Saturday, December 26, 2009

Calon Import?

Dalam beberapa hari ini, terdapat pandangan yang menyebut Pas Kelantan tidak akan terima calon luar. Adakah ini mainan politik luar dari Pas? Diharapkan Pas Kelantan dapat menangani isu ini dengan baik.

Kita dapat lihat Pas Kelantanlah yang boleh disebut mengambil calon luar untuk bertanding di sana, Salahudin Ayob (Kubang Krian), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) disamping calon PKR Saifudin Nasution Ismail (Machang) sebagai contoh.

Di Terengganu ada Mohd Sabu (Kuala Terengganu), Ustaz Idris Ahmad (Jerlun) di Kedah adalah contoh calon Pas dari luar. Sokongan kepada mereka amat baik.

Oleh itu, isu calon luar tidak patut diketengahkan kerana Pas telah membuktikan bahawa mereka boleh menerima calon luar untuk bertanding dimana-mana kawasan pun.

Diharapkan isu ini dapat ditangani dengan baik oleh Pas. Biar BN pening, tetapi Pas menunjukkan sikap untuk menerima siapa sahaja calon yang sesuai, walaupun bukan orang tempatan.

Friday, December 25, 2009

Apa Tindakan?

Pengundian meluluskan bajet telah selesai dan kisahnya telah menjadi berita utama, BN telah menang pengundian tersebut. Walaubagaimanapun, BN nyaris tumpas. Ini telah menyebabkan BN akan mengambil tindakan tehadap wakil mereka yang tidak hadir.

Bagaimana dengan Pakatan Rakyat (PR)? Adakah akan mengambil tindakan yang sama? Ketidak hadiran wakil PR pada hari berkenaan telah menyebabkan kegagalan dalam satu kejutan besaar dalam politik negara ini.

Rakyat yang telah mengundi PR banyak yang merasa kecewa dengan ketidak hadiran wakil mereka pada ketika itu.

Sekiranya BN akan menetapkan satu peraturan khas, mengapa tidak PR.

Selepas ini, peluang ini tidak akan didapati atau sukar ditemui lagi. PR telah melepaskan satu peluang yang penting.

Semoga setiap kejadian akan menjadi iktibar untuk semua, semoga semua wakil rakyat dapat hadir ke sidang Parlimen untuk menyatakan suara rakyat.

Rakyat juga mahu dengar tentang tindakan terhadap wakil mereka yang tidak hadir dalam sidang berkenaan terutama wakil-wakil PR. Semoga mereka sedar tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat.

Wednesday, December 23, 2009

Memang jahat

Mula dengaq hilang satu, la ni dengaq pula dua yang hilang.

Apa yang hilang, enjin pesawat tentera. Awat boleh hilang, macam mana tak hilang ada orang curi la.

Orang yang mencuri tu memang jahat. Awat la hang curi? Macam mana aku tak curi, peluang beb buat duit....

Pencuri tu memang jahat sebab orang yang mencuri memang jahat.. Tu yang Islam suruh potong tangan, menyusahkan orang.

Aku sebagai rakyat biasa ni, takut juga enjin yang tengah nak pi selenggara boleh hilang...eh eh, pesawat yang dah selenggara tu selamat ka dak? Depa dok pantau dak.

harap tak mau dengar lagi pesawat tentera jatuh pasai enjin atau masalah teknikal. TUDM kena tengok semua enjin yang dah diselenggara tu ok ka dak.

Harap pencuri yang jahat itu akan dapat ditangkap oleh polis, harap rakyat tau sapa yang curi tu, sampai boleh tak dak di Malaysia. Pandai betoi depa tu, tapi yang pasti depa tu memang jahat....

Monday, December 21, 2009

Bersatu untuk Berjaya

Sabtu dan Ahad lepas, dua konvensyen diadakan iaitu Konvensyen Pakatan Rakyat dan Konvensyen Bloggers PAS. Kedua-duanya berhimpun untuk merapatkan saf bagi menarik rakyat kepada Pakatan.

Konvensyen Pakatan Rakyat telah menemukan semua pemimpin dan perwakilan daripada tiga parti utama yang tidak pernah dirasakan akan berbuat begitu sebelum ini. Walaupun media semasa menyatakan banyak kelemahan Pakatan, tetapi pertemuan ini menunjukkkan sesuatu yang tidak disangka oleh mereka.

Biar mereka menyatakan Pakatan lemah, tetapi tindakkan membaiki kelemahan itu amat penting. Pakatan akan dapat meningkatkan sokongan rakyat dengan kerjasama yang ditunjukkan itu. Rakyat perlu diyakinkan dengan kesungguhan untuk bekerjasama antara parti dalam pakatan Rakyat.

Konvensyen bloggers PAS juga menrupakan pertemuan melihat PAS semakin dekat dengan para bloggers. Rapatnya PAS dengan kumpulan ini kerana mereka yakin bahawa golongan ini boleh memainkan peranan sebagai pembantu PAS dalam pilihanraya nanti.

PAS dan Pakatan perlu merapatkan saf bagi menghadapi pilihanraya kerana rakyat akan lebih yakin dengan kesatuan yang bersatu daripada yang goyah. Mereka perlu melihat kesatuan kerana mereka perlukan sebuah parti yang bersama mereka menghadapi hari muka.

Selamat membaiki kelemahan dan bergerak untuk berjaya dalam gerak kerja untuk semua.

Thursday, December 3, 2009

Politik.....


Semalam sambil berjalan di Kangar, ada seorang rakan menegur dan menyatakan bahawa hari ini suasana politik memang memeningkan. Setiap hari ada isu. Masalahnya kata beliau, masyarakat hanya melihat dan mendengar dari satu pihak sahaja, iaitu BN dan UMNO.

Beliau menyebut bahawa orang kampung selalunya percaya dengan berita yang dikeluarkan oleh akhbar dan media elektronik yang mereka lihat. Maklumat lain kurang mereka dapati. Oleh itu, pihak selain BN harus bekerja lebih untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Memang tidak dinafikan banyak berita politik yang ada hari ini - isu liwar DS Anwar, royalti minyak Kelantan, MCA, BTN di Selangor, pijak gambar dll- menyebabkan kadang-kadang rakyat bawahan pening.

Rakyat Malaysia sepatutnya mendapat maklumat yang seimbang dan sama daripada semua pihak agar mentaliti pemikiran kelas pertama dapat dilahirkan. Kita mahu rakyat negara ini celik maklumat.

Kita mahu negara ini maju, maka maklumat perlu dikembangkan agar bukan sahaja maklumat politik tetapi semua ilmu dapat dikembangkan kepada rakyat. Negara kita memang diakui mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti masih ditahap kelas tiga.

Jadi tugas semua pihak menjadi negara ini dapat setanding dengan negara maju. Hak rakyat perlu diberikan secara jujur dan saksama mengikut undang-undang, bukan untuk tujuan kepentingan politik semata-mata.

Marilah sama-sama kita fikirkan idea baru untuk kembangkan negara ini....