petugas semuanya mengaji tinggi-tinggi, jangan sampai " buat lawak minggu in i" pula. Mungkin tersilap pasai posa kot? Harap dak no, jangan salahkan posa pulak. Semoga negara kita terus maju dan kemajuan minda dan pemikiran adalah yang utama. Selamat berpuasa, dalam dah nak masuk bahagian ketiga bulan Ramadan dah.

Muhasabah

Hari ini hari ke berapa puasa? Adakah puasa ku diterima? Adakah aku sudah meningkatkan prestasi puasa ku? Adakah amalan ku dalam bulan Ramadan ini di terima? Adakah...... Adakah.... Oh Tuhan terimalah ibadah ku.... Oh Tuhan, berilah ku kekuatan untuk tingkatkan amal ku.... Ya Allah, Ya Allah, berikan petunjuk kepada ku Ya Allah, jadikan amalan ibadah ku dalam bulan ini sebagai yang terbaik.... Ya Allah, Ya Allah...

Rusuh= Himpun?

Nampaknya macam ada satu usaha untuk menyamakan rusuhan di London dengan Himpunan Bersih. Terdapat kata-kata yangmenyatakan bahawa polis Malaysia telah bertindak lebih baik dari polis Britain. Nampaknya usaha ini nak menunjukkan kepada rakyat bahawa usaha untuk berhimpun beramai-ramai menyatakan rasa tidak puasa hati akan menghasilkan rusuhan dan tidak baik untuk negara. Himpunan Bersih pada bulan lalu adalah bagi manyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pilihanraya di negara ini terutamanya daftar pemilih yang ada. Sedangkan di London rusuhan kumpulan tertentu merusuh bagi menyatakan tidak puas hati tentang tindakan polis menembak seorang remaja hingga mati. Himpunan Bersih tidak melibatkan rusuhan, mereka berkumpul beramai-ramai dan berarak ke satu lokasi untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan satu memorandum kepada Agong. Tidak ada bangunan yang rosak serta rumah yang dibakar. Sedangkan di London perusuh membakar bangunan dan menyebabkan asap kelihatan di

Ramadan

Selamat menyambut bulan Ramadan 1432, diharapkan bulan yang barakah ini akan memberikan kebaikan kepada kita semua. Semoga kita akan dilimpahi rahmat oleh Allah subhanahu wataala. Kita mengharapkan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Selamat menyambut ramadan 1432.

Media

Image
Nampaknya berita dan isu "bersih" telah menjadi berita yang disensasikan oleh media. Ada yang menantikan video oleh polis tentang layanan baik polis. Semua itu pasti akan ditunjukkan dalam media, dan rakyat diminta percaya penuh berita itu. Rakyat akan dimaklumkan tentang kekerasan peserta himpunan. Moga maklumat yang benar dapat disalurkan kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Rakyat perlu lihat kebenaran, selepas itu biarkan mereka membuat pilihan. Media perlu dibersihkan daripada menyampaikan berita provokasi dan berat sebelah. Kita tak mau lihat nanti, surat khabar tidak laku dan berita TV tak lagi dipercayai. Sekarang pun dapat lihat surat khabar masih berlambak waktu petang. Dulu surat khabar sudah habis waktu tengahari, kini....... Semoga akhbar dan media negara ini sedar supaya kena gulung tikar.... kesian kepada pekerja. Moga kejadian diluar negara menjadi iktibar kepada media negara ini. Siarkan maklumat kepada rakyat dengan telus.

Perjuangan diteruskan

Nampaknya satu minggu ini berita tentang bersih telah mengambil tempat utama dalam media, media arus perdana serta media rakyat. Pihak kerajaan mengatakan bahawa himpunan tersebut telah mencemar imej negara serta akan merosakan ekonomi negara. Siapa sebenarnya yang telahmenyebabkan suasana ini? Rakyat hanya nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam suasana yang telus dan bersih dengan tuntutan yang dikemukakan. Tuntutan yang dikemukakan boleh dibuat oleh kerajaan, tetapi nampaknya mereka berdalih denga nperbagai alasan. Macam PM yang mulanya benarkan himpunan di stadium, kemuadian berdalih apabila rakyat nak buat himpunan di stadium. Daripada berita yang dikeluarkan oleh semua pihak, para peserta himpunan tidak merusuh serta merosakan harta awam, mereka hanya berarak untuk menunjukan sokongan. Kalaulah kerajaan boleh berikan laluan ketika himpunan berkenaan tentu para peniaga di KL akan menikmati pendapatan lebih pada hari berkenaan. Ada yang menybut bahawa peniaga di KL Sentral mend

Secara Aman

Image
Nampaknya panas sungguh golongan tertentu dengan orang pakai baju kuning, tambah ditulis " bersih ". Rakyat nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih, bukan meragukan serta berat sebelah. Tujuan diadakan himpunan bersih adalah untuk menuntut sebuah demokrasi yang telus bukan nak guling kerajaan secara tidak betul atau kekerasan. Rakyat yang berhimpun adalah menunjukkan sokongan terhadap gerakan menuntut pilihanraya yang bersih. Kenapa dikatakan pilihanraya negara ini tidak adil? Pertama, pengadil yang mengendalikan pilinraya ini iaitu SPR nampak terlalu menekan pembangkang dan memberikan ruang yang lebih kepada BN. BN bebas menggunkan jentera awam tanpa batasan serta liputan media yang berlebihan terutama TV kerajaan. Adakah ini adil? sudah tentu tidak. Undi Pos? undi pos seolah-olah cek kosong kepada BN. Mereka boleh dapat hampir 95 peratus undi pos sedangkan ketelusannya dipertikai hingga kini. Kini pasangan tentera juga adalah pengundi pos, adakah kerana m

Ubah sekarang

Minggu ni ada dua ceramah besar di Perlis. Pertama pada 11Jun 2011 oleh DS Anwar Ibrahim dan kedua oleh Mohd Sabu pada 14 Jun 2011. Pada 11 Jun 2011, DS Anwar berceramah dan melancarkan Gerak kerja pakatan rakyat Perlis, manakala Tuan Haji Mohd Sabu berceramah mengajak rakyat Perlis ke Kuala Lumpur pada 9 Julai bagi menghadiri Perhimpunan Aman Bersih 2.0. Kedua-dua ceramah ini memebrikan gambaran bahawa kerajaan BN hari ini banyak yang menyeleweng serta menekan rakyat. Oleh itu, rakyat perlu bangun bagi mengajar BN pada pilihanraya nanti. Kerjasama Pakatan Rakyat perlu diperteguhkan. Jangan mengambil pusing provokasi BN melalui media seperti TV dan akhbar. Rakyat perlu difahamkan tentang isu-isu yang timbul. Manakala himpunan Bersih 2.0 adalah rasa rati rakyat yang berhimpun untuk meminta keadilan ketika menghadapi pilihanraya. Pilihanraya perlu telus agar rakyat bebas mendapat maklumat bagi memilih pemimpin negara. Kini rakyat mendapat berita yang berat sebelah serta institusi awam d

Awat Depa pening?

Nampaknya muktamar Pas kali ini mendapat perhatian lebih daripada media arus perdana. Pemilihan ini dikatakan - Pas menolak ulama, kemenangan PKR dan DAP dalam menentukan pemilihan kepimpinan Pas, Negara kebajikan dan lupa negara Islam, Pas hanya penting pilihanraya dari perjuangan Islam dan pelbagai lagi kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO kepada Pas. Oleh itu, Pas telah berjaya memberikan implikasi positif bahawa parti tersebut memang pengganti terbaik UMNO kerana parti Melayu tersebut sudah merasai tertekan dengan kejayaan muktamar tersebut yang berjalan dengan baik walaupun panas dalam pemilihan kepimpinan. Negara kebajikan yang dibentang dalam ucapan Dasar Presiden tentu telah memberikan impak yang baik kerana ia diulas dengan begitu serius dan bersungguh oleh UMNO. Mereka kata Pas telah melupakan negara Islam untuk mencapai kemengan dalam pilihanrya. Adakah mereka faham bahawa itu adalah "Ucapan Dasar" iaitu jalan yang dipilih oleh parti untuk mendekat dasar

selamat bermuktamar

Pas akan mengadakan muktamarnya tahun ini mulai hari Jumaat. Dewan pemudanya mengadakan majlis perasmian malam ini, diikuti oleh dewan muslima dan ulama esok. Tahun ini, muktamar akan membuat pemilihan jawatan, semoga pemilihan akan berjalan lancar dan diharapkan semua yang terpilih akan menjalankan amanah yang diberikan oleh jamaah. Para perwakilan diharapkan dapat membuat pilihan yang terbaik. Seeloknya adakan solat sunat untuk diberikan petunjuk siapa yang akan dipilih. Diharapkan muktamar tahun ini akan memberikan gambaran yang jelas kepada umum tentang rancangan Pas bagi menghadapi pilihanraya dan komitmen bersama Pakatan Rakyat harus diberikan semangat baru oleh muktamar. Pas juga harus menunjukkan tindakan yang akan diambil terhadap kenaikan kos barangan sebagai sebuah jamaah yang perihatin terhadap rakyat negara ini. Semoga muktamar tahun ini akan memberikan kesan yang positif terhadap Pas sebagai parti atau jamaah yang menjadikan Islam sebagai panduan gerakannya. Selamat bermu

sama-sama rasa

Tarif elektrik dah naik. Adakah rakyat akan makin karan? Seperti biasa, media utama (kata kerajaan) akan menyiarkan tentang sokongan rakyat terhadap kenaikan ini. Tarifnya masih rendah berbanding dengan negara lain. Rakyat akan tetap dibela walaupun harga barang naik. Jadi apakah yang akan dilakukan oleh rakyat? Mungkin rakyat tidak sabar menantikan PRU13 untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Semua penyelesaian akan ditunding kepada rakyat. Rakyat atau peniaga dilarang menaikan harga barang tetapi syarikat besar boleh naikan tarif mereka, mungkin alasan paling popular; sudah lama tidak dibuat semakan, untung makin kecil dan kos belanja makin besar. Tapi peniaga lain tak boleh naik harga barang. Bila berlaku kenaikan harga barang tentu rakyat kebanyakan akan merasainya. Peniaga akan menyerap kenaikan harga barang dengan mengambil dari pengguna. Nasib rakyat negara ini, semakin banyak barang akan naik harga, penyelarasan subsidi...... Oleh itu, bersedia untuk menikmati harga baru baranga

Penarikan subsidi untuk rakyat Menabung?

Dalam Buletin Utama malam ini, terlihat seorang pakar ekonomi dari RAM (kalau tak silap) berkata - lebih kurang- subsidi menggalakan perbelanjaan yang berlebihan, ini akan mengurangkan tabungan. Oleh itu, pengurangan subsidi akan menyebabkan rakyat belanja secara berhemah dan menggalakan tabungan. [Ulasan] secara teorinya pengurangan belanja memang akan menaikan tabungan tetapi kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Ini juga akan meningkatkan perbelanjaan dan mungkin akan tiada tabungan. Secara rasionalnya kenaikan harga barang tanpa kenaikan pendapatan akan menyebabkan pendapatan secara relatifnya akan semakin rendah. Jadi macam mana boleh kata pengurangan subsisdi (harga barang naik) akan meningkatkan tabungan? Kita boleh lihat program "bersama mu" di saluran yang sama menunjukkan ramai lagi rakyat negara ini yang berpendapatan rendah. Mungkin sebahagian besar rakyat negara ini masih berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Satu lagi perkara ya

Barang Naik

Nampaknya rakyat negara ini akan menanggung kenaikan harga barang. Kerajaan nampaknya akan mengkaji pembeian subsidi yang ada hari ini, kemungkinan paling positif , rasanya kerajaan akan menarik secara perlahan subsidi. Rakyat akan menanggung beban kenaikan barang. Oleh itu, bersiap lah kamu semua untuk menikmati satu lagi kenaikan harga barangan. Dan RON95 akan dinaikan harganya bulan Jun nanti..... siap-siap lah kot boleh cari duit tambahan....

Gula pulak

Nampaknya kenaikan barangan pasti tidak dapat ditahan lagi. Selepas kenaikan minyak, kini berlaku pula kenaikan harga gula. Tak pa kot, rakyat 1Malaysia tak akan buat demontrasi bantahan macam negara luar. naikan lagi harga barang, takada yang marah. Nasiblah kau rakyat Malaysia. Selepas kemenangan di Sarawak, harga barangan nampaknya akan naik dan sukar di tahan lagi. Kenaikan harga gula dan petrol ini pasti akan memberikan kesan besar terhadap harga barangan terutama makanan - kuih- dan ini memberikan kesan langsung kepada rakyat. Apa janji kerajaan tak akan ada lagi kenaikan. Kerajaan penaik harga gula nak jimat belanja kerajaan, yang rakyat kena naik belanja kerajaan tak kisah pun. Sudah nasib, nasib, nasib,,,, kena tukaq kerajaan lepas ni, kita tengok pula....

minyak oh oh

Nampaknya harga minyak RON97 naik lagi. Kali ni 20 sen, sekarang dah jadi RM2.90. Mungkin ramai tak kisah kerana tak pakai RON97, pasai dok pakai RON95. Awat hampa ingat RON95 tak akan naik ka? Depa dok tunggu tu, bila patut naik. jangan bagi rakyat naik minyak, jaga hampa dalam PRU13 nanti. Awat minyak elok macam RON97 dok naik harga, rakyat dok pakai minyak lekeh RON95 sahaja la kita. Tu pun mungkin akan naik pula. Dok bising pasai kes video, osama tiba-tiba rakyat kena bayar minyak dengan harga yang lebih tinggi. Nasib la rakyat negara tercinta, isteri pemimpin jalan rata dunia tetapi rakyat kena fikir nak boh minyak kereta. nasib, nasib..... minyak oh minyak.

Osama... Obama

Osama bin Laden dikatakan terbunuh dalam satu serangan di Pakistan. Berita ini telah mendapat liputan utama media dan di negara ini juga, PM menyatakan bahawa semoga dunia lebih aman dengan kematian tersebut. Sebabnya Islam tidak suka kekerasan. Yang Amerika dok serang Libya, dulu Iraq, Afghanistan dan sebagainya bukan ka juga ganas? Manusia tidak suka kegananasan tetapi kenapa Islam sahaja dianggap ganas. Propaganda Barat melihat Islam sebagai ganas. Kenapa orang Islam tumpang sekali? Bukankah Obama yang memimpin Amerika juga ganas kerana meyerang orang awam di Libya. Kenapa dunia tidak mengecam serangan itu? Kalau Osama dianggap teroris atau pengganas, Obama juga boleh dianggap pengganas.

PERKASA

Masa pi Alor Setar semalam, lihat ada banner ada gambar mantan PM, Tun mahathir. Pi perhati rupanya ada perhimpunan Melayu pada 30 April ni di Alor Setar. Nampaknya la ni yang boleh himpun Melayu adalah Perkasa, UMNO tak boleh dah kot. UMNO mungkin tak upaya lagi nak perjuang Melayu, terpaksa kontrak kat Perkasa. Cuma jangan nanti berjuang bangsa hingga mewujudkan perasaan yang tidak baik antara kaum. takut jadi kes macam 1988. UMNO dan MCA dok bergaduh, orang parti pembangkang pula yang kena. Oleh itu, pihak pembangkang kena hati-hati dengan permainan isu ini. MCA buat marah kat Utusan, UMNO perjuang Melayu; oleh itu nampak mereka betui pejuang bangsa masing-masing. Oleh itu, rakyat kena tolak parti pejuang bangsa.

Bahasa

Nampaknya orang UMNO baru perasan bahawa depa malu cakap Melayu. TPM dok kata macam tu, macam dia kuat sangat cakap Melayu. Kita tengok majlis rasmi, rasanya menteri dok cakap bahasa asing sahaja. Kalau sidang akhbar, lagi dia cakap Orang Putih. Perkasa bahasa Melayu: TPM Sikap malu bertutur menyebabkan bahasa kebangsaan terus terpinggir KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri. Aku baca online disini , nak beli, tak payah la, biar tergantung di kedai sahaja. kenapa mereka merasakan oarang malu bertutur Bahasa Melayu, sedangkan jelas menteri dari kalangan orang UMNO yang tak mau cakap Melayu, ini jelas siapa yang cakap tak serupa bikin. PM pun dilihat di TV sering cakap bahasa lain dari BM. Ini tak pula dibising oleh apa tu pejuang Melayu... PERKASA. kenapa tak nampak, parti yang memperjuangkan Melayu, tetapi pemimpin dia lebih s

Banyak Pengaruh

Ada seorang pelakun tu kata dia ditawarkan jawatan tinggi oleh sebuah parti pembangkang tapi dia tak mau pasai dia penyokong UMNO. berita tu Amboi sakan no, hang punya pengaruh sampai depa nak tawar jawatan tinggi. Jawatan apa tu, presiden? Timbalan Presiden? Ketua Pemuda? Rasanya rugi kalau nak ajak orang macam ni, tak lah banyak peminat pun, rasanya pasai apa kata macam tu? Parti mana tu yang nak bagi jawatan tinggi kat dia? Harap tengok-tengok dia ni, pasai dia ramai pengikut...... ha, ha ,ha

Nyanyok

Nampaknya bekas PM, Tun Dr M makin nyanyok. Apakah yang dia kata ni? Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejayaan terbesar DAP pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu ialah memusnahkan konsep perkongsian kuasa dan kekayaan antara pelbagai kaum yang selama ini dijuarai oleh Barisan Nasional (BN) dengan memisahkan masyarakat Cina daripada yang lain. sumber. Begitulah antara berita yang di dapati di sini. Kenapa Tun cakap macam tu. Rasanya DAP juga berkawan dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. DAP tak letak calon di semua tempat, hanya 15 tempat sahaja.Ini kerana ini kawasan pengundi Cina. SUPP yang mewakili BN juga adalah parti Cina. Cubalah letak calon Melayu dikawasan berkenaan, adakah boleh menang? Ini kerana semua parti meletakan calon berdasarkan kaum, calon Melayu dikawasan Melayu, Calon Cina di kawasan Cina dan sebagainya. Parti dalam Pakatan Rakyat juga berbagai bangsa, DAP, PAS dan PKR. Jadi macam mana Tun kata DAP memisahkan masyarakat Cina dengan

Bersama, berasingan

Pilihanraya negeri Sarawak sudah berlalu, BN masih menguasai Sarawak dengan 55 kerusi. Pakatan pembangkang DAP 12 kerusi dan PKR 3 kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh calon BEBAS. Keputusan ini tentu mengembirakan PM yang turun habis-habisan wang rakyat dengan peruntukan yang berbilion kepada rakyat Sarawak. Tahniah diucapkan. Adakah pilihanraya negeri sarawak telah memberikan faedah yang besar kepada rakyatnya? Masa akan tentukan. Tetapi dari segi peruntukan projek pembangunan tentu rakyat Sarawak akan mendapat hasilnya??? Adakah patut pilihanraya negeri diadakan berasingan dengan pilihanraya persekutuan? Jika rakyat Sarawak dapat faedah, tak kan negeri lain tak mau juga. Kalau, kalau di Perlis diadakan pilihanraya berasingan mungkin jalan Arau Kodiang akan siapa dalam masa tak sampai dua minggu, la ni sudah empat lima tahun masih tak siap. Tentu banyak peruntukan yang akan turun ke Perlis. Jadi rakyat Perlis akan dapat untung.... tak mau ka Dr Isa Sabu nak buat pilihanraya asing sekal

Bersama, berasingan

Pilihanraya negeri Sarawak sudah berlalu, BN masih menguasai Sarawak dengan 55 kerusi. Pakatan pembangkang DAP 12 kerusi dan PKR 3 kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh calon BEBAS. Keputusan ini tentu mengembirakan PM yang turun habis-habisan wang rakyat dengan peruntukan yang berbilion kepada rakyat Sarawak. Tahniah diucapkan. Adakah pilihanraya negeri sarawak telah memberikan faedah yang besar kepada rakyatnya? Masa akan tentukan. Tetapi dari segi peruntukan projek pembangunan tentu rakyat Sarawak akan mendapat hasilnya??? Adakah patut pilihanraya negeri diadakan berasingan dengan pilihanraya persekutuan? Jika rakyat Sarawak dapat faedah, tak kan negeri lain tak mau juga. Kalau, kalau di Perlis diadakan pilihanraya berasingan mungkin jalan Arau Kodiang akan siapa dalam masa tak sampai dua minggu, la ni sudah empat lima tahun masih tak siap. Tentu banyak peruntukan yang akan turun ke Perlis. Jadi rakyat Perlis akan dapat untung.... tak mau ka Dr Isa Sabu nak buat pilihanraya asing sekal

Ubah

Image
Nampaknya esok pengundi di Sarawak akan menentukan kerajaan baru di sana. Setelah kempen telah berjalan dan rakyat telah mendengar kempen dan janji daripada parti yang bertanding. Jadi mereka akan turun mengundi dengan yakin? Saya melihat dalam pilihanraya ini seolah-olah hanya satu parti sahaja yang bertanding. Tak dak berita dari parti lain. Jadi macam parti depa akan menang besar. Tapi rasanya BN juga risau kerana PM, TPM dan menteri juga turun untuk membantu BN, tentu mereka juga tidak yakin untuk menang. Rakyat Sarawak juga telah mendapat janji juta-juta dari pihak BN. Nampaknya rakyat Sarawak akan mewah selepas ini. Tentu tak larat tanggung duit lepas ni. Adakah kerajaan ingat rakyat Sarawak dapat digula-gulakan? Rasanya rakyat Sarawak perlu melakukan perubahan dalam pilihanraya ini. Ada istilah "pakatan pembangkang hanya memacak bendera tetapi BN pasang tiang elektrik", di tv macam BN yang punya duit. Adakah rakyat akan tertipu dengan istilah begini. Rasanya rakyat Sar

Bermula

semalam telah berlangsong penamaan calon bagi pilihanraya negeri Sarawak. nampaknya tak dak yang menang tanpa bertanding. Semoga rakyat negeri Sarawak akan membuat pilihan yang baik untuk masa depan mereka. Marilah mencuba mengundi pakatan yang menentang BN.

"rubber-stamp"

Beberapa hari yang lepas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata bahawa dewan itu sedang diubah kepada institusi yang berwibawa, demokratik dan berkesan dalam proses semak dan imbang sesuatu rang undang-undang. Adakah sebelum ini dewan ini tidak berwibawa dan demokratik? Kenapa baru sedar bahawa Dewan Negara tidak berkesan dalam proses imbang dan semak sesuatu rang undang-undang? Apakah yang akan cuba diubah oleh Yang Dipertua Dewan Negara ini? Adakah rakyat akan yakin bahawa dewan ini bukan lagi "rubber-stamp" kerana ramai yang di lantik di dewan ini menjadi menteri serta timbalan menteri. Mereka ini tentu berada di Dewan Rakyat yang telah meluluskan rang undang-undang. Adakah ahli ini akan menentang rang undang-undang yang akan dibentang di Dewan Negara pula? Rasanya pemilihan ahli politik dari parti terutamanya dari pemerintah akan menyebabkan dewan ini akan terus menjadi "pak turut" kepada segala keputusan Dewan Rakyat. Mungkin ahli dewan

Pasca merlimau Kerdau

PRK Merlimau dan Kerdau sudah berlalu dua hari lalu, dan BN telah menang kedua-dua kerusi berkenaan. BN juga telah meningkatkan majoriti dikedua-dua kerusi berkenaan. Pakatan mesti membuat analisis terhadap kekalahan ini, walaupun kedua-dua kawasan ini kubu BN tetapi satu kajian perlu dilakukan; terutamanya disaluran 3 dan 4 yang juga memihak kepada BN. Adakah kempen dari media arus perdana amat berkesan dan tidak mampu untuk dilawan oleh ceramah Pakatan? adakah media baru juga memihak kepada BN? Adakah kerana - seorang pengundi seperti dalam TV3 malam tadi yang kata dia takut pasai Nik Aziz peluk Kit Siang, yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor, dia amat takut - apakah kempen BN sehingga pengundi berkenaan takut? semua perlu ditangani oleh Pakatan. Nampaknya Pakatan terpaksa kerja keras bagi menghadapi PRU nanti kerana undi masih boleh berubah kerana rakyat perlu diberikan persepsi yang baik. Jika pakatan dapat berikan yang terbaik, rakyat akan terus bersama Pakatan. Ketika PRU tu

dia menang

“Kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua penduduk Pelabuhan Klang,” kata Badrul Hisham Abdullah yang kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Jumaat, memutuskan bahawa kerusi tersebut tidak kosong. Bukan kemenangan pengundi DUN Pelabuhan Klang kerana dia menang dulu sebagai calon PKR. La ni dia lari masuk UMNO. Patutnya letak jawatan pasai kemenangan dulu bukan sebagai UMNO/BN. memang muka tak malu. Walaubagaimanpun, tahniah juga pasai menang kes di mahkamah. Sepatutnya kalau berani kata kemenangan penduduk pelabuhan Klang, kena letak jawatan dan bagi pengundi di situ buat pengundian lain sebab masa menang dulu calon PKR. tak kan tak berani kot.

Setuju

Tadi dengar berita, kerajaan akan naikkan elaun guru takmir kepada RM800 sebulan, iaitu RM100 satu sessi berbanding RM40 satu sessi sebelum ini. Saya amat setuju dengan kenaikan ini kerana jika dibandingkan dengan bayaran kepada artis, kadang-kadang beribu-ribu hanya untuk menyanyi beberapa lagu. Ini adalah tugas dakwah tentu saya setuju para pendakwah ini diberikan ganjaran yang tinggi. Dalam majlis itu PM, DS Najib meminta golongan guru takmir untuk menyampaikan dakwah berdasarkan al Quran dan sunnah. Ini juga amat disetujui. Orang ramai amat berharap bahawa golongan guru takmir ini akan menyampaikan dakwah berdasarkan ajaran Islam yang sebenarnya. Berkata benar berdasarkan ajaran Islam dan tegurlah semua yang sepatutnya ditegur. Tuan-tuan pasti yakin bahawa kita yang berilmu dan ada kesempatan menyampaikan ilmu perlu memberikan penjelasan yang sebaiknya kepada masyarakat. Jangan nanti akan disoalkan tentang ilmu yang disampaikan. Mulakan dengan keluarga pengajaran Islam dan yakinlah

khabarnya

Khabarnya bulan Jun nanti akan diadakan Pilihanraya Umum. Nampaknya ramai yang memperkatakan tentang masa PRU. Pasai apa semua orang buat ramalan? Kerana rakyat negara ini tidak diberikan tarikh awal sesuatu pilihanraya Umum. Maka rakyat akan membuat ramalan. Suasana semasa memperlihatkan bahawa pilihanraya hampir. Pengurangan kadar tol beberapa lebuhraya antara contohnya. Kenapa rakyat negara tidak dimaklumkan tarikh piliharaya? Apabila tidak ditetapkan tarikh, maka suasana politik akan sentiasa bergolak. Semua pihak akan sentiasa mencari isu dan memperkembangkannya supaya rakyat sentiasa bercakap tentang isu, jika tidak mungkin suasana politik akan sejuk. Jadi sehingga belum tahu tarikh, rakyat akan sentiasa meramalkan serta bercakap tentang PRU. Oleh itu, kerajaan perlu menetapkan tarikh serta memberikan peluang untuk rakyat mendapat maklumat yang jelas tentang sesuatu isu. jangan hanya satu pihak sahaja diberikan peluang. Buatkan forum terbuka agar rakyat dapat maklumat yang jela

Terpaksa Pergi Jua

Setelah hampir 30 menjadi Presiden Mesir, akhirnya Hosni Mubarak terpaksa lari dari istana dan melepaskan jawatan Presiden kerana kemarahan rakyat terhadap cara pemerintahannya. Beliau dikatakan mengumpulkan harta hampir RM70 billion. Setelah Tunisia dan Mesir, kawasan Timur Tengah, rakyat mula bangkit menentang pemerintahan zalim yang menguasai negara seperti di Yamen dan Algeria.Mungkin ada lagi kebangkitan di negara lain... Rakyat negara-negara ini terpaksa menungu lama untuk membina keberanian serta kesepaduan menentang pemerintah mereka. Semoga pemerintah baru di Tunisia dan Mesir akan memberikan peluang yang lebih untuk rakyat dari segi pilitik. Di Malaysia, rakyat masih boleh lagi menerima cara pemilihan pemerintah melalui pilihanraya walaupun terdapat beberapa ketidakpuasan rakyat seperti kebebasan media dan undi yang telus seperti undi pos. Semoga rakyat negara ini juga akan memiliki keberanian dalam Pilihanraya Umum nanti untuk memilih pemerintah baru, kerana.... dah lama da

Kerdau pula

Nampaknya akan ada lagi satu Pilihanraya Kecil, belumpun penamaan calon bagi DUN Merlimau, kini teropong ahli politik akan mengarah ke negeri PM iaitu di DUN Kerdau. Ini kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan. Al fatihah. Pada PRU 2008, calon BN berkenaan telah menewaskan calon Pas. Nampaknya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kena bersidang lagi. Kawasan Kerdau mempunyai pengundi Melayu hampir 90 peratus, kawasan yang dikatakan kubu BN. Pakatan mesti menunjukkan bukti bahawa kawasan Melayu juga bukan kubu BN seperti kawasan bukan Melayu. Tugas besar menanti Pakatan terutamanya Pas. Selamat berjuang.

Dakwah

Nampaknya BN berjaya mempertahankan Dun Tenang. Calonnya mendapat 6699 undi manakala calon Pas mendapat 2992 undi, bermakna majoriti 3707 undi. Pas belum berjaya menembusi kubu UMNO tersebut. Orang Melayu Johor masih belum menerima Pas. Walaupun kalah, tapi Pas berjaya mengajar rakyat tentang satu adab Islam iaitu bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah salah. Jadi Pas berjaya menjalankan dakwah semasa pilihanraya ini. Jadi wakil rakyat baru akan terus bersama rakyat, manakala Pas akan terus membantu rakyat kawasan berkenaan, jangan tinggalkan mereka. Ada menteri yang kata dok situ sepuluh hari untuk berkempen, mungkin kena terus dok situ pasai banjir. Nampaknya dakwah yang dijalankan oleh Pas, walaupun satu iaitu adab bersalam, ia adalah satu dakwah yang penting. Rakyat mesti difahamkan tentang Islam. Kerja dakwah mesti diteruskan walaupun tewas dalam pilihanraya. Semoga rakyat akan nampak kebaikan Islam dengan dakwah yang disampaikan sepanjang kempen Dun Tenang.

Tenang...

Hari ini merupakan hari pengundian PRK Dun Tenang. Khabarnya permulaan mengundi pagi ini disambut dengan hujan lebat. Semoga tidak mengganggu kelancaran pengundian hari ni. Sipakah pilihan pengundi? setelah bertungkus lumus berkempen serta banyak serangan peribadi yang ditampalkan dalam blog tertentu, kedua-dua pihak mengharapkan kejayaan masing-masing. Dalam suasana nak mengundi di Tenang, rupanya ada yang tak tenang dan mengishtiharkan keluar parti dan terus menjadi ahli parlimen bebas. Saya merasakan siapa yang menang kemudian keluar parti perlu melepaskan jawatannya. Kenapa pengisytiharan ini dibuat dekat denagan hari pengundian? hanya empunya diri sahaja yang tahu. Semoga hujan rahmat diawal hari pengundian ini akan memberikan kemenangan kepada Pas dan mencuci BN.

Duit Lagi

Tahun depan sapa yang ada kereta kena pasang "air bag" atau beg udara. Kata menteri ini bagi mengelakkan kematian terutama kepada pemandu dan penumpang kenderaan. Nampaknya rakyat kena lagi, tak kan nak pasang beg udara pakai "air liur" sahaja, tentu kena duit. Nampaknya yang kena keluar belanja adalah rakyat. kalau lerajaan ada masalah perbelanjaan maka berlaku pelarasan macam kenaikan harga petrol dan barangan dapur sebelum ini. Kalau sebelum ini pemasangan tali pinggang penumpang belakang dianggap sebagai penyelesaian- juga memaksa rakyat mengeluarkan belanja- adakah kajian telah dibuat terhadap keberkesanan arahan tersebut? Kini rakyat terpaksa mengeluarkan wang lagi... kematian terbanyak yang selalu didengari adalah penunggang motosikal, tiba-tiba pemandu kereta pula yang kena tambah "air bag". Mutakhir ini, kenderaan awam terutama bas ekpress yang terlibat dan melibatkan lebih ramai yang maut, patut dikenakan arahan tertentu. Ini bas dua tingkat mas

Dari Tenang ke Merlimau

Image
Esok merupakan hari penamaan calon bagi PRK Tenang di Johor. Dua pihak iaitu PR dan BN telah menamakan calon masing-masing. Tentu persaingan hebat kerana pihak BN telah menunjukkan kesungguhan dengan PM sendiri dan mengumumkan RM bilion serta menteri-menteri yang mengumumkan RM jutaan untuk pembangunan kawasan ini. Semua pihak mengharapkan PRK Tenang berada dalam suasana kempen yang tenang. Diharapkan rakyat dapat membuat penilaian yang baik terhadap calon yang dikemukakan. Dok sibuk pasai Tenang, tiba-tiba ADUN Merlimau Melaka meninggal dunia (takziah diucapkan). PRK kena diadakan pula, maka BN terpaksa sediakan janji RM jutaan pula di sana, mana nak bersiap untuk pilihanraya Sarawak. Mandat untuk DUN Sarawak akan tamat pada Julai nanti, dah tak lama tu. PM mungkin melihat keputusan rakyat di DUN Tenang dan Merlimau. Kalau rakyat nak lihat pilihanraya serentak, depa boleh bagi BN menang, dan PRU untuk Parlimen dan DUN boleh diadakan serentak di semua negeri. Sama-sama nantikan piliha

Letak jawatan

Nampaknya pejuang Melayu nak minta ADUN letak jawatan. Satu di Selangor pasai kata depa ADUN tu hina sultan, yang satu lagi di Pulau Pinang pasai samseng halau peniaga. Depa kata mereka ini perlu letak jawatan kerana menjaga imej sebagai wakil rakyat. Amboi suka sungguh depa suruh ADUN letak jawatan, dulu marah orang letak jawatan ADUN macam bekas ADUN Penanti. Kalau depa rasa ADUN perlu letak jawatan kerana jaga imej wakil rakyat, harap depa juga kena minta orang yang lebih tak tau malu, menang dengan tiket parti politik, lepas tu lari pi jadi wakil BEBAS. Depa ni yang patut letak jawatan.

Caca Merba

Hari ini, 11.1.11, jadi kita sudah berada 11 hari pada tahun2011. Akhir tahun lalu kita berbangga dengan kejayaan pasukan bolasepak negara yang membawa pulang piala AFF bagi kali pertama. Pada pertembungan akhir tersebut banyak media negara ini menyatakan bahawa media negara lawan banyak menyiarkan berita provokasi sehingga penyokong negara yang ke sana terpaksa menonton di pejabat kedutaan sahaja. Nampaknya kalau akbar tempatan menyatakan bahawa media seberang menyiarkan berita provokasi semasa petembungan tersebut, ini leboh kurang sama sahaja dinegara ini yang suka menyiarkan berita yang provokatif terhadap Pakatan Rakyat. Nampaknya tahun baru ini, dilihat bahawa banyak serangan terhadap pembangkang terutama di Selangor dengan provokatif bahawa PR menentang Sultan, dan seorang wakil rakyatnya diserang hebat. Amat diyakini semasa PRK Tenang nanti, banyak lagi berita yang pasti memburukan pembangkang (baca PR). Pembangkang tidak dibenarkan berkempen selagi belum penamaan calon, sedang