Wednesday, December 15, 2010

Kuatkan Kerjasama

Hari Ahad nanti (19 Disember), PR - Pakatan Rakyat- akan mengadakan Konvensyennya bagi kali kedua. Seluruh negara memerhatikan resolusi konvensyen ini untuk menentukan gerak mereka sebelum PRU nanti.

Sudah pasti, media utama yang menyokong BN akan mengambil kesempatan dari masalah kecil konvensyen ini bagi ditayangkan ke seluruh negara. PR harus menunjukkan kerjasama yang erat dan tunjukkan kepada rakyat batu satu muafakat politik yang jitu telah diambil seterusnya menjadi bakal pengganti kepada BN yang semakin tenat.

Kekuatan yang ditunjukkan nanti pasti akan memberikan persepsi yang baik dan rakyat akan dapat menilai dengan lebih baik kekuatan serta kerjasama antara parti dalam PR.

Carilah kesamaan dalam membentuk satu perspektif yang baik untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, cuba jauhkan perbezaan yang menjauhkan rakyat kepada PR. Sedikit perbezaan yang tidak sepatutnya akan digunakan oleh BN bagi menyerang PR. BN banyak sumber media yang tidak terlawan oleh PR.

Semoga konvensyen ini akan melahirkan satu kekuatan untuk merencanakan kejayaan dalam PRU13 nanti.

Saturday, December 4, 2010

Bebanan

Hari ini harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram. Nampaknya harga barangan akan naik lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.

Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama.

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Selepas ini sekiranya berlaku kenaikan barangan, pasti alasan yang akan didengari ialah mungkin, "harga yang kita tawarkan adalah lebih rendah berbanding negara jiran lain, teruslah sokong BN."

Nampaknya rakyat negara ini akan terus terbeban dengan kenaikan harga barangan sedangkan pendapatan kebanyakkan rakyat masih ditahap rendah.

Rakyat di negeri Kedah dan Perlis yang baru menghadapi banjir tentu akan lebih tertekan (mungkin).

Adakah rakyat hanya berdiam diri dengan kenaikan ini. Dimana PROTES?

Rakyat perlu disedarkan, kenapa ada menteri pernah berjanji tak akan ada kenaikan harga RON95 pada tahun ini tetapi awal Disember 2010 sudah ada kenaikan dan mungkin awal tahun 2011 akan berlaku kenaikan yang lebih besar.

Nasib lah kita, menteri tak pa tentu tak terbeban, rakyat bawahan, bagaimana?

Wednesday, November 24, 2010

Nak komplen


Pada pagi tadi saya berkesempatan ke Kangar, ibu negeri tercinta. Ada sedikit urusan peribadi.

Saya masuk ke BIMB dan mengambil borang serta mengisinya untuk berurusan dengan kaunter. Selepas mengisi borang, saya pun mengambil nombor. Saya lihat ada sebelas orang lagi pelanggan sebelum saya. Jam di telefon bimbit saya menunjukkan pukul 11:06am. Saya terus mengambil tempat duduk.

Di bank berkenaan, ada 6 kaunter pelanggan, tetapi hanya satu sahaja yang beroperasi. Hanya pada pukul 11:29am baru satu lagi kaunter dibuka, dan hanya baru lima orang pelanggan yang berurusan. maka ada 6 lagi pelanggan di depan saya. Saya hanya dapat berurusan pada pukul 11:39am.

Jadi kesimpulan ringkas di sini, 5 pelanggan dengan satu kaunter mengambil masa 23 minit. 6 pelanggan dengan 2 kaunter mengambil masa 9 minit. Jadi mana lebih cepat? Maka kena buka lebih kaunter pelanggan.

Saya amat berharap agar pihak bank dapat mengambil perhatian terhadap hal ini. Dibelakang saya tadi masih ramai lagi pelanggan.

Kita mahu melihat institusi yang ada nama Islam dapat mengambil perhatian supaya pihak lain tidak melihat kelemahan Islam. Kalau bank lain sudah tentu buka banyak kaunter. Sebagai contoh di Kangar ada Bank Muamalat, Hong Leong Bank, CIMB, Maybank (sebagai bandingan) membuka banyak kaunter bagi mempercepatkan urusan. Kenapa hanya buka satu kaunter ketika pelanggan ramai?

Kita mengharapkan pihak bank dapat mengambil perhatian terhadap hal ini.

Saya sayang institusi ini, sebagai bank umat Islam, jadi layanilah pelanggan anda dengan baik.

Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana orang ramai akan membuat perbandingan, jika layanan yang diterima rendah maka mungkin terpaksa berpindah kepada institusi lain.

Walaubagaimanapun, kita harus mempertahankan instiyusi ini kerana ia adalah hak umat Islam dan perlu dilihat semakin baik dari institusi lain.

Sunday, November 21, 2010

aku rasa


Umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidil Adha pada hari Rabu lepas. Wukuf di Arafah pula telah ditetapkan pada hari Isnin lepas.

Ini telah memeningkan kepala umat Islam di negara ini, sama ada boleh dak buat korban pada hari Sabtu. Tapi ramai yang yang buat hanya setakat hari Jumaat sahaja.

Persoalannya kenapa kita tidak ikut penunjuk "hari Arafah" sebagai penunjuk menyambut hari raya Aidil Adha.

Umat Islam melalui OIC perlu mengambil pendekatan yang baik bagi menggambarkan kesatuan Ummah. Kalau ibadah Haji dianggap sebagai simbol penyatuan umat seluruh dunia, maka sambutannya juga perlu menunjukkan kesatuan ummah.

OIC juga mesti berani membuat perubahan, umpamanya penentuan tarikh perlu merujuk kepada Kaabah atau Mekah, atau mulakan hari atau penanda naik matahari dari Mekah. Penetuan tarikh antarabangsa bagi umat Islam adalah Mekah. Ini bagi memudahkan umat Islam menentukan tarikh besar hari-hari Islam.

Umat Islam perlu melakukan perubahan ini.

Ini hanyalah pandangan yang mungkin boleh diperbincangkan oleh tokoh-tokoh yang lebih besar. Ini hanyalah pandangan insan kerdil.

nota: gambar tak dak kena mengena dengan tajuk, untuk penilaian: kefahaman umat Islam tentang tarikh hari raya korban.

Friday, November 12, 2010

Tak tau nak kata

Nampaknya banjir di Kedah dan Perlis semakin reda. Hanya sedikit sahaja bilangan mangsa yang masih tinggal di penempatan sementara.

Dok dengar sahabat-sahabat habaq, ramai yang dok kat pusat penempatan, tapi masa solat subuh tak ramai yang berjamaah. Mungkin solat sorang-sorang kot.

Jadi banjir yang terjadi merupakan satu peringatan dari Allah. Kenapa tidak di ambil iktibar. Ramai hanya anggap bala. Tetapi tidak bersungguh-sungguh mengambil iktibar.

Semoga kita dapat menjadikan banjir besar ini sebagai satu peringatan dan bertindak menyediakan diri untuk menghadapi ujian yang lebih besar pada masa hadapan.

Jadi kalau tak solat lagi selepas menerima ujian ini, tak tau nak kata apa lagi....

Monday, November 8, 2010

Tak buat apa

Nampaknya banjir di Kedah dan Perlis semakin surut, walaupun Alor Setar masih dalam suasana yang tidak pasti. Yang menarik tentang banjir di Kedah, ialah apabila menteri pusat menyatakan bahawa kerajaan negeri Kedah tak buat apa-apa. Biasalah tu, dulu depa kata Kelantan tak buat apa-apa, mana ada gambar MB Kelantan atau EXCO dia turun bantu rakyat. Yang ada gambar, menteri pusat dan ketua bahagian UMNO/BN sahaja. La ni mai Kedah pulak.

Jadi jangan dok percaya sangat, tak kan MB Kedah dan EXCO dia dok lena. Menteri pusat yang turun sahja yang bantu rakyat.

Media pun patut tunjukkan juga aktiviti kerajaan negeri PR, pasai rakyat nati tak percaya langsung kat depa.

Semoga rakyat Kedah dan kerajaan Kedah dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. biar kat depa nak kata, " Kerajaan Kedah tak buat apa..." tetapi kerajaan Kedah dah melaksanakan tugas dalam bidang kuasa yang ada.

Saturday, November 6, 2010

Tahniah

Rasanya tidak salah mengucapkan tahniah kepada pemenang. Itulah nak ucap tahniah kat BN pasai menang di Galas dan Batu Sapi.

Buat Pakatan Rakyat/Pas, jangan kecewa teruskan usaha agar dapat rampas kembali Galas pada PRU nanti. Pas pernah kehilangan kerusi Pengkalan Pasir semasa PRK selepas PRU2004 dan merampas kembali dalam PRU2008. Jadi tidak mustahil akan berulang kembali sejarah berkenaan. Galas adalah kubu kuat UMNO dan kubu yang hanya pernah dipegang oleh Semangat46 sebelum PAS pegang sat masa PRU2008. Jadi usah kecewa.

Pas mungkin terpaksa membuat "bedah siasat" kenapa majoriti BN bertambah agak besar di Galas. Ini satu kerja yang perlu dilakukan segera, lupakan kecewa kekalahan ini.

Semoga Kelantan akan terus dibawah slogan "Membangun Bersama Islam".

Thursday, November 4, 2010

Selamat Mengundi

Selamat mengundi untuk pengundi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Moga kepetusan malam nanti aakan mengembirakan penyokong yang menang. Yang kalah jangan kecewa, cuba lagi nanti dalam Pilihanraya Umum.

Harapannya moga pilihanraya serta pengundian hari ini akan diadili dengan baik oleh Suruhanjaya pilihanraya (SPR).

Semoga ia akan membuktikan bahawa SPR tidak sokong mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh PR. Saya juga berharap berkenaan walaupun rasanya sukar.......

Selamat mengundi untuk anda semua..

Monday, November 1, 2010

Hujan

Nampaknya, di Perlis ni dah dua hari ni asyik hujan sahaja.

Mungkin akan berlaku banjir. Ini semua kuasa Allah, kita sebagai hamba hanya berserah pada-Nya.

Apabila Allah nak tunjukkan kebesaran dan kekuatan-Nya, sudah pasti manusia tidak dapat buat apa-apa. Begitu juga dengan letusan gunung berapi dan tsunami di Indonesia.

Jadi kita sebagai hamba, berdoalah kepada-Nya.

Nampak gaya hujan yang turun sejak kelmarin akan berlanjutan.

Wednesday, October 27, 2010

Adil

Petang semalam (selasa), sambil memandu dengar berita. Salah satu berita yang menarik hati ialah kata Menteri Penerangan, media baru mesti adil dalam menyampaikan berita.

Nak tergelak pun ada. La ni hari-hari berita pasai depa sahaja, parti pembangkang tak dak pun berita. Semua pasai pembangunan yang depa buat. Kalau kat Galas tu, tak dak pembangunan kerajaan Kelantan buat? Macam tu kot adil pada pandangan menteri tu.

Heran juga aku... Selama ni adilkah berita oleh media kerajaan? Mana berita dari negeri kerajaan Pakatan Rakyat? Tak kan MB negeri-negeri tu dok tidoq.

Jadi kalau sapa-sapa dengaq menteri tu cakap, fikir-fikirkan lah.

Monday, October 11, 2010

Pejuang Bangsa

Malam tadi, tengok juga Buletin Utama TV3. Ada sesuatu yang menarik ialah ucapan PM, DS Najib dalam bahasa Inggeris ketika merasmikan Perhimpunan Agong MCA, kemudian ucapan Presiden MCA dalam Bahasa Melayu.

Apa sudah jadi, dimanakah kedaulatan Bahasa yang diperjuangkan oleh UMNO? Bahasa Malaysia dianggap sebagai bahasa perpaduan dalam negara ini. Sepatutnya PM gunakan Bahasa Melayu/Malaysia tetapi dok guna bahasa Inggeris. Pasai apa? Memang UMNO bukan pejuang bahasa Melayu.... Bukan tuduhan tetapi benda yang ada depan mata.

Dimanakah slogan 1Malaysia? Tetapi tak guna Bahasa Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa.

Inilah yang ada dihadapan rakyat negara ini. Pemimpin yang tidak bersungguh memperjuangkan apa yang diperjuang oleh partinya. Itulah sebab mungkin mereka lebih suka guna UMNO dari Pekembar pasai memang depa suka bahasa itu.

Kita juga macam sudah lupa dimanakah kita berada di England atau di Malaysia. Pemimpin negara berucap dalam negara kepada rakyat Malaysia tidak sepatutnya menggunakan Bahasa Inggeris. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita.

Macam mana nak dikatakan pejuang bangsa, bahasa ibunda pun tidak digunakan. Adakah masyarakat Cina tidak faham Bahasa Malaysia? Mereka tentu faham kerana mereka rakyat Malaysia, tentu mereka lebih bangsa pemimpin negara gunakan Bahasa Malaysia.

Adakah ini pemimpin yang dapat dibanggakan oleh negara?

Thursday, October 7, 2010

Kenapa?

Hari penamaan calon dan pengundian untuk pengundi PRK Galas telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Cuma yang dipersolkan kenapa SPR memilih hari bekerja iaitu hari khamis sebagai hari mengundi. Ada apa-apa agenda ka?

kalau nak ramai pengundi, kenapa tak pilih hari Sabtu?

Harap SPR tidak dipergunakan oleh golongan tertentu.

Kita mengharapkan satu pilihanraya yang adil dan tidak berat sebelah. Semoga Galas menjadi permulaan kepada pilihanraya yang baik ini. Berikan peluang kepada rakyat untuk menilai calon secara telus. Jangan ada laporan berat sebelah (kadang-kadang tu kempen di media).

Parti yang bertanding tentu sibuk memilih calon, dan diharapkan calon terbaik akan diumumkan pada hari penamaan calon nanti.

SPR perlu menunjukkan bukti ia adalah sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihanraya yang adil di negara ini. Jangan ia lebih dari BN ketika menjelas hari pengundian nanti. Biar rakyat lihat SPR adalah badan yang adil, jangan jadi kuda tunggangan BN.

Walaupun penentuan hari pengundian jelas selepas hari perhimpunan UMNO dan perbentangan Bajet, ia lebih teruk lagi apabila seolah-olah cuba meminggirkan pengundi dari luar untuk balik mengundi di halaman mereka. Peranan SPR amat penting, perlu dilihat adil kepada semua pihak. Jika tidak rasa hormat kepada SPR pasti akan menurun.

SPR perlu menjadi pengadil yang baik.

Monday, October 4, 2010

Kalut

Nampaknya PRK akan berlaku di N45 Galas, Kelantan. BN mengambil tindakan awal dengan menamakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya mereka dalam PRK tersebut. Kemudian TPM pula ada menyebut bahawa Ku Li juga mungkin calon disitu. Ketua Penerangan UMNO memuji ketokohan KU Li sebagai calon yang sesuai di Galas.

Nampaknya UMNO betul-betul memuji Ketua UMNO bahagian Gua Musang itu, yang sebelumnya banyak pihak yang mempertikaikan beliau kerana menyokong tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Ada juga pihak yang menyatakan bahawa Ku Li belum memberikan jawapan terhadap tawaran tersebut.

Mungkin UMNO sudah kurang yakin dengan ketua pembangkang DUN Kelantan kot. Atau memang UMNO cuba menjatuhkan Ku Li yang dilihat tidak mengikut telunjuk mereka dalam isu royalti.

Sama-sama kita nantikannya. Yang sudah tentu ialah PAS dan UMNO akan bersaing di Galas. Calonnya sama-sama kena nanti.

Thursday, September 30, 2010

Tahniah...

Tahniah kerana UMNO nampaknya benar-benar tak mau duit judi. Duit yang rakyat dapat masa bulan puasa dulu depa minta kutip balik. Depa siap tabung pulak tu. Memang baguih UMNO ni.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Cuma lepas ni UMNO Pulau Pinang yang ketuanya Menteri Pertahanan kena pusing Malaysia nak kutip balik duit sumbangan daripada syarikat judi. Ahli sukan pernah menerima sumbangan Sport Toto yang hadiahnya diberikan sendiri oleh menteri terttentu. Kena minta depa bagi balik duit tu, lagi banyak bukan RM100.

Begitu juga dengan agensi yang pernah terima wang judi, kena minta balik.

Tugasan yang lebih utama, Reezal Merican kena minta kerajaan Pusat batalkan lesen judi, supaya tiada siapa lagi yang akan makan duit judi. Sanggup dia buat?

Harap dia sanggup.

Monday, September 27, 2010

Judi...

Kini berita tentang bantuan kepada warga tua dengan meggunakan wang judi menjadi bahan baru UMNO menentang kerajaan PR Pulau Pinang. Orang yang mendedahkan berita ini ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Baguslah UMNO kini sedar judi tu haram. Sebelum ini ada ahli sukan yang berjaya, diberikan hadiah oleh Sport Toto. Dan ketika bulan Ramadan y
ang lalu juga Sport Toto ada buat Majlis Berbuka Puasa dan memberikan sumbangan, tak bising pun. Kita bukan setuju dengan perkara ini. Memang lama saya harap judi diharamkan.

Kenapa tidak bising, orang Melayu yang pegang jawatan utama dalam syarikat judi?

Yang pasti judi memang haram kerana Allah telah
jelaskan dalam Al-Quran. Kenapa kerajaan persekutuan tidak mengharamkan judi?
Rakyat boleh lihat iklan judi di akhbar melayu, siapa pemegang saham syarikat berkenaan?

Sekarang semua kena ikhlas, marilah kembali kepada Islam.

Thursday, September 23, 2010

Hilang....

Banyak kes pelajar hilang kembali di beritakan dalam akhbar. Ada lagi berita seperti di sini, disini dan sini. Dan banyak lagi berita yang boleh di lihat.

Antara sebab kehilangan seperti mengikut teman, masalah keluarga, diculik serta ingin melarikan diri dari masalah.

Selepas kes Nurin Jazlin dan Sharlinie menjadi tajuk utama berita sudah ramai anak gadis dan remaja yang hilang dari rumah. Ini satu fenomena yang membimbangkan.

Ibu bapa yang mempunyai anak gadis amat bimbang dengan keadaan ini. Tentu perlu kawalan yang lebih.

Ada diantara kes kehilangan dijumpai kembali dan ada yang masih belum dijumpai hingga kini.

Perkara ini perlu ditangani oleh semua pihak. Adakah masyarakat hari ini hanya mementingkan diri sendiri? Kalau kena orang lain biarkan saja, tetapi bising apabila terkena diri sendiri...

Jadi semua harus mengambil peranan, jiran dan masyarakat.

Jadikan anak-anak kita bebas bermain dengan selamat...

Saturday, September 18, 2010

Dimana tempat Selamat?

Sejak akhir Ramadan hingga kini sudah satu pertiga Syawal, berita utama ialah kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat Banting.

Kes ini disamping satu kes pembunuhan seorang guru dan anaknya di Seremban menjadikan bulan Ramadan tahun ini sebagai tahun kematian yang menyayat hati.

Dimanakah tempat selamat? Sekarang pembunuh terdiri darii jiran, rakan baik, rakan perniagaan, rakan satu pejabat disamping musuh atau perompak yang melata di setiap tempat. Rasanya tiada tempat yang selamat. Kenapa ini terjadi?

Kita terpaksa kembali kepada hukum Allah. Dialah pencipta, tentu Allah yang mencipta manusia mereka cipta undang-undang terbaik untuk makluk ciptaan Nya. Kenapa kita tidak berbincang secara menyeluruh tentang perkara ini?

Para ilmuan dan pengamal undang-undang perlu mengkaji perkara ini. Jangan kerana sikap prejudis terhadap Islam menjadikan para ilmuan tidak mahu mengkaji kebaikan undang-undang Islam.

Kerajaan perlu meyakinkan rakyat tempat yang selamat untuk mereka. Kerajaan kena memberikan jaminan undang-undang untuk menjaga keselamtan rakyatnya. Kenapa tidak dicuba undang-undang Islam?

Umat Islam kena yakin Islam adalah penyelesai masalah dalam masyarakat.

Selamatkanlah rakyat dari ketakutan tentang keselamatan mereka.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya

Malam esok, kita akan lihat anak bulan: jika nampak maka hari Khamis adalah hari raya dan jika tidak maka hari Jumaat kita akan menyambut hari raya. Kita akan sama menunggu pengumuman nanti.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Minal Aizin Wal Faiziin" kepada semua yang pernah menjengah ke sini, mungkin ada tulisan yang mengguris hati. Walaupun sesawang ini kurang pengunjung, tetapi tetap ada yang setia.

Moga kita akan terus bertemu selepas hari raya nanti, moga puasa kita akan membawa perubahan ke arah kebaikan. Moga Ramadan tahun ini merubah kita dan hidup kita akan diberkati.

Semoga kita akan berjumpa Ramadan lagi tahun hadapan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Friday, September 3, 2010

Berfakta?

Datuk Seri Najib Razak meminta media arus perdana terus berpegang kepada fungsi media yang menyajikan laporan berdasarkan fakta tepat disulami dengan pendapat bernas bagi membolehkan kerajaan meneruskan proses kesinambungan perjuangan negara.

Begitulah berita yang dapat dilihat ketika PM mengadakan lawatan ke sebuah syarikat akhbar.

Pada penulis kepercayaan akhbar arus perdana menyampaikan berita berdasarkan fakta sudah luntur sejak lama terutamanya melibatkan berita kepada parti yang tidak sehaluan dengan BN.

Pengalaman pada 1984, semasa program "Ijtima Musta'afin" di Markas Pas Tok Kesop telah memperlihatkan berita yang tidak tepat kerana ia memang terjadi dihadapan kita. Jadi selepas itu banyak berita yang dibaca berasaskan politik memang kurang percaya.

Begitu juga dengan berita ketika Demontrasi aman Bersih 10 November 2007, berita nampak tidak berfakta dengan jumpa kehadiran pendemo yang tidak sepertinya. Macam mana PM boleh kata berita berfakta?

Oleh itu, ramai yang mula melihat media alternatif sebagai sumber. Walaupun mereka mengemukakan pendapat sendiri tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran citarasa masyarakat.

Oleh itu, media arus perdana harus jujur dan memberikan berita tanpa memperlihatkan sokongan melampau kepada satu-satu pihak, jika tidak ia akan diketepikan.

Walaubagaimanapun, berita-berita yang lain masih boleh diterima dan dihargai oleh masyarakat. Tetapi berita yang terlalu provokasi akan menyebabkan ramai pembaca akan berpaling kepada media alternatif.

Dah nak Habis

Kini kita semakin hampir di akhir bulan Ramadan Kareem, dan kita dibayangi dengan banyak cerita dalam bulan ini tahun ini.

Mercun meletup, khatib doa LGE, AP wanita DAP masuk surau tanpa tudung, masalah Malaysia-Indonesia dan seumpamanya telah dibincangkan dalam semua media.

Dimanakah kita? Adakah semua berita itu merupakan berita berfakta atau propaganda?

Rakyat kena bijak menilai.

Semoga kita dapat penuhi malam-malam akhir Ramadan ini dengan ibadat dan mendoakan kesejahteraan untuk negara ini, serta ditunjukkan jalan yang benar.

Semoga Ramadan tahun ini akan memberikan kita sesuatu yang positif dalam kehidupan masa depan kita.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan

Hari ini merupakan hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke 53. Rakyat negara ini sudah 53 tahun merdeka.

Adakah kita sudah bangga dengan pencapaian negara ini? Tentu sahaja ramai yang berkata,"Kita belum mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan."

Kita melihat hari ini, perpaduan rakyat semakin goyah (kata pemimpin UMNO). Adakah dulu ketika masyarakat Cina menyokong BN, perpaduan kaum baik tetapi kini apabila Cina dan India menyokong PR dikatakan perpaduan semakin merosot?

Yang pastinya, masyarakat mula menghargai kepelbagaian tersebut.

Pemimpin negara patut menghargai rakyat bukan menghentam rakyat. Pemimpin BN cuba menyalahkan rakyat dengan segala kejadian yang berlaku. Jadilah pemimpin negara untuk semua rakyat, jangan menyusahkan rakyat terutama di negeri yang diperintah oleh PR.

Jadi, selamat menyambut kemerdekaan ke 53, semoga kita akan menjadi sebuah negara yang dihormati.

Thursday, August 26, 2010

Sejarah, kenapa terpinggir?

Belajar sains maka pinggir sejarah, menyebabkan pelajar tidak menguasai ilmu kenegaraan, kata Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Aminuddin Yahya berkata, belajarlah sejarah supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Manakala Mohd Adib Akmal, cuba membincangkan tentang sejarah dan sains, perkaitan antara keduanya dan perbezaan, boleh dibaca di sini.

Kini banyak pihak yang cuba menyatakan tentang suasana hari ini ialah rakyat negara ini kurang dididik dengan sejarah. Oleh itu, mereka tidak menghargai kepimpinan negara. Adakah ini benar?

Dari sebagai ingatan, saya mula mengenali perkataan "Sejarah" ketika berlaku pertukaran buku dari buku "Tawarih" ketika saya belajar di darjah empat. Sekarang tiada lagi pelajarn ini di peringkat rendah.

Saya merasakan bahawa pelajaran sains lebih diutamakan kerana ia lebih unsur komersial berbanding dengan sejarah. Guru saya ketika sekolah menengah dahulu pun lebih menekankan pelajaran sains dari sejarah. Pelajar aliran sains tidak perlu mengambil pelajarn sejarah. Sistem ini ditentukan oleh pihak kerajaan. Kerajaan juga telah tidak mementingkan pelajaran sejarah ketika negara ini cuba menjadi negara maju.

Kenapa rakyat disalahkan?

Saya juga merasakan kita bukan sahaja perlu belajar sejarah, tetapi mengkaji sejarah supaya mereka lebih mengetahui keadaan sebenar yang terjadi bukan membaca sepintas lalu sahaja. Sejarah yang dikaji akan memberikan peluang tentang sesuatu kejadian dan kesannya ketika itu dan selepasnya.

Jadi kesimpulannya, bukan sahaja pelajaran sains dan sejarah diperkemaskan, tetapi semua pelajaran perlu diperkemaskan. Sekolah aliran agama juga perlu masuk ke arus perdana supaya mereka tidak dilihat sebagai kelas kedua seperti zaman penjajah.

Rakyat negara ini perlukan maklumat yang sebenar dan benar, jika tidak maklumat alternatif akan dicari.

Mercun, kenapa berulang?

Berita tentang mercun memang kerap terdengar ketika musim perayaan terutama Hari Raya Aidil Fitri. Mengapa yang terlibat adalah orang Melayu? Yang terjadi minggu ini ialah meletup tempat simpanan mercun yang mengakibatkan kemalangan jiwa.

Mengapakah mereka tidak serik? Setiap tahun ada kes, tetapi tetap berulang, apakah tiada tindakan penguat kuasaan.

Teringat saya satu kejadian tahun 1987 (kalau tak silap), sebuah kenderaan yang membawa muatan mercun telah meletup dan juga mengakibatkan kematian berhampiran Masjid Kemunting, Jitra. Kejadian itu menyebabkan Jitra bergegar seawal pagi. Ramai yang terkejut dengan kejadian itu. Tapi ia berulang juga.

Tentu ada yang cuba mengaut untung musim perayaan ini. Ingin dipersoalkan sekali lagi, kenapa Melayu yang terlibat sedangkan mercun bukan budaya Melayu?

Fikir-fikirlah.

Mungkin akan ada lagi berita tentang mangsa-mangsa mercun terutama ketika hampir hari raya. Beringat-ingatlah.

Wednesday, August 18, 2010

Masa Pantas?

Semalam ketika menunggu solat Isyak, seorang rakan memberitahu bahawa "masa kini terlalu cepat". Beliau yang bekerja hingga pukul 5 petang menyatakan selepas kerja beliau solat Asar. Kemudian ke Bazar Ramadan kerana mereka suami isteri bekerja. Selepas itu pulang sampai rumah sudah hampir 7 petang. Mereka hanya masak nasi sahaja, kemudian sampai waktu berbuka, memang tak sempat buat benda lain.

Ini adalah antara perkara yang diperkatakan, masa cepat dan pantas. Hari ini sudah lapan hari berpuasa. Rasanya baru kelmarin mula berpuasa. Jadi, banyak benda yang tidak sempat dilaksanakan.

Begitu juga, sudah dua tahun lima bulan kita melepasi PRU12, maka tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan PRU13. Pilihanraya nanti penting untuk semua parti membuktikan kerja mereka diterima oleh rakyat. MCA dan UMNO sekarang cuba menarik sokongan pengikut masing-masing dengan semangat bangsa. Ini tentu tidak sihat untuk masyarakat kita. Tetapi itu mungkin strategi politik mereka.

PR juga nampaknya belum memantapkan kerjasama secara menyeluruh, banyak lagi yang perlu diperkemaskan bagi menghadapi pilihanraya nanti.

Masa tidak menungu, masa sekarang sangat pantas. Semua yang mahukan sokongan rakyat perlu bergerak sekarang, jangan dekat PRU baru mendekati rakyat, sudah terlambat.

Selamat berpuasa, semoga masa puasa ini digunakan sebaiknya untuk mendapat rahmat dari ALLAH.

Masa tidak menunggu, kita perlu mengejar masa.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan

InsyaAllah, esok umat Islam di negara ini akan menyambut bulan Ramadan. Selamat berpuasa kepada pengunjung laman ini.

Marilah kita semua berdoa agar kita dapat memenuhi tuntutan Ramadan tahun ini.

Moga Ramadan tahun ini akan melahirkan kita sebagai insan bertaqwa pada akhir nanti setelah melalui madrasahnya.

Sunday, August 8, 2010

Bukankah itu Arak?

Semalam (6 Ogos 2010), lebih kurang pukul 10.50 pagi saya ke Kangar bersama rakan kerana beliau ingin membeli tiket bas ke Shah Alam. Sesampai di Stesen Bas Ekspress Kangar, saya terlihat sebuah bas berwarna hijau, (macam warna sebuah syarikat arak) dengan iklan dibadannya "Part of the game" dalam sebuah bola, kemudian tertulis "officially part of Team England" dan dalam sebuah kotak kecil tertulis "Nice One".

Saya mencari syarikat bas berkenaan dan didapati tertulis "Transnasional".

Saya kemudian membelek hamparan di internet tentang pasukan England. Saya dapat kesamaannya tulisan "Officially Part of Team England" di sini. Bukankah itu lambang arak?

Bagi memudahkan lagi perhatian semua boleh lihat dalam gambar dibawah:


Persoalannya ialah kenapa syarikat yang dirasakan dikuasai oleh Bumiputera (agama Islam) boleh mengiklankan nama arak di badan bas mereka? Takkan tak tau kot itu iklan arak walaupun tak ditulis namanya.

Masakan penumpang tidak perasan dengan keadaan tersebut?

Diharapkan syarikat bas berkenaan dapat mengambil tindakkan yang sepatutnya.

Jangan buat pejam mata sahaja.

Pak menteri pun kena lihat perkara ini bagaimana boleh terlepas dari pandangan. Tak kan depa bayar lebih kot?

Thursday, August 5, 2010

Waja baru?

Sambil membelek berita hari ini, ternampak pautan yang memberikan gambaran tentang bentuk Waja baru yang akan dilancarkan. Setelah 25 tahun kereta Proton di jalanraya Malaysia nampaknya Waja baru seperti tidak dapat lari dengan bentuk Mitshubishi.

Saga sebelum ini telah berjaya lari dari bentuk lama. Tetapi Waja kembali meniru bentuk Mitshubishi Lancer.(mungkin pandangan saya)

Cuba bandingkan gambar-gambar di bawah:



Yang mana satu bentuk Proton Waja baru?

Wednesday, August 4, 2010

Terbunuh?

SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.


Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.


Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.


Begitulah berita yang didapati dari akhbar hari ini. Persoalannya membunuh atau terbunuh atau dibunuh? Rasa takut dengan kes seperti ini. Jikalau membunuh diri (minta dijauhkan) nampaknya umat Islam sudah jauh dari agama.

Kenapa kes begini semakin berleluasa? Kerana agama ditinggalkan?

Umat Islam mesti kembali kepada agama untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Monday, August 2, 2010

Lambang Zionis?



Lihat kepala siren yang dibunyikan oleh TPM malam tadi nampak macam lambang zionis sahaja . [dalam kotak merah]

Harap mungkin penjelasan dari pihak penganjur. Adakah APCO juga sebagai penasihat program kibar Jalur Gemilang?

Apalah nasib rakyat negara Malaysia?

Wednesday, July 28, 2010

1 Ogos

1 Ogos 2010:

Hari ini dalam sejarah kerana guru gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan berpolitik. Jadi kenalah para guru yang sering memebrikan alasan bahawa mereka tidak boleh berpolitik melibatkan diri. Para guru jangan hanya pandai berteori selama ini, kini perlu turun untuk membangunkan masyarakat.

Harapan adalah besar supaya guru dapat mengerakkan masyarakat serta menunjukkan kepada masyarakat politik yang sebenarnya. Jangan rakyat takut kepada ugutan dan sebagainya.

Peluang ini perlu diambil walaupun terdapat pendapat yang mengatakan ada "udang di sebalik batu" dengan peraturan baru ini.

1 Ogos 1960:

Akta ISA diperkenalkan serta telah memakan korban ramai rakyat yang telah ditangkap tanpa bicara. Harapan rakyat agar undang-undang ini dihapuskan dan diganti dengan undang-undang yang dapat mengadili pesalah. Biar mereka dapat mempertahankan diri dengan tuduhan yang dikenakan.

Sudah lama undang-undang yang diaktakan untuk membendung komunis ini memakan hati dan perasaan rakyat yang tidak bersalah.

1 Ogos 2010:

Pelancaran pengibaran "Jalur Gemilang" yang akan diadakan di Stadium Utama Kangar. Diharpakan rakyat Malaysia dapat mngibarkan bendera kesayangan kita tersebut. Diharpakan kerajaan yang ada dapat meningkatkan keyakinan pelabur kepada negara ini.

Moga kita akan menjadi satu bangsa yang dihormati.

Mungkin terpaksa ganti kerajaan yang ada hari ini.

Sunday, July 25, 2010

Siapakah disebalik ......?

Teruja membaca lakaran cerita oleh Mazidul disini dan sini. Tahniah kerana dapat menembusi tempat tersebut. Rasanya sudah lama syarikat ini beroperasi. Pihak Imigresen Perlis (Imigresen) dan Jabatan Tenaga Rakyat Perlis (JTK) pun tahu syarikat ini.

Syarikat ini rasanya pembekal utama pekerja asing terutama pembantu rumah di Perlis selain daripada pembantu rumah harian. Pengalaman empat tahun lalu iaitu mengambil pekerja harian dari pagi hingga tengahari atau petang hingga malam. Pihak tuan rumah yang menyediakan makan tengahari atau malam. Rasanya banyak pendapatan daripada upah yang dibayar oleh pengambil tenaga harian ini. Kenapa mereka dibayar sedikit?

Rasanya syarikat ini sudah lama beroperasi, mengapa boleh lepas pandang oleh pihak berwajib seperti Imigresen dan JTK? Pihak yang JTK umpamanya terlalu menekankan supaya pekerja asing perlu diberi rehat dan cuti yang sepatutnya, melihat atau memantau syarikat ini.

Adakah ada pihak yang terlibat melindungi syarikat ini? Harap pihak SPRM dapat melihat perkara ini. Maklumkan kepada rakyat walaupun "orang besar" yang mungkin terlibat. jangan biarkan mereka membina kekayaan di atas kesusahan orang lain.

Majikan (tuan rumah) di Perlis yang pernah berurusan dengan syarikat ini tentu terkejut dengan perkembangan ini kerana mereka pasti tidak menyangka "tokey" tersebut dilihat begitu baik sekali.

Terima kasih di atas maklumat ini serta teruskan usaha membongkar kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan serta menyalahi undang-undang.

Friday, July 23, 2010

Perpaduan Politik

Isu perpaduan Pas UMNO menjadi isu utama yang dibincangkan kini. Ada mufti yang dicadangkan menjadi orang tengah dan ada yang tak ketahuan suruh dua parti tu bubar dan tubuh parti lain. Ini menunjukkan minat orang ramai untuk berbincang perkara ini.

Rakyat Malaysia melihat isu ini dimainkan oleh semua pihak.

Perpaduan yang diperkatakan ialah perpaduan Melayu. Mengapa tidak dibincangkan perpaduan Islam. Islam itu lebih luas dari Melayu.

Dalam Pas kini bukan sahaja ada orang Melayu tetapi berbagai bangsa. Tambahan pula dengan wujud Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) maka Pas tidak boleh tumpu perpaduan Melayu sahaja.

Perbincangan ini pasti menjurus kepada perpaduan politik. Inilah dilihat tujuan utama Umno ajak Pas berbincang. Kenapa? Umno sudah merasai kehilangan kuasa politik yang mereka ada selama ini. Sedangkan Pas semakin mencengkam kuasa politik dalam kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat juga bimbang jika ada perbincangan UMNO-PAS untuk perpaduan politik Melayu, mungkin ada perbincangan DAP-MCA untuk perpaduan politik Cina. Mungkin lebih bermasalah perpaduan rakyat selepas ini.

Mengapa UMNO beria-ia mengajak Pas berbincangkan sedangkan selama ini mereka menekan Pas. Ahli Pas pernah ditukar tempat bertugas semata-mata kerana menyokong PAS yang menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

Pas sudah ada pengalaman bekerjasama dengan UMNO, pertama dalam kerajaan campuran Pas-Perikatan dan kemudian bersama dalam Barisan Nasional. Pas telah dibunag dari BN. UMNO tidak pernah meminta maaf dengan perbuatan yang tidak beradab tersebut.

Jadi banyak lagi bukti menunjukkan UMNO tidak berapa ikhlas untuk berbincang dengan PAS, tetapi tujuan utama memecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Jadi, Pas harus bertegas dengan perkara ini supaya rakyat melihat ketegasan dan keupayaan Pas dalam membuat keputusan. Moga-moga kepimpinan Pas diberikan hidayah oleh Allah dalam menggerakan jamaah ini.

Perpaduan rakyat negara ini telah menunjukkan kematangannya. Semua bangsa dapat bersama menjalankan tugasan masing-masing. Jangan cuba jadi heto sesuatu bangsa, nanti tercetus peristiwa yang tidak diingini.

Wednesday, July 21, 2010

Subsidi

Penurunan subsidi gula dan bahan api yang berlaku telah mula meresahkan rakyat. Walaupun belum ada kenaikan besar-besaran harga barang, tetapi kesan sudah mulai di rasai.

Sajak ini, ada rasa hati seseorang tentang kenaikan harga barangan tersebut. Kita harap kerajaan dapat jelaskan kemanakah wang yang dijimatkan?? itu dibawa. Ini kerana rakyat tidak mahu wang yang mereka dapat nikmati sedikit itu untuk memperkayakan golongan tertentu.

Kita merancang dengan gah Rancangan Malaysia Ke 10, tetapi rakyat terpaksa mengorbankan rasa nikmat susidi yang diberi oleh kerajaan. Jangan kita membandingkan "harga kita yang paling rendah" apabila hendak menaikan harga sesuatu barangan.

Sudahlah awal bulan ini, kenaikan kos pos telah meningkat, kita yang terpaksa pula membayar harga yang lebih untuk mendapat sedikit keperluan asasi untuk makan dan bergerak. Berapa peratuskan rakyat kaya yang mendapat subsidi itu berbanding dengan rakyat bawahan, dengan peratus yang lebih besar? Kenapa kita selalu menekan rakyat untuk mendapat wang perbelanjaan untuk negara, sudahlah dibebankan dengan berbagai cukai.

Rakyat negara ini masih ramai yang berpendapatan rendah, tentu akan mulai merasai beban kenaikan ini pada bulan Ramadan dan Syawal ini apabila anak-nak mulai meminta untuk keperluan hari lembaran mereka.

Rakyat bawahan bukan bergaji ribuan seperti "bapa-bapa" menteri, mereka hanya petani kecil, penoreh dan nelayan. Mereka tidak berkereta besar, hanya motosikal serta kereta "cabuk" untuk membawa keluarga bersiar-siar. Mereka pasti merasai kesan kenaikan ini.

Adakah sumbangan pada gula, beras dan bahan asas pada Ramadan ini dapat mungurangkan beban ini. Walla hu aklam.

Ramai akan sokong penurunan harga bahan api serta keperluan asas untuk rakyat, walaupun mungkin baik untuk kepentingan politik BN yang mempunyai slogan "Tradisi Membela Rakyat" itu. Rakyat akan sokong tindakan itu.

Oleh itu, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam tindakan dan jujur membantu rakyat.

Saturday, July 17, 2010

HARGA BARANG AKAN NAIK?

Kenaikan harga bahan api serta gula semalam pasti akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Kerajaan telah memberi amaran dan menggesa peniaga tidak menaikan harga barang, tetapi yang pasti harga barang akan naik.

Tanyalah siapa pun pasti mereka akan kata harga barang akan naik. Kerajaan menaikan harga harga bahan api, tentu akan menyebabkan kos yang ditanggung oleh pengeluar dan pekedai akan meningkat, tentu beban kos akan terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Tak kan lah pekedai nak tengok sahaja. Mereka terpaksa mengeluarkan modal, sudah tentu perlu mendapat untung daripada jualan mereka.

Sepastinya peniaga minuman akan menaikan harga minuman mereka kerana gula telah naik harga. Kalau masih mengekalkan harga lama tentu orang kata peniaga tu "bodoh" kerana sanggup tanggung kos yang lebih.

Jadi rakyat Malaysia akan merasai nikmat daripada kenaikan harga barang ini. Pasti kerajaan bangga kerana rakyat dapatt menyelaraskan hidup dengan penyelarasan subsidi yang akanmenyelamatkan wang kerajaan tersebut.

Kalau nak selamat duit kerajaan, rakyat yang terpaksa berkorban, kita harap setiap meneteri mengorbankan elaun mereka untuk kerajaan. Ni lagi banyak nak kutip......

Jadi rakyat di desa adalah golongan awal yang akan merasainya serta penduduk bandar yang berpendapatan rendah. Apa boleh buat, depa kata ekonomi negara berkembang, tentu banyak duit tiba-tiba perlu kurangkan bantuan terus kepada rakyat, nasiblah rakyat 1Malaysia.

Kerajaan patut berbincang di Parlimen melihat reaksi wakil rakyat sebelum melaksankan kenaikan ini. Ini habis sidang Dewan Rakyat terus naikan harga, apa punya kerajaan membelakangkan rakyat bukan rakyat didahulukan.

Jadi rakyat perlu mengambil pendekatan supaya tidak dimainkan oleh kerajaan yang ada hari ini......

Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara.

Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 pada perlawanan akhir di Soccer City malam tadi. Gol kemenangan juara Eropah itu dijaringkan Andres Iniesta pada minit ke-116.
Nampaknya selepas hampir sebulan bersengkang mata menunggu perlawanan bola sepak Piala Dunia, semuanya sudah selesai. Yang gembira, pasukan Sepanyol.
Nampaknya sotong yang diberikan nama Paul juga telah meneka tepat semua pemenang perlawanan yang diberikan kepadanya untuk dibuat pilihan.
Selamat tinggal Afrika Selatan dan jumpa lagi di Brazil pada 2014. Selepas ini tak perlu sengkang mata sangat kot.
Kita kembali kepada realiti, dimanakah tahap bola sepak negara ini? Adakah kita mampu ke Piala Dunia 2022 nanti? Diharapkan FAM dan persatuan bola sepak kita akan mampu merancang dan membentuk pasukan Malaysia ke Piala Dunia.

Sunday, July 4, 2010

Siapa Juara?


Sekarang musim Bolasepak Piala Dunia. Ramai manusia yang mengikuti perjalanan pertandingan ini.

Setelah tiga minggu beraksi maka, kini sudah sampai ke peringkat separuh akhir. Banyak pasukan pilihan yang telah kecundang; Perancis dan Itali pada pusingan awal, Portugal dan England pada peringkat 16 pasukan, Brazil dan Argentina pada peringkat suku akhir.

Pasukan yang beraksi pada peringkat separuh akhir ialah Sepanyol, Jerman, Belanda dan Uruguay (terpaksa bertarung play-off dengan Costa Rica). Nampaknya pasukan Eropah masih mendominasi pasukan unggul bolasepak dunia. Adakah Uruguay akan berjaya menghalang dominasi Eropah?

Minggu ini akan menentukan Juara Dunia yang baru, Adakah pasukan juara yang baru seperti Sepanyol dan Belanda atau pasukan yang pernah menjuarainya seperti Uruguay atau Jerman akan memegang piala ini untuk empat tahun yang akan datang? Sama-sama nantikannya.

Cuma saya merasakan Jerman mungkin pulang gembira kali ini.....

Wednesday, June 30, 2010

Periksa

Kementerian Pelajaran telah membuat cadangan untuk memansuhkan Peperiksaan UPSR dan PMR. Tentu cadangan ini mendapat sokongan dan bangkangan.

Secara peribadi, saya menyokong cadangan ini, cuma perlu satu mekanisma baru untuk memilih pelajar ke sekolah asrama penuh.

Pihak kementerian mungkin boleh mengadakan peperiksaan memasukki sekolah agama, sekolah sains dan seumpamanya pada masa yang sama. Kini pelajar juga terpaksa menduduki ujian memasuki sekolah asrama penuh. Dengan ini maka pelajar yang ingin memasuki sekolah asrama penuh hanya menduduki peperiksaan berkenaan.

Kini tekanan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dan ibubapa bagai memenuhi keperluan lulus peperiksaan UPSR dan PMR.

Kos yang terpaksa ditanggung oleh waris juga tinggi kerana pembiayaan untuk kelas tambahan kerana ingin melihat anak masing-masing mendapat 5A bagi UPSR. Begitu juga untuk dapat 8A atau 9A untuk PMR.

Dengan itu pengisian pelajaran moral dan agama boleh ditambah di peringkata sekolah rendah. Ini bagi memahamkan pelajar tentang kepentingan agama dalam kehidupan mereka.

Penilaian peperiksaan sekolah juga boleh dibuat bagi menentukan tahap serta minat pelajar bagi mereka memilih bidang diperingkat menengah.

Oleh itu, saya berharap keputusan yang akan dibuat ini memberikan kebaikan kepada pendidikan negara bukan untuk memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.

Monday, June 28, 2010

Betulkah semua yang hadir ulama muda umno

Nampaknya UMNO memang berharap dapat menarik orang Melayu terus menyokong mereka dengan berita Ulama Muda Masuk UMNO dan penarikan balik kelulusan lesen judi bola.

Tetapi betulkah individu yang hadir pada tarikh berkenaan menyertai UMNO. Kita boleh dapat beritanya disini.

Pagi ini saya menghadiri satu sidang media oleh seorang yang hadir pada masa berkenaan dan ada gambarnya dalam Sinar harian Sabtu lepas. Beliau adalah Ustaz Abdul Wahab, tujuannya ke sana bukan untuk menyertai UMNO. Beliau telah membuat penafian dalam sidang media berkenaan.

Nampaknya, macam DS Shahidan Kassim sedang mengumpulkan kekuatan untuk mendapat tempat kembali dalam pemerintahan di Perlis. Beliau terpaksa menunjukkan pengaruhnya masih besar. Dengan menarik ulama muda ini menunjukkan bahawa beliau ada pengaruh.

Mungkin yang ramai hadir juga tidak mengisi borang UMNO. Mungkin hanya beberapa borang sahaja dalam sampul berkenaan?

Monday, June 21, 2010

Memilih

Bukan nak menyebok, kerana seseorang itu boleh memilih jalannya sendiri. Mereka boleh memilih kemana tujuan mereka. Mereka adalah orang cerdik.

Beliau dianggap sebagai seorang yang mempunyai pendirian mencari kebenaran tentu akan membuat pilihan dengan hati-hati. Tetapi tidak semestinya pilihan itu yang baik kerana orang yang terpaksa memilih selalunya terpaksa mengorban sesuatu.

Itulah hakikat dalam kehidupan, adakalanya terpaksa memilih dan adakala kita membuat pilhan tertentu kerana tujuan tertentu.

Selamat memilih kepada Dr Maza.

Tuesday, June 15, 2010

Jasa Jadi Kenangan

Semalam penyokong PAS dikejutkan dengan berita perginya bekas pemimpin yang dikasihi Ustaz Hasan Sukri menemui pencipta. Al Fatihah.

Saya masih terbayang suasana Ustaz Hasan di Muktamar PAS ke 56 di Kota Bahru. Beliau berada di pentas sebagai Ahli Majlis Syura.

Beliau merupakan seorang pejuang sejati, dianggap sebagai perlembagaan bergerak PAS.

Jasanya tetang dikenang, seorang yang berjuang hingga ke akhir hayat.

Semoga perjuangannya akan menjadi satu catatan penting yang akan diambil iktibar oleh pejuang masa ini dan hadapan.

Saturday, June 5, 2010

Perjuangan


Ingatan untuk sahabat yang berjuang di Palestine. Bantuan yang cuba dhantar kepada anda dihalang. Seluruh dunia menentang halangan tersebut, tetapi mereka seolah-olah tidak kisah.

Kenapa?

Mereka dilindungi oleh kuasa besar.

Teruskan perjuangan anda. kami bersama mu.

Wednesday, June 2, 2010

Kabinet 1Malaysia

Tahniah kepada yang akan menjalankan tugas sebagai menteri dan timbalan menteri mulai Jumaat ini. Anda telah berjaya mendapat kepercayaan PM.

Kenapa ramai sangat senator. Kenapa Ahli Parlimen yang dipilih rakyat kurang diyakini PM? Kenapa ramai dari MCA, ingin menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada BN? Wakil UMNO pun tak dak

Pasai apa ketua pemuda UMNO tidak dipilih? Teruk betui ketua pemuda UMNO kali ni sampai PM tak nampak dia untuk isi kekosongan dalam kabinet.

Nampaknya selepas ini, ahli parlimen yang tidak dapat kepercayaan PM tak payah bertanding, menang pun tak dapat jadi menteri. Baik kalah dapat jadi menteri macam Sharizat tu. Rakyat lebih baik pilih PR pula dalam Pilihanraya lepas ni supaya senang rakyat melihat menteri daripada kalangan yang dipilih mereka.

Walau bagaimanapun selamat bertugas dengan jujur dan amanah kerana anda dibayar oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka. Bukan jaga kepentingan para menteri dan perniaga sahaja.

Tuesday, June 1, 2010

Israel!

Israel memang kejam, semua orang tahu Israel memang kejam, ramai rakyat Palestin yang menjadi mangsa.

Kini Israel semakin kejam, bantuan untuk anak-anak Gaza di serang di lautan antarabangsa, memang kejam, memang kejam.

Dunia perlu bersatu untuk menghadapi Israel, jangan bagi muka kat Israel.

Marilah bersama berdoa untuk agar Israel hancur.....

Friday, May 28, 2010

SUBSIDI OH SUBSIDI

Nampaknya selepas ini rakyat negara ini akan mengeluarkan banyak wang dalam perbelanjaan seharian mereka. Kerajaan dijangka akan menarik balik subsidi kerana kerajaan tidak lagi menampung belanja yang dikeluarkan untuk rakyat. Ini seolah-olah membuktikan pandangan orang ramai bahawa kerajaan semakin kurang duit.

Berita ini didapati daripada sini dan sini. Disini juga ada berita dan banyak lain berita di tempat lain.

Jadi rakyat Malaysia kena bersedia untuk mengikat perut dengan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga minyak pasti memberikan impak bagi kenaikan harga barangan lain.

Kenapa negara nak bankrap? Tentu kerajaan tidak bijak menguruskan ekonomi negara. Negara yang mempunyai sumber bahan mentah dan kaya dengan sumber alam tentu mendapat pendapatan yang banyak.

Kenapa negara ini tidak diuruskan dengan baik? Adakah penjimatan wang ini untuk belanja BN menunaikan janji pilihanraya kecil yang banyak selama ini? Adakah ini tradisi membela rakyat yang dibanggakan oleh BN?

Adakah pengubal undang-undang yang kaya tidak melihat sendiri pendirian rakyat yang miskin? Mereka hanya melihat masalah mereka tanpa rakyat marhain yang susah di kawasan bandar dan luar bandar? Adakah dibuat kajian tentang jenayah kecurian dan rompakan yang semakin meningkat? Adakah kerana desakan hidup atau memang profesion pencuri?

Jadi kerajaan yang bangga dengan perkembangan ekonomi negara yang dijelaskan kepada rakyat semasa pilihanraya seolah-olah hanya "menggula-gulakan rakyat".

Rakyat perlu bangkit membuat perubahan. BN tidak boleh lagi diharapkan untuk membantu rakyat. Mereka hanya pentingkan diri setelah dipilih oleh rakyat.

Rakyat pun tidak jelas kemanakah wang yang dikatakan akan dijimatkan itu dibelanjakan.

Fikir-fikirkan.


Monday, May 24, 2010

Asap

Kali ini juga kisah tentang makan di gerai makan. Hujung minggu lalu, saya bersama keluarga keluar untuk makan malam di sebuah gerai di bandar utama di sini iatu Kangar.

Bukan masalah makanan atau sikap layanan oleh kedai berkenaan, tetapi sikap masyarakat kita yang suka merokok di tempat awam. Rokok sudah dilarang untuk dihisap ditempat awam, ia mengganggu orang yang tidak merokok. Tetapi persoalannya kenapa masih ramai yang suka merokok di kawasan tempat makan atau kedai makan.

Kenapa tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa? Ia memang mengganggu terutamanya anak-anak dengan kelibat perokok yang berkenaan.

Jadi fikirkan lah juga nasib orang disekeliling kita yang tidak merokok.

Kerajaan buat apa?

Sunday, May 16, 2010

BN Kalah!

DAP - 18,845
BN - 18,447
Ind -232

Majority - 398

Begitulah keputusan PRK Sibu yang diumumkan. Jadi Pakatan Rakyat dah rampas kerusi Sibu dari BN. Pening kepala pulak BN lepas ni, nak buat pilihanraya negeri di Sarawak. Kena pikiaq bila nak buat.

Tu kalau tak dak undi pos lagi besar kalahnya. Kita boleh lihat undi pos yang di dapati di sana.

DAP - 70
BN - 2,323
Ind - 36

Undi ditolak - 208

Kiranya undi pos memang kat BN. Jadi pasai apa dalam semua PRK undi pos memang kat BN?
Jadi PR kena kerja keras, mungkin boleh perintah Sarawak pula lepas ni.

Bila Sabah dan Sarawak sudah ada tanda beralih kepada PR, nampaknya kubu BN makin lemah walaupun gembar-gembur PR makin lemah.

Tahniah kepada PR melalui DAP yang menang di Sibu, moga semangat ini akan dibawa ke seluruh Sarawak.

Monday, May 10, 2010

Perubahan adalah perlu

Semalam, saya bersama keluarga telah ke sebuah kedai makan. Apa yang menjadi masalah ialah pelayan yang mengambil pesanan tidak mahu mengambil pesanan kerana pesanan berkenaan tiada di premisnya. Beliau enggan mengambil pesanan berkenaan kerana ia dari kedai sebelah. Setelah di desak barulah beliau sanggup menerima pesanan berkenaan. Bukan susah pun!

Saya mempunyai beberapa pengalaman begini terutama di kedai makan orang Melayu. Mereka enggan mengambil order untuk kedai sebelah walaupun berlainan jualan makanan yang disediakan. Ada satu kali saya terpaksa order bungkus roti canai dari kedai sebelah kerana pelayan kedai berkenaan enggan menerima pesanan itu.

Inilah mentaliti dan keadaan yang dihadapi oleh sebahagian peniagaan makanan Melayu. Lama-kelamaan pasti akan ada satu kedai gulung tikar kerana bersikap demikian. Orang ramai pun mungkin serik untuk ke kedai makanan yang berkenaan. Ini sudah jadi lawak Mr Bean!

Sedangkan satu ketika dahulu saya pernah ke kedai barangan orang Cina, apabila dibuat pesanan beliau sanggup ke kedai sebelah untuk mengambil barangan berkenaan. Mereka saling membantu walaupun dalam persaingan.

Jadi peniaga Melayu yang mempunyai sikap begini perlu berubah, jauhi sikap dengki dan tidak suka kepada rakan peniaga mereka. Jika sikap ini diteruskan mungkin ramai yang terpaksa tutup kedai. Kerjasama dan saling membantu adalah perlu dalam peniagaan. Kepercayaan pengguna adalah menjadi keutamaan.

Begitu jugalah dalam bidang politik, ada batuan yang sepatut diterima oleh rakyat tidak diberi kerana berbeza fahaman politik. Orang Melayu patut keluar dari sikap ini untuk memajukan diri dan masyarakat mereka. Bangsa asing boleh bersatu untuk kepentingan bangsa mereka, mengapa orang Melayu tidak boleh bersatu?

Kita berharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati suasana politik yang adil pada masa depan. Mungkin dengan mengubah kerajaan yang ada hari ini?

Saturday, May 8, 2010

"Raja"

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron.

Para pengundi di Parlimen Sibu akan menjadi manusia tumpuan selama kempen ini berlansung. Mereka akan dianggap sebagai "raja". Mereka akan dilayan dengan begitu baik sekali oleh semua pihak. Adakah benar pengundi adalah "raja"? Mengapa mereka dianggap sebagai "raja".

Pengundi dianggap sebagai raja kerana mereka mempunyai kuasa ketika hari pengundian. Kuasa yang ada kepada mereka itulah dianggap sebagai "raja". Kita berharap jika benar mereka ada kuasa, tunjukkan kuasa berkenaan.

Yang menjadi persoalannya, kenapa "raja" sering diancam dan ditipu? Berapa banyak tempat "raja" sering diancam, jika tidak mengundi sesuatu pihak mereka akan disekat bantuan dan seumpamanya.

Kalau raja dahulu dianggap mempunyai kuasa mutlak, adakah "raja" juga ada kuasa mutlak? Maksudnya mereka tidak takut dengan gertakan dan ancaman pihak yang mengancam. Mereka boleh menentukan pilihan mereka dengan bebas.

Atau adakah seperti "Raja Sehari", dianggap raja pada hari perkahwinannya sahaja, kemudian mereka akan jadi oarng biasa sahaja. Mereka hanya dilayan pada hari tertentu untuk undi mereka sahaja.

Jadi semua pihak harus melayan "raja" dengan baik. Jangan dilayan pada hari tertentu sahaja, kemudian "raja" dilupakan dan dilayan semula ketika hendakan kuasa.

Kuasa yang ada pada "raja" harus digunakan dengan sebaiknya supaya golongan yang mempermainkan mereka akan benar-benar merasai kuasa yang ada pada "raja".

Selamat berkempen kepada semua di Sibu dan layanlah "raja" dengan penuh kejujuran dan jangan gunakan seseuatu untuk hanya mendapat undi dari "raja".

Friday, May 7, 2010

Pulak Dah!

Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan hilang ketika pemandunya meletakkan kenderaan itu di tempat letak kereta Jalan Tuanku Ampuan Zabedah, Seksyen 9 di sini, semalam. baca penuh di sini.

Ini menunjukkan bahawa kadar jenayah kecurian amat membimbangkan, sampaikan kereta ketua polis pun berjaya dicurioleh penyamun.

Kita beraharap pihak polis dapat menyelesaikan kes ini kerena ia amat membimbangkan rakyat ramai. Kereta ketua polis pun boleh hilang, apatah lagi kereta kita.

Jadi polis mesti segera meyelesaikan kes ini agar kebimbangan rakyat tentang jenayah hari ini dapat dikurangkan. Rakyat bimbang kerana jenayah semakin banyak hari ini.

Selamat menjalankan tugas untuk semua anggota keselamatan. Kita berharap Malaysia akan bebas dari segala unsur jenayah dari pihak atasan hingga rakyat jelata.

Wednesday, May 5, 2010

Sampai Maklumat

Minggu lepas, ketika mengambil barang yang di'photostat' di sebuah kedai di Arau, tuan kedai itu mengomel ,"Kata membela rakyat, tetapi semua barang mau naik harga, letrik pun nak naik lepas ni, apa tu, membela rakyat tang mana? minyak pun mungkin naik?" Itulah antara ngomel penjual berkenaan.

Saya tidak pasti kenapa dia mengomel kepada saya. Adakah dia juga berkata benda berkenaan kepada pelanggan lain? Saya tidak pasti. Jika tidak itu mungkin satu cara kempen untuk PR. Itu pandangan seorang peniaga, macam mana yang lain?

Saya berpandangan bahawa kenaikan barang mungkin terjadi secara perlahan tanpa disedari oleh rakyat. Oleh itu, rakyat tidak akan berasa sesuatu. Jika kenaikan mendadak mungkin rakyat akan terasa. Adakah kenaikan itu dapat ditampung dan ditutup dengan janji ketika pilihanraya?

Kita berharap rakyat akan melihat perkara ini. PR mesti bersedia menunjukkan bukti kemampuan menangani masalah ekonomi yang dihadapi rakyat. Rakyat mesti dimaklumkan dan dihantar maklumat kepada mereka. Jika maklumat tidak sampai kepada rakyat, rakyat tidak dapat membuat penilaian yang jelas nanti ketika PRU.

Ini satu tugasan yang besar untuk jentera penerangan parti-parti dalam PR terutama Pas dan PKR kerana bertanding dikawasan luar bandar dan pedalaman. DAP agak mudah kerana bertanding di kawasan bandar. PR kena mulai dari sekarang. Maklumat mesti jelas agar rakyat dapat membuat keputusan yang baik ketika pilihanraya nanti.

Selamat bertugas dan mengatur jentera untuk menjelaskan kepada rakyat.

Monday, May 3, 2010

Boleh Ka?

Pada petang hari Sabtu (1Mei 2010), sambil meronda penulis melalui jalan Tambun Tulang. Apabila sampai ke satu kawasan dilihat ramai orang dengan banyak bendera BN dilekatkan dipokok. Apabila semakin hampir dilihat orang bersorak sebab ada sekelompok orang sedang berusaha menangkap itik di dalam Sungai Tambun Tulang.

Disebelah sungai dilihat ada banyak khemah didirikan dihadapan masjid Tambun Tulang. Ada banyak bendera UMNO dan BN di sana. Saya ternampak sekilas banner yang tertulis "Tajdid Minda" sebagai program yang diadakan. Saya tidaklah pulak memberhentikan kenderaan untuk melihat program itu dilaksanakan. Yang pasti program itu anjuran UMNO atau BN.

Cuma yang menjadi kemusykilan adalah bolehkah parti politik mengadakan program di masjid? Kalau dibenarkan, bolehlah parti politik lain mengadakan program yang sama.

Ini bukan program kerajaan, kerana tiada ternampak bendera Perlis dan Malaysia sebanyak bendera UMNO dan BN. Jika kita rasa pengamalan 1Malaysia untuk keadilan bagi semua, maka pihak kerajaan selepas ini boleh meminta parti lain untuk mengadakan program seperti itu dimasjid, jangan hadkan kepada parti tertentu sahaja.

Jika boleh satu pihak, pihak lain mesti boleh juga; jika tidak semua pihak tidak boleh buat benda yang sama.

Oleh itu, keadilan untuk semua dan biar rakyat mendapat hak masing-masing.

Thursday, April 29, 2010

Tahniah atas Lantikan.

Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator. Tiga lagi timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Datuk G Palanivel memang merupakan seorang yang dijangka kerana sanggup berkorban untuk tidak menjadi calon di Hulu Selangor.

Yang orang tanya ni, apakah sumbangan Ezam sehingga dilantik menjadi senator. Lepas ni kena panggil YB Ezam Mohd Nor, tahniah di atas perlantikkan. Harap boleh terus berjuang di Parlimen lepas ni.

Kita berharap perlantikkan sebagai senator ditentukan kriteria tertentu, jangan kerana menyokong sesuatu.........

Selamat bertugas, harapan rakyat mesti diutamakan, jangan hanya menjaja kotak sahaja.

Selamat. Harap bertugas dengan jujur untuk menegakkan kebenaran seperti yang diperjuangkan. Jangan menyembunyikan kebenaran kerana faktor tertentu...

Selamat

Tuesday, April 27, 2010

Harapan

Sambil berehat dan termenung 1 pagi tadi selepas "spot-check" pelajar di asrama saya teringat kata-kata tok wan (datuk) saya satu ketika dahulu, " Ingat kita berasal dari keluarga miskin, datuk nenek kita dahulu hanya tidur atas batang pinang, jika kita hidup senang satu hari nanti jangan lupakan orang susah, hati mereka jangan dimainkan, sebab orang susah akan buat apa yang disuruh untuk mendapat sesuap makanan."

Saya merasakan perkataan yang diucapkan itu memang benar. Orang susah apabila disuruh untuk membuat sesuatu akan diberikan upah, mereka akan berusaha untuk menyelesaian tugas berkenaan.

Apa yang dipersoalkan ialah selalunya orang susah atau miskin akan menjadi tumpuan dalam sesuatu pilihanraya. Pemeimpin besar selalu menjanjikan sesuatu kepada orang miskin. Tetapi adakah benar-benar jujur untuk membantu warga miskin berkenaan.

Saya bimbang kerana orang miskin tetap akan mengikuti golongan yang memberikan harapan kepada mereka. Jangan hampa harapan itu.

Pemimpin kena dan sepatutnya membantu masyarakat yang memerlukan sesuatu, tetapi selalunya pengistiharan untuk membantu orang susah dan miskin dibuat pada masa pilihanraya dan dihebohkan. Adakah ini yang patut dilakukan oleh pemerintah yang baik?

Janji yang dibuat mesti ditunaikan dan jangan biarkan harapan golongan yang mengharapkan sesuatu dari penjanji hancur.

Harapan mereka mesti dipenuhi.

Monday, April 26, 2010

Menang, Seronoknya

BN telah menang di Hulu Selangor. Pasti yang paling gembira ialah rakyat Hulu Selangor yang akan menjadi golongan yang paling bertuah kerana memilih BN.

Ini kerana janji yang telah dibuat oleh BN menjadikan kebanyakan mereka akan hidup senang selepas ini. Nampaknya kemengangan 1725 undi oleh BN akan menjadi sejarah yang besar dalam hidup mereka.

Selamat menikmati hidup yang lebih mewah selepas ini.

walaupun menang nampaknya pengundi Cina makin menjauhkan diri dari BN. BN sedah mendapat kembali pengundi India. Tentu mereka akan melakuan sesuatu untuk mendapat undi Cina selepas ini. MCA dan GERAKAN nak letak muka kat mana lepas ini

Nampaknya MIC kena serah kepada UMNO untuk memilih calon BN dari MIC selepas ini, kerana kalau calon di sini telah dipilih oleh UMNO menang maka mereka juga pasti akan boleh pilih calon MIC di tempat lain.

Pakatan juga perlu menilai bentuk dan cara kempen mereka untuk kembali mendapat pengundi Melayu dan India. Adakah kerana keupayaan BN membeli meyebabkan Pakatan hilang pengundi?

Sama-sama kita nantikan PRU nanti.

Thursday, April 22, 2010

Glamour

Manusia memang sukakan glamour. Kini adalah antara masa yang perlu diambil untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat. Semasa PRK, selalunya ada berita keluar parti dan rasanya akan ada lagi hingga 25hb nanti.

Dari pemerhatian, didapati selepas ini golongan yang keluar parti semasa PRK akan hilang ditelan araus, macam kes PRK Indera Kayangan dahulu. Mana golongan yang keluar parti berkenaan? Apakah jawatan mereka dalam Umno?

Rasanya yang ditunjukkan muka dalam akhbar sehari dua ini pun akan merasai nasib yang sama. Parti baru tak layan dan parti lama buat-buat tak tau sahaja kepada golongan ini.

Jadi rasanya nak glomour pun janganlah sampai menunjukkan diri kini terlalu rendah nilai begini. Keluar parti ketika berjuang dalam sesuatu pilihanraya. Tunggu sat tak boleh ka? Tak pa nak glamour.

Jadi harapan saya agar mereka terus glamour selepas ini dan tetap diingati sebgai pejuang yang mencari kebenaran.

Selamat mengundi untuk semua yang layak di Hulu Selangor, semoga pilihan anda adalah yang terbaik.

Tuesday, April 20, 2010

Tarik Diri, Keluar Parti

Nampaknya tak jadi 4 penjuru sebab 2 orang sudah tarik diri di Hulu Selangor. Jadi PKR lawan BN di sana.

Persoalannya kenapa tarik diri selepas dua hari mencalonkan diri? Kalau tak yakin lebih baik awal-awal lagi tak bertanding. Adakah ada sesuatu di sana....... ?

Nampaknya kempen semakin hebat, dengan seorang calon diberikan perhatian yangbersungguh oleh media dengan penuh kebaikan. Manakala seorang lagi didedahkan segala keburukkannya.

Itulah yang dapat disaksikan oleh rakyat. Banyak juga yang mula meninggalkan PKR. Sebab PKR yang bertanding maka akan ada berita tentang ahli PKR yang keluar parti termasuk yang paling utama berita bendahari PKR Hulu Selangor yang keluar PKR dan masuk UMNO. Berita begini akan berterusan.

Jadi selama seminggu ini pasti akan ada lagi isu besar yang berkumandang, cuma macam Presiden MIC tak berapa jelas dalam PRK ini. Calon BN dan Timbalan Presiden UMNO yang diberikan liputan utama.

Berita pembangkang tak dak langsung di media, kalau ada yang tak elok sahaja. Itulah 1Malaysia yang dibanggakan.

Monday, April 19, 2010

Kempen

Ada iklan di TV3 yang menyebut bahawa pada malam ini ada satu rancangan temuramah yang akan panggil calon BN, Kamalanthan untuk ditemuramah. Yang agak pasti terjadi ialah pujian akan diberikan kepada calon BN berkenaan. Kira kempenlah tu, tak kan hampa tak boleh perasan kot.

Apalah kiranya dibuat debat antara calon yang bertanding di Hulu Selangor supaya rakyat dapat menilai perjuangan dan harapan mereka. Kalau sorang-sorang pakai kempen dialah saja. Nampak sangat rakyat cuba dipermainkan.

Kalau di Britain, ada debat antara bakal pemimpin di sana jika parti mereka menang diberikan peluang mengemukakan pandangan, tak kan 1Malaysia sebagai negara demokrasi tulin tak boleh buat sama. Biar rakyat yang menilai, jangan mempermainkan rakyat, peristiwa 8 Mac 2008 akan berulang.

Biar rakyat Hulu Selangor nilaikan perkara ini.

Saturday, April 17, 2010

Empat Penjuru

Nampaknya pada 25hb nanti akan ada 4 oarang dalam kertas pencalonan. 2 calon BEBAS akan menentang calon PKR dan BN. SPR telah mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Jadi orang Hulu Selangor pasti akan menerima tetamu dari seluruh negara. Harap masing-masing dapat menjaga adab dan tata susila demokrasi. Semua pihak mesti bebas menyatakan pandangan politik masing-masing.

Friday, April 16, 2010

PRK dan Lompat

Ketua Penerangan pusatMIC, P. Kamalanathan telah dipilih untuk mewakili BN menentang calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Terdapat juga ura-ura dua calon BEBAS akan bertanding disitu. Selamat mendaftar sebagi calon esok semoga rakyat Hulu Selangor akan bijak memilih.

Dalam sibuk-sibuk nak PRK Hulu Selangor, tiba-tiba ada seorang wakil rakyat yang melompat. Jadi, masa PRK ada sahaja yang melompat. Adakah ini untuk kepentingan peribadi mereka? atau adakah betul nak menentang ketidakadilan dalam parti asal mereka? Yang jelasnya, beliau pernah jadi EXCO sebelum ini. Apabila kena tukar, terus keluar parti. Adakah golongan yang berjuang untuk kepentingan diri harus dibiar terus memegang kerusi berkenaan? Yang pasti rakyat tentu marah dengan sikap wakil mereka ini.

Rakyat melihat perlakuan ini, dan rakyat perlu menilai dengan baik segala yang berlaku disekeling mereka.

Tuesday, April 13, 2010

TPM atau Timbalan Pengerusi BN

Pagi ini saya melalui Arau untuk ke tempat bertugas di Jejawi. Yang menariknya sepanjang perjalanan di Jalan Tambun Tulang hingga ke Jejawi didapati bendera BN memenuhi jalan, mungkin untuk menyambut TS Muhyiddin Yassin yang dijangka akan datang ke Perlis hari ini. Gambaran tempat lain saya tidak pasti.

Kalau beliau datang atas urusan kerajaan mengapa bendera BN diletakkan sepanjang jalan. Tiada pula bendera Malaysia. Saya juga difahamkan ada perjumpaan dengan guru-guru pada petang nanti. Kenapa beliau hendak berjumpa dengan guru-guru sedangkan kehadirannya seperti program BN, jumpa pegawai atau penyokong BN sudahlah.

saya merasakan dalam PRK Hulu Selangor juga mungkin banyak berlaku program begini, guna jentera kerajaan untuk kempen BN. Tetapi saya rasa mungkin pertembungan kerajaan dan kerajaan akan berlaku. BN akan menggunakan jentera kerajaan Pusat manakala PKR yang mewakili PR mungkin menggunakan jentera kerajaan negeri, wallah huaklam. Yang untung penduduk dan pengundi Hulu Selangor.

Rakyat Hulu Selangor mesti bijak memilih. Pening juga pemimpin BN memilih calon. Jika ditolak pencalonan untuk mencalonkan Timbalan Presiden MIC, seolah-olah menolak MIC. JadiBN pasti dalam dilema. PKR juga tentu mencari calon yang sesuai untuk mewakili kawasan berkenaan. Calon yang kekal jika menang bukan buat hal selepas menang.

Sama-sama nantikan calon yang akan turun nanti.

Monday, April 12, 2010

1Indonesia

Kalau 1malaysia dikatakan tidak diambil dari idea 1Israel. Adakah 1Malaysia meniru 1Indonesia.

Lihat pada berita ini. Kita harap kerajaan dapat jelaskan kepada rakyat agar tidak menjadi keliru.

Tulisan slogan 1 Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" manakala slogan 1 Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan".

Perkara ini amat penting jangan dikatakan kita tiru Indonesia pula.

Tuesday, April 6, 2010

Rokok Haram

Hari ini terbaca artikel dalam Harakah pasai rokok. Nampaknya kalau betoi seperti dalam artikel tersebut, orang Islam kena jauhkan diri daripada rokok.

Kerajaan sudah nampak bahaya merokok, dengan menyekat penjualan rokok 14 batang.

Jadi semua pihak kena mengambil tindakkan menjauhkan benda ini. Kalau betoi babi juga ada dalam batang rokok, kena berhenti terus kerana babi jelas haram.

Kalau babi haram, penghisap rokok......

Monday, April 5, 2010

Kempen, Tunggu Sat


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April. Begitulah lebih kurang berita yang dibaca. Baik sungguh SPR mengingatkan parti politik. Sedangkan rakyat 1Malaysia boleh lihat PM pi kempen di sana.

Kita pun jadi naik hairan, pasai PM pi di kawasan berkenaan janji macam-macam, tu bukan kempen ka?.Ini janji yang PM buat, bukan kempen kot, saja nak habaq orang Hulu Selangor saja.

Jadi rakyat negara ini boleh menilai tentang perkara tersebut dan pengundi Hulu Selangor boleh melihat perkembangan ini dengan minda yang terbuka.

Begitu juga tiba-tiba ada orang umum projek di Hulu Selangor. Amboi pasai apa umum masa ni, bukan kempen kot pada pandangan SPR.

Oleh itu, kita mengharapkan rakyat akan menguburkan BN dalam PRK nanti kerana mereka suka membodohkan rakyat.

Fikirlah sendiri......

Sunday, April 4, 2010

Kena Bijak


Nampaknya Hulu Selangor akan menjadi tumpuan utama hingga 25hb nanti. Perdana Menteri sudah turun menjadikan kawasan ini memang penting kepada BN.

Orang Hulu Selangor boleh jumpa menteri yang sebelum ini hanya di TV sahaja. Mungkin projek juta-juta akan diumumkan oleh menteri berkenaan. Mewahlah orang di sana.

Kenapa baru pi kawasan ini? Tentu nak menang PRK 25hb nanti, tak kan saja-saja nak pi kot.

Jadi orang Hulu Selangor kena jual mahal. Mereka adalah tokey masa PRK. Boleh tentu harga.

BN pun nampak pening pasai UMNO pun nak jadi calon. MIC pasti nak terus kawasan tu. Pening DS Najib, Muhyiddin lagi pening, Samy Vellu tentu tunggu keputusan ini dan kalau calon MIC tak terpilih tentu ...... Jadi BN tengah menanti retak dan Hulu Selangor akan menjadi tempat yang akan membuktikan telahan ini.

Jadi orang Hulu Selangor kena bijak. Anda sekalian adalah orang yang berkuasa hari berkenaan, bukan PM atau TPM, buatlah pilihan yang bijak.

PR telah membuktikan bahawa mereka boleh memerintah, bukan hanya BN.

Mitos bahawa BN sahaja mampu memerintah telah dipecahkan, jadi selepas ini nanti negara ini juga boleh diperintah oleh PR atau parti lain selain daripada BN.

Jadi Hulu Selangor tempat rakyat membuktikan bahawa 1Malaysia bukan satu slogan baru.

Monday, March 29, 2010

Susah Jugak

PRK Hulu Selangor akan ditentukan tarikhnya oleh SPR pada 4 april nanti. Cuma di sini penulis merasakan bahawa cabaran untuk mempertahankan kerusi ini memang perit. Kerjasama dan kesungguhan petugas PR mungkin membantu kemenangan PR nanti.

Kita cuba semak kembali keputusan PRU12 yang lalu. Kawasan parlimen P094 Hulu Selangor PKR mendapat 23177 undi, manakala BN mendapat 22979 undi. Kelebihan undi hanya 198 undi sahaja.

Manakala diketiga-tiga DUN telah dimenangi oleh BN. Di N05 Hulu Bernam BN mendapat 7985 dan Pas mendapat 4436, kelebihan sebanyak 3549 undi. Di N06 Kuala Kubu Baharu BN mendapat 6555 undi, mankala DAP mendapat 6107 dengan kelebihan 448 undi. Di N07 Batang Kali, Bn mendapat 11724 undi dan PKR mendapat 9545 dan kelebihan 2179. Sekiranya dicampurkan ketiga-tiga DUN maka BN mendapat majoriti 6176 undi.

Sekiranya undi P094 kekal seperti 2008, PR masih boleh mempertahankan kerusi berkenaan tetapi dengan segala isu terkini dan eksploitasi media oleh BN, tentu satu kesukaran akan dihadapi oleh PR.

Mungkin calon akan menjadi penentu bagi mengekalkan kerusi berkenaan. Wallah hu aklam.

Friday, March 26, 2010

Ada lagi PRK


Al-Fatihah untuk Allahyarham Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad,71 tahun meninggal dunia di rumahnya Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman.

Dok kalut di Titi Tinggi, Perlis apabila seorang wakil rakyat menghantar surat nak lepaskan jawatan, kemudian menarik balik surat tersebut dengan sms. Tiba-tiba Allah menghendaki satu PRK yang terpaksa diadakan di Selangor. Tak tau apa helah untuk tidakmengadakan PRK ini.

Penulis merasakan bahawa PRK ini menjadi penanda aras baru bagi melihat sokongan rakyat terhadap PR dan BN.

Adakah rakyat akan memberikan sokongan kepada BN dengan slogan'1malaysia' atau PR?

Tentu ia kan menjadi satu PRK yang menarik. Nak bagi menarik lagi buat sama dengan PRK DUN Kota Siputeh.

Wednesday, March 24, 2010

Titi Tinggi pulak


Rasa terkejut juga kerana yang ditunggu belum tentu bila nak jadi, tiba-tiba ADUN BN dari MCA di DUN Titi Tinggi pula yang nak lepas jawatan.

Rakyat di utara menanti bilakah PRK Kota Siputeh, bila lagi nak buat? Awat depa tak putus lagi tarikh PRK tu? Tut-tut di negeri Perlis rupanya ADUN BN letak jawatan. Ini kes pertama Adun Bn nak lepas jawatan, berita tak berapa besar sangat. Depa kalut nak pilih Presiden MCA, kacau-kacau....

Ada yang merasakan bahawa PRK ni pun mungkin tak jadi pasai ada yang akan buat andaian supaya ia tidak jadi. Kita harap kalau jadi biar buat sekali dengan Kota Siputeh, mari melancong ke utara.

Dulu depa lawan tiga penjuru, kalau boleh biaq kali ni satu sama satu PR lawan BN.

Semoga keputusan yang dibuat nanti memberikan kebaikan kepada demokrasi negara.

Saturday, March 20, 2010

Nak Percaya ka Dak?

Nampaknya seorang ahli Parlimen PKR yang melompat jadi BEBAS, cuba menarik perhatian ramai dengan cerita beberapa orang yang dipancing oleh DS Anwar untuk projek 16 Septembernya.

Nampaknya semua nama yang terbabit seperti disebut oleh MP bayan Baru itu menafikan tuduhan itu.

Mana nak letak muka kalau semua kata MP Bayan Baru Pembohong.

Nampaknya lepas ni dok sorang-sorang la, sama tak mahu, sini tolak, jadi ........

Berita dok kat sini.

Lepas ni nak kata apa pulak, macam seorang yang keluar PKR dulu bawa kotak tu, sapa pun koii tak percaya..

Friday, March 19, 2010

Tekanan

Adakah kerana tekanan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, banyak berita tentang cubaan pelajar untuk menyelesaikan dengan cara yang tidak sepatutnya?

Sekarang banyak sekolah cuba untuk meningkatkan taraf mereka. Mereka perlu mencapai sesuatu target. Pelajar ditekan untuk berjaya. Sekiranya pelajar tidak berjaya, guru-guru terpaksa bertungkus lumus merancang strategi pembelajaran agar pelajarnya berjaya dengan cemerlang pada sesi akan datang.

Masing-masing menghadapi tekanan. Guru tertekan untuk menghasilkan pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Pelajar tertekan untuk berjaya. Kementerian pula akan menganugerahkan kepada sekolah yang cemerlang, maka sekolah yang tidak berjaya akan tertekan.

Inilah nasib jika pelajar ditekan untuk cemerlang dalam peperiksaan semata-mata.

Kementerian perlu memikirkan satu kaedah pengajaran yang menarik serta menyeronokkan. Disamping itu, kecemerlangan akan datang serta kesannya lebih baik.

Sekarang semua pihak menghadapi tekanan: pelajar, guru, ibu bapa, pengetua, jabatan pelajaran serta pegawai pelajaran.

Walaupun penting kecemerlangan dalam peperiksaan, tekanan kepada pelajar hareus dikurangkan. Pakar pendidikan tentu mempunyai idea dalam hal ini.

Berbincanglah agar pelajar kita adalah pelajar cemerlang bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi dalam kehidupan mereka selepas ini.

Selamat berjaya untuk semua.

Tuesday, March 16, 2010

Kisah seorang pelakon

Pagi ini, sambil berehat sahaja menonton rancangan " The Oprah Winfrey Show". Kisah pagi ini, beliau menemuramah bekas pelakon rancangan "One Day At That Time", Mackenzie Phillips.

Dalam temuramah itu, Mackenzie menceritakan pengalaman pahitnya bahawa beliau dirogol oleh ayahnya sendiri sejak berumur 18 tahun sehingga berumur 29 tahun. Pada mulanya secara paksa tetapi kemudian selepas masing-masing dapat menerima keadaan. Beliau juga mengandung daripada hubungan itu dan melahirkan anak. Beliau juga penagih dadah sejak berumur 11 tahun kerana melihat gelagat ayahnya, John Phillips, seorang pemuzik.

Selepas 30 tahun menyimpan penderitaan itu, beliau menulis buku " High On Arrival" tentang kisah hidupnya itu. Pada peringkat awal ahli keluarganya memarahi beliau kerana mendedahkan kisah buruk keluarganya. Beliau menulis untuk tujuan rujukan orang ramai kerana beliau merasakan bahawa orang ramai perlu tahu bahawa sumbang mahram memberikan kesan yang besar kepada diri dan masyarakat.

Dalam masyarakat negara Amerika yang bebas itu telah melahirkan ramai anak luar nikah dan sumbang mahram, beliau melahirkan rasa perlu menulis pengalaman itu bagi menyedarkan masyarakat tentang kesan yang berat terpaksa ditanggung olehnya. Sehingga kini masih menekan perasaan dan kehidupan beliau.

Itu di Amerika Syarikat yang jelas mengamalkan budaya bebas, di Malaysia bagaimana? Berapa ramaikah anak luar nikah dan anak sumbang mahram? Apakah peranan masyarakat dan kerajaan?

Hukum agama (Islam) perlu dilaksanakan bagi menyekat gejala ini berleluasa. Semoga kita semua dijauhkan daripada bala Allah.

Monday, March 15, 2010

Kenduri

Cuti sekolah ni, hari-hari kenduri. Boleh kut jimat sikit? Pasai tak payah masak tengahari. Tak tau lah......

Tahniah kepada semua yang menyambut menantu, semoga anak-anak yang melangsungkan perkahwinan selamat melayari perkahwinan ke akhir hayat.

Ini adalah salah satu jalan terbaik kerana kita dapati banyak anak yang tidak diketahui ibubapa kini dan ramai anak-anak tidak berdosa dibunuh dengan kejam. Kepada yang bersosial tanpa batasan, berkahwinlah semoga umur anda diberkati.

Selamat pengantin baru untuk semua yang berkenaan, moga bahagia ....