Monday, March 29, 2010

Susah Jugak

PRK Hulu Selangor akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 4 april nanti. Cuma di sini penulis merasakan bahawa cabaran untuk mempertahankan kerusi ini memang perit. Kerjasama dan kesungguhan petugas PR mungkin membantu kemenangan PR nanti.

Kita cuba semak kembali keputusan PRU12 yang lalu. Kawasan parlimen P094 Hulu Selangor PKR mendapat 23177 undi, manakala BN mendapat 22979 undi. Kelebihan undi hanya 198 undi sahaja.

Manakala diketiga-tiga DUN telah dimenangi oleh BN. Di N05 Hulu Bernam BN mendapat 7985 dan Pas mendapat 4436, kelebihan sebanyak 3549 undi. Di N06 Kuala Kubu Baharu BN mendapat 6555 undi, mankala DAP mendapat 6107 dengan kelebihan 448 undi. Di N07 Batang Kali, Bn mendapat 11724 undi dan PKR mendapat 9545 dan kelebihan 2179. Sekiranya dicampurkan ketiga-tiga DUN maka BN mendapat majoriti 6176 undi.

Sekiranya undi P094 kekal seperti 2008, PR masih boleh mempertahankan kerusi berkenaan tetapi dengan segala isu terkini dan eksploitasi media oleh BN, tentu satu kesukaran akan dihadapi oleh PR.

Mungkin calon akan menjadi penentu bagi mengekalkan kerusi berkenaan. Wallah hu aklam.

Friday, March 26, 2010

Ada lagi PRK


Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman.

Dok kalut di Titi Tinggi, Perlis apabila seorang wakil rakyat menghantar surat nak lepaskan jawatan, kemudian menarik balik surat tersebut dengan sms. Tiba-tiba Allah menghendaki satu PRK yang terpaksa diadakan di Selangor. Tak tau apa helah untuk tidakmengadakan PRK ini.

Penulis merasakan bahawa PRK ini menjadi penanda aras baru bagi melihat sokongan rakyat terhadap PR dan BN.

Adakah rakyat akan memberikan sokongan kepada BN dengan slogan'1malaysia' atau PR?

Tentu ia kan menjadi satu PRK yang menarik. Nak bagi menarik lagi buat sama dengan PRK DUN Kota Siputeh.

Wednesday, March 24, 2010

Titi Tinggi pulak


Rasa terkejut juga kerana yang ditunggu belum tentu bila nak jadi, tiba-tiba ADUN BN dari MCA di DUN Titi Tinggi pula yang nak lepas jawatan.

Rakyat di utara menanti bilakah PRK Kota Siputeh, bila lagi nak buat? Awat depa tak putus lagi tarikh PRK tu? Tut-tut di negeri Perlis rupanya ADUN BN letak jawatan. Ini kes pertama Adun Bn nak lepas jawatan, berita tak berapa besar sangat. Depa kalut nak pilih Presiden MCA, kacau-kacau....

Ada yang merasakan bahawa PRK ni pun mungkin tak jadi pasai ada yang akan buat andaian supaya ia tidak jadi. Kita harap kalau jadi biar buat sekali dengan Kota Siputeh, mari melancong ke utara.

Dulu depa lawan tiga penjuru, kalau boleh biaq kali ni satu sama satu PR lawan BN.

Semoga keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada demokrasi negara.

Saturday, March 20, 2010

Nak Percaya ka Dak?

Nampaknya seorang ahli Parlimen PKR yang melompat jadi BEBAS, cuba menarik perhatian ramai dengan cerita beberapa orang yang dipancing oleh DS Anwar untuk projek 16 Septembernya.

Nampaknya semua nama yang terbabit seperti disebut oleh MP bayan Baru itu menafikan tuduhan itu.

Mana nak letak muka kalau semua kata MP Bayan Baru Pembohong.

Nampaknya lepas ni dok sorang-sorang la, sama tak mahu, sini tolak, jadi ........

Berita dok kat sini.

Lepas ni nak kata apa pulak, macam seorang yang keluar PKR dulu bawa kotak tu, sapa pun koii tak percaya..

Friday, March 19, 2010

Tekanan

Adakah kerana tekanan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, banyak berita tentang cubaan pelajar untuk menyelesaikan dengan cara yang tidak sepatutnya?

Sekarang banyak sekolah cuba untuk meningkatkan taraf mereka. Mereka perlu mencapai sesuatu target. Pelajar ditekan untuk berjaya. Sekiranya pelajar tidak berjaya, guru-guru terpaksa bertungkus lumus merancang strategi pembelajaran agar pelajarnya berjaya dengan cemerlang pada sesi akan datang.

Masing-masing menghadapi tekanan. Guru tertekan untuk menghasilkan pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Pelajar tertekan untuk berjaya. Kementerian pula akan menganugerahkan kepada sekolah yang cemerlang, maka sekolah yang tidak berjaya akan tertekan.

Inilah nasib jika pelajar ditekan untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.

Kementerian perlu memikirkan satu kaedah pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Disamping itu, kecemerlangan akan datang serta kesannya lebih baik.

Sekarang semua pihak menghadapi tekanan: pelajar, guru, ibu bapa, pengetua, jabatan pelajaran serta pegawai pelajaran.

Walaupun penting kecemerlangan dalam peperiksaan, tekanan kepada pelajar hareus dikurangkan. Pakar pendidikan tentu mempunyai idea dalam hal ini.

Berbincanglah agar pelajar kita adalah pelajar cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi dalam kehidupan mereka selepas ini.

Selamat berjaya untuk semua.

Tuesday, March 16, 2010

Kisah seorang pelakon

Pagi ini, sambil berehat sahaja menonton rancangan " The Oprah Winfrey Show". Kisah pagi ini, beliau menemuramah bekas pelakon rancangan "One Day At That Time", Mackenzie Phillips.

Dalam temuramah itu, Mackenzie menceritakan pengalaman pahitnya bahawa beliau dirogol oleh ayahnya sendiri sejak berumur 18 tahun sehingga berumur 29 tahun. Pada mulanya secara paksa tetapi kemudian selepas masing-masing dapat menerima keadaan. Beliau juga mengandung daripada hubungan itu dan melahirkan anak. Beliau juga penagih dadah sejak berumur 11 tahun kerana melihat gelagat ayahnya, John Phillips, seorang pemuzik.

Selepas 30 tahun menyimpan penderitaan itu, beliau menulis buku " High On Arrival" tentang kisah hidupnya itu. Pada peringkat awal ahli keluarganya memarahi beliau kerana mendedahkan kisah buruk keluarganya. Beliau menulis untuk tujuan rujukan orang ramai kerana beliau merasakan bahawa orang ramai perlu tahu bahawa sumbang mahram memberikan kesan yang besar kepada diri dan masyarakat.

Dalam masyarakat negara Amerika yang bebas itu telah melahirkan ramai anak luar nikah dan sumbang mahram, beliau melahirkan rasa perlu menulis pengalaman itu bagi menyedarkan masyarakat tentang kesan yang berat terpaksa ditanggung olehnya. Sehingga kini masih menekan perasaan dan kehidupan beliau.

Itu di Amerika Syarikat yang jelas mengamalkan budaya bebas, di Malaysia bagaimana? Berapa ramaikah anak luar nikah dan anak sumbang mahram? Apakah peranan masyarakat dan kerajaan?

Hukum agama (Islam) perlu dilaksanakan bagi menyekat gejala ini berleluasa. Semoga kita semua dijauhkan daripada bala Allah.

Monday, March 15, 2010

Kenduri

Cuti sekolah ni, hari-hari kenduri. Boleh kut jimat sikit? Pasai tak payah masak tengahari. Tak tau lah......

Tahniah kepada semua yang menyambut menantu, semoga anak-anak yang melangsungkan perkahwinan selamat melayari perkahwinan ke akhir hayat.

Ini adalah salah satu jalan terbaik kerana kita dapati banyak anak yang tidak diketahui ibubapa kini dan ramai anak-anak tidak berdosa dibunuh dengan kejam. Kepada yang bersosial tanpa batasan, berkahwinlah semoga umur anda diberkati.

Selamat pengantin baru untuk semua yang berkenaan, moga bahagia ....

Friday, March 12, 2010

Rokok

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM dan STAM. Semoga mereka akan berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi yang mereka pohon.

Itu bukan tujuan tulisan hari ini.

Apa yang ingin di tulis disini ialah, saya perhatikan bahawa ramai pelajar yang mudah membeli rokok di kedai. Ramai pelajar tanpa segan silu merokok di tempat awam.

Apakah tindakan undang-undang untuk mereka? Mengapakah tindakan tidak diambil kepada penjual-penjual rokok? Siapakah penguat kuasanya?

Diharapkan para peniaga tidak hanya mengharapkan untung tetapi tanggungjawab sosial untuk mengurangkan gejala merokok dikalangan pelajar. Mereka merokok tanpa malu dengan mengenakan pakaian sekolah. Adakah ini anak bangsa yang kita akan lahirkan?

Siapakah yang patut dipersalahkan, ibubapakah, kerajaankah atau penjualkah?

Tuesday, March 9, 2010

Pergilah

Nampaknya, Zulkifli Nordin sudah menjadi glamer, kerana keluar PKR. Ini menjadikan wakil PR di parlimen semakin berkurang.

Biarkan mereka pergi, sebab mereka sudah menunjukkan bahawa mereka tidak dapat bersama menentang BN.

Biarkan, biarkan......

Monday, March 8, 2010

2 tahun yang panjang

Selepas dua tahun rakyat Malaysia cuba untuk mengubah kerajaan dengan mengurangkan majoriti BN di Parlemen, banyak peristiwa yang menarik berlaku...

Serangan bersungguh-sungguh dilakukan oleh BN bagi menjatuhkan kerajaan Pakatn Rakyat di beberapa negeri. Mereka telah berjaya dengan cara yang sungguh tidak beradab di Perak.

Negeri-negeri lain juga diserang tetapi masih mampu bertahan.

Apakah PR tidak berusaha menyerang kembali negeri yang diperintah oleh BN, kenapa hanay menunggu serangan? Mungkin jentera kerajaan yang ada kepada BN lebih kuat daripada yang mampu dilakukan oleh PR.

Pelompatan parti juga belaku kepada wakil rakyat PR. Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah menyaksikan peristiwa wakil yang dipilih telah keluar daripada parti yang diwakili ketika pilihanraya 2008.

Adakah dua tahun lagi akan berlaku banyak peristiwa yang menarik sebelum pilihanraya?

Sudah pasti kerana kedua-dua pihak mesti bersedia dan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian rakyat menyokong mereka dalam PRU13 nanti.

Selamat berjuang untuk semua. Tapi jangan lupa rakyat memilih anda semua untuk mewakili mereka bukan menjadi wakil rakyat untuk kepentingan peribadi.

Thursday, March 4, 2010

Lompat

Nampaknya sehari dua ni, berlaku acara lompat parti. Kita lihat begitu bersemangat sekali pihak yang suka Pakatan berpecah. Mereka seolah-olah amat yakin yang Pakatan akan hancur kerana parti yang paling banyak menang kerusi Parlimen dalam Pakatan sedang kehilangan ahli parlimennya.

Pihak BN tentu gembira dan acara melompat ini akan diusahakan bersungguh oleh mereka agar mereka kuat dengan pelompat-pelompat tersebut.

Selamat melompat, agar lompatan anda akan mencapai tempat yang dicita-citakan. jJngan orang pasang perangkap tempat yang akan anda lompat, sudah......

Wednesday, March 3, 2010

Pakatan

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan menghadiri kenduri kahwin di kampung. Biasalah musim cuti diambil kesempatan untuk membuat kenduri. Kenduri itu biasalah seperti kenduri yang lain.

Walaubagaimanpun ada sesuatu yang menarik perhatian saya. kenduri berkenaan dikendaalikan oleh satu keluarga yang besar. Keluarga yang membuat kenduri berkenaan mempunyai 11 orang adik beradik. Semua adik-beradik beliau menghadiri kenduri berkenaan. Semua aktiviti kenduri dari memasak, menghidang dilakukan oleh anak-beranak mereka sahaja. Nampaknya pakatan kenduri begini cukup kuat. Semua adik-beradik dapat bersama, tidak perlu bantuan luar bagi mengendalikan kenduri.

Ini antara contoh keluarga yang tidak bersaing, tetapi ada juga yang hanya dua atau tiga beradik tetapi bergaduh kerana harta. Apakah rahsia?

______________________________

Pakatan Rakyat juga nampaknya menghadapi cabaran dalam menyatukan ahli dalam kompenan tersebut. Rakyat perlu diberikan perspektif yang baik tentang PR kerana rakyat memang tidak suka dengan BN. Tetapi ada yang merasakan bahawa lebih baik pilih BN jika PR tidak menunjukkan disiplin organisasi yang baik.

Wahai pemimpin PR perkuatkanlah parti masing-masing dan mantapkan PR.