Thursday, February 25, 2010

Setahun Dah.....

Penulis mula membuka 'port' ini pada 24.2.2009. Rupanya sudah setahun berada di sini melayari dunia tanpa sempadan ini.

Terima kasih kepada yang sudi singgah, menjengok dan memberikan komen.

Blog ini mungkin blog tidak ramai pengunjungnya, tetapi penulis sentiasa cuba memberikan pandangan yang sesuai agar dapat memberikan manfaat untuk semua.

Pandangan dalam blog ini merupakan pandangan yang dirasakan perlu pada pandangan penulis untuk diluahkan kepada umum. Kita ada banyak pandangan, tetapi tidak semua yang dapat dimasukkan ke sini kerana ada yang perlu disimpan dan ada yang perlu dibuang terus.

Harapan penulis selepas ini dapat mengambil bahagian yang lebih aktif menulis serta memberikan pendapat terhadap semua isu yang ada agar kita dapat mengembangkan pandangan dan minda.

Sekian. Terima kasih kepada yang terus menyokong.

Wednesday, February 17, 2010

YB Kulim- Bandar Baharu oii


Saya rasa nak memberikan respon terhadap pendapat YB Kulim Bandar Baharu yang menyebut tentang PAS dan TG Nik Aziz (seperti dalam www.mstar.com.my) iaitu :

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

Saya mersakan beliau kena baca sejarah semula. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, PAS telah menyertai Perikatan untuk bersama dalam kerajaan bagi perpaduan rakyat negara ini. Bukan mereka keluar PAS bagi menyertai Perikatan atau UMNO. Mereka membentuk kerajaan campuran Perikatan-PAS.

Selepas itu, PAS bersama UMNO, MCA, MIC dan parti lain telah membentuk kerjasama dalam Barisan Nasional (BN). Jadi PAS antara pengasas parti yang bernama BN. Tetapi pengkhianatan UMNO dalam kerjasama tersebut menyebabkan PAS telah keluar dari BN. UMNO yang telah mengeluarkan PAS dari BN.

Jadi ahli atau pemimpin PAS, bukan keluar parti seperti yang berlaku sekarang. Tak kan itu pun tak faham.

Saya bukan pandai dari YB PKR tersebut tetapi kalau cakap tu jangan kata kat orang, baca lebih sikit la..... Jangan nampak sangat kita tak reti.

Saya memohon maaf, kalau agak kasar sikit kali ni......

Tuesday, February 16, 2010

Makan Dalam Talam

Beberapa hari yang lepas, saya pergi ke sebuah rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya. Biasa sahaja kenduri pada musim cuti sekolah.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu, tetamu dihidangkan nasi dalam talam. Saya makan berdua dengan anak kerana dihidangkan dengan meja dan kerusi. Kalau bersila mungkin boleh berempat.

Saya teringat sudah lama saya tidak makan nasi dalam talam. Kalau dahulu ada sahaja program tamrin, usrah dan seumpamanya tentu makan nasi dalam talam.

Kini kebanyakkan program, makan nasi dalam pinggan polistrin atau dalam pinggan masing-masing.

Adakah ini antara faktor kesatuan dalam parti nampaknya semakin longgar? Komen dan kritikan antara ahli jemaah secara terbuka semakin menjalar. Adakah kita perlu mengembalikan cara makan dalam talam?

Apakah kesilapan yang menyebabkan kita nampak seperti bertelagah? Atau ini proses dalam sesuatu organisasi atau sunnah Allah?

Yang penting, kita perlu bersama dan bersatu menghadapi musuh, bukan bertelagah sesama sendiri.

Marilah kita kotakan bahawa Islam For All, Pas Untuk Semua.

Tuesday, February 9, 2010

Lima Kosong

Begitulah keputusan Hakim yang memberikan kemenangan kepada Zamry sebagai MB Perak.

Nampaknya semakin kena kerja kuat PR lepas ni.

Selamat berjuang untuk semua di Perak, semoga PR akan mencapai kejayaan dalam PRU13 nanti.

Febuari 2009 ....2010

Setahun sudah berlalu rampasan kuasa di Perak.

Apakah kesudahannya?

Marilah kita nantikan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Semoga keputusannya nanti adalah keadilan untuk semua. Biarlah keputusan yang diputuskan adalah keputusan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Sama-sama kita tunggu........

Friday, February 5, 2010

Sensasi

Kisah yang paling panas kini pastinya kes DS Anwar. Mungkin rakyat Malaysia akan melihat dan mendengar berbagai istilah baru dalam perbicaraan nanti. Istilah "releven" pernah terkenal kerana pernah dikeluarkan dalam perbicaraan kes dahulu.

Kini Anwar akan menghadapi perbicaraan kes yang sensasi. Kes ini tentu bertaraf 18sx kerana tentu ada istilah yang tidak sesuai untuk anak kecil mendengarnya. Bagaimana nak jawab sekiranya anak-anak kecil yang baru membaca bertanya istilah yang ada dalam perbicaraan itu, yang tidak sesuai dengan usia mereka?

Tentu akhbar-akhbar akan mensensasikan laporan kes ini untuk menjual akhbar mereka.......

Jangan terlalu mensensasikan berita hingga terkeluar dari nilai susila timur....