Posts

Showing posts from September, 2009

calon Sudah ada, Pilihan Anda Penduduk Bagan Pinang

Image
Semalam (29.09.2009), calon yang akan mewakili BN dan Pakatan (Pas) telah diumumkan. Kedua-duanya akan mewakili parti masing-masing dalam PRK Bagan Pinang nanti. Penamaan calon pada Sabtu ini, pasti akan meriah kerana kedua-dua parti perlu menunjukkan kekuatan awal sebelum hari pengundian pada 11 Oktober 2009 nanti. Zulkifli Mohd Omar akan mewakili Pas, manakala Isa Samad akan mewakili BN. Kedua-duanya sudah dikenali oleh rakyat Negeri sembilan. Diharapkan usaha yang bersungguh dari semua pihak dan sokongan rakyat akan membawa wakil rakyat kedua dari PAS ke DUN Negeri Sembilan.

Siapakah Yang Terpilih?

Hari ini, parti-parti utama yang akan bertanding di Bagan Pinang dijangka akan mengumumkan nama calon pilihan mereka. Siapakah yang akan terpilih nanti? Bagi BN, calon pilihan ramai ialah Tan Sri Isa Samad. Beliau merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dikatakan calon utama pihak UMNO yang akan mewakili BN. Walaupun begitu, mantan PM Che Det tidak setuju Isa menjadi calon di sana. Beliau meminta BN mencari calon lain. Bagi PAS yang akan mewakili Pakatan, calonnya juga akan diumumkan hari ini. Siapakah nanti yang akan tercalon? Antara cakap umum ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Begitu juga calon 2008 yang juga merupakan Yang diPertua Pas Kawasan Teluk Kemang. Sesiapa sahaja yang terpilih, mereka pasti menjadi harapan parti masing-masing. Adakah akan timbul calon Bebas dalam PRK ini? Permatang Pasir dan Manik Urai menyaksikan calon Bebas merehatkan diri selepas kecundang dan hilang wang pertaruhan dalam PRK sebelum itu. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari parti-parti yang terlib

Kenapa Begini, Apa Salahnya.....

Pagi tadi ketika sampai di masjid berdekatan dengan rumah saya untuk solat Subuh, Tok Imam masjid menunjukkan bahawa kunci pintu besi masjid telah dipotong oleh seseorang. Ini kejadian kesekian kalinya berlaku dimasjid berkenaan. Sebelum ini, kecurian "pc system" masjid, kecurian beberapa buah motosikal ketika sedang solat, kecurian di dalam masjid ketika bersolat dan sebagainya. Persoalan yang timbul dalam pemikiran saya ialah, siapakah yang mencuri tanpa mengira tempat? Masjid sebagai tempat ibadah amat dihormati. Kenapakah kejadian kecurian boleh berlaku di masjid? Jikalau sebelum ini, selalunya yang hilang adalah selipar, tetapi kini sehingga kepada motosikal dan sebagainya. Adakah kehidupan rakyat negara ini begitu mendesak sehingga sanggup mencuri di dalam masjid? Ketika masih dalam suasana Aidil Fitri, banyak sumbangan yang diberikan kepada orang susah, masih lagi berlaku kejadian kecurian. Adakah yang terlepas pandang atau memang mereka ini menantikan selepas ramadan

Perkasa Pakatan?

Image
Selama lebih kurang 18 bulan kerajaan pakatan mentadbir beberapa negeri, mereka dilihat sering bertelagah. Itulah peranan yang berjaya dimainkan oleh media arus perdana. Kini serangan ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali. Ia seolah-olah diserang oleh rakan dan musuh. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan dan Pakatan sedang bergolak. Kenapa berita ini menjadi sensasi? Selepas berjaya di Perak, kini pihak BN cuba untuk memecahbelahkan kesatuan ini di negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan. Selangor dan Kedah nampaknya diserang. Selepas Kedah dengan keluarnya seorang EXCO, kini Selangor pula dipancing dengan masalah. Kerjasama dalam Pakatan bukan bererti semua pihak terpaksa menutup mulut apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya. Semua pihak perlu diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat. Pakatan perlu dimantapkan kerana BN sudah kehilangan penyokong serta banyak masalah sesama mereka. Bagaimana hendak memantapkan Pakatan? Satu persidangan atau konvensyen Pakatan perlu diadakan un

Jumpa balik

Selamat berjumpa kembali. Selama lebih dari seminggu, cuti raya, tidak sempat belek komputer. Selama seminggu bersiap untuk hari raya, berjalan ke rumah saudara, pergi program rumah terbuka, ada kenduri kahwin dan berehat di rumah menerima tetamu. Sempat juga jumpa rakan yang terpisah sejak tahun 1985 dahulu, lebih kurang 24tahun tu, masih segak seperti dahulu. Pergi rumah kenduri kahwin, tetapi ada yang silap hari, tentu jadi haru. Itulah asam garam kehidupan. Hari ini kembali bertugas, selepas masuk kelas, saya buka komputer dan menulis kembali sebagai pembuka kata selepas cuti. Selamat untuk semua dan rakyat Malaysia akan melihat ke Bagan Pinang untuk melihat perhatian yang lebih yang diberikan oleh semua pihak ke sana. Yang belum buat rumah terbuka, pasti akan merancangnya kerana masih ada masa hingga habis bulan Syawal ini. Bagi yang belum puasa sunat juga masih ada masa. marilah kita mencari seolah-oleh kita puasa sepanjang tahun dengan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal i

Lepas Raya, Pilihanraya

Image
keputusan PRU ke 12 2008 Nampaknya PRK dinegara ini tidak pernah lekang dalam diari hidup masyarakat kita. Kita ia bergerak ke selatan selepas Pantai Timur, Utara dan Sarawak merasainya. PRK ini tentu menarik kerana ia adalah kubu kuat BN dengan adanya undi pos. Selalunya BN menang dengan undi pos. SPR telah tetapkan pengundian pada hari Ahad, tidak seperti kebiasaannya yang amat diminati oleh mereka iaitu Selasa. Diharapkan pengundian akan berlaku dengan jumlah pengundi yang lebih ramai. Jika PRU12 ada 81 peratus yang mengundi, diharapkan jumlah pengundi akan lebih banyak kali ini. Kita juga mengharapkan SPR benar-benar menjadi pengantara yang adil kepada parti yang bertanding, jangan dilihat berat sebelah. Semoga PRK dalam suasana Aidil Fitri akan menjadikan pilihanraya ini sebagai medan pengukur kerjasama rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. Mereka mahukan suasana yang aman dalam pesta pilihanraya kali ini.

10 Yang Akhir

Hari-hari dalam bulan Ramadan ini berlalu begitu pantas, tanpa disedari kini sudah melewati 20 hari umat Islam berpuasa. Sekarang kita berada sepuluh hari yang terakhir, yang dijanji dilepaskan dari api neraka. Umat Islam digalakkan bersungguh-sungguh beribadat di 10 malam yang terakhir ini. Moga-moga kita akan mendapat nikmat dari Allah s.w.t. Ada malam Lailatul Qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. kebanyakan ilmuan Islam berpendapat bahawa Malam yang mulia ini berada di 10 malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Digalakkan beribadat di malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Kita semua mestilah berazam untuk menghidupkan malam-malam akhir Ramadan. Azam yang kuat disertai dengan kesungguhan, maka kita dapat memenuhi malam-malam akhir dalam bulan Ramadan ini dengan ibadat kepada-Nya. Jadi marilah kita semua berazam memenuhkan ibadah dan berdoa kepada Allah supaya kita dilepaskan dari azab neraka. Azab neraka amat menakutkan. Selamat memenuhkan malam 10 yang akhir ini dengan ib

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Image
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekiranya dalam penulisan selama ini ada yang terguris. Mungkin aidil Fitri hanya menjelang 11 hari lagi tetapi sebagai pendahuluan terhadap hari berkenaan. Jangan lupa zakat fitrah yang diwajibkan ke atas kita. Walaubagaimanapun, kebenaran mesti ditegakkan walaupun terpaksa mengguriskan hati manusia. "Maaf Zahir batin."

Istimewa Kah?

Ada beberapa orang menyebut hari ini hari istimewa. Ini kerana hari ini di tulis 09.09.09. Apakah yang istimewa dengan nombor tersebut? Ia hanya satu tarikh dalam satu tahun. Tahun hadapan tetap ada 09.09 . tahun mungkin berbeza. Tahun depan akan ada pula tarikh 10.10.10. Selamat menyambut hari-hari sepuloh yang akhir dari bulan Ramadan. Semoga kita dibebaskan dari api neraka.

Undi Pos

Image
Rasanya lama juga tidak menulis. Sibuk dengan menguruskan beberapa hal berkenaan dengan keluarga. Hari ini buka blog, kebanyakkan bercerita tentang bilangan pengundi pos yang ramai di DUN Bagan Pinang. Bilangannya hampir 5000 orang . Ramai tu, hampir 30 peratus undi keseluruhan. Ini tentu berita yang menggembira bagi BN kerana mereka selalunya akan mendapat undi yang besar dari pengundi pos. Menteri Pertahanan pasti akan memainkan peranan besar di sana nanti. Ini bagi mengubati kekecewaan di Permatang Pasir. Adakah undi pos masih releven dalam sesuatu PRK di negara ini? Persoalan ini penting kerana undi pos masih dipertikaikan kesahihannya. Pengundi akan mengundi, kemudian memasukan borang undi dalam sampul dan dimasukkan dalam guni SPR. Siapakah yang mengawal guni tersebut dalam beberapa hari sebelum hari pengundian dan pengiraan undi? Pihak SPR mesti memberikan keyakinan terhadap rakyat bahawa undi itu benar-benar telus. Pihak selain dari BN selalunya mendapat undi yang cukup rendah

Merdeka

Image
Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52. Kita sudah membebaskan dari dari penjajah selama 52. Itulah yang sering diucapkan oleh sesiapa yang diwawancarakan oleh mana-mana media. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan oleh British. Saya merasakan semua rakyatnya ketika itu gembira kerana telah bebas dari penjajah. Kemudian, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah, sarawak dan Singapura dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas itu Singapura membebaskan diri dari Malaysia. Itulah gambaran awal sehingga kini bagaimana negara tercinta ini dibentuk. Kita telah membentuk satu semangat untuk bersatu ketika merdeka dahulu. Negara ini dibina dengan semangat bersatu, oleh itu UMNO, MCA dan MIC bersatu dalam Perikatan. Parti lain juga bersama untuk menuntut kemerdekaan, mungkin tuntutan berbeza. Walaubagaimanapun semua rakyat gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi. Sekarang kita telah m

Tak Tau Nak Kata Apa

Image
Nampaknya persidangan DUN Perak yang dikendalikan kelmarin dibuat di hotel bukannya dalam dewan. Sebelum ini, persidangan luar dewan dibuat di bawah pokok. Ini menunjukkan persidangan itu, dapat berjalan dalam suasana lebih baik walaupun ada halangan untuk masuk ke DUN. Ada yang ditangkap. Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, hak rakyat perlu dikembalikan. Mereka telah menolak BN dalam PRU12 yang lalu. Sekiranya BN merasakan ia kuat, perlu diadakan satu pilihanraya lain bagi memberikan peluang kepada rakyat memilih. BN telah memb uktikan bahawa mereka telah berjaya merampas kuasa di Perak. [tahniah]. Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, jalan penyelesaiannya adalah serah kembali kepada rakyat. Apabila PM meminta pemimpin politik supaya menghormati undang-undang, adakah cara perlantikan speaker baru serta MB Perak sekarang mengikut undang-undang? Persoalan ini tetap bermain di fikiran rakyat. Mereka perlu mendapat kebenaran sebenarnya. Rakyat berharap, pemimpin patut mengh

Tak Jadi

Image
Kelmarin (1 September 2009) SPR telah membuat keputusan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kekal kepada wakil BN. Tidak akan ada pilihanraya. Alasan dari pengerusi SPR ialah dalam mesyuarat SPR telah membuat keputusan sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama. Tambahnya lagi, "Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal." Jadi harapan orang Kota Siputeh untuk menerima lawatan menteri tak jadi. Kalau tidak ni, bolehlah rumah mereka dilawati oleh para menteri. Mereka akan mendengar banyak

Aku Perhati .......

Image
PERTAMA : Aku tengok tren la ni menteri dan timbalan menteri dilantik dari kalangan yang tak menang dan tak masuk pilihanraya. Yang terbaru Idris Jala. Sebelum ni dan ramai, Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharum, Raja Nong Chik, Mashitah Ibrahim, Awang Adek Hussin, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi. Adakah dikalangan yang menang pilihanraya tak mampu atau tak boleh buat kerja. Kalau macam tu lebih baik tak payah pilih wakil rakyatlah. Pilih senator sahaja jadi menteri. Rakyat memilih pemimpin mereka dalam pilihanraya tetapi hanya melihat pemimpin mereka hanya sekadar bercakap dalam parlimen sahaja. PM, adakah anda tidak percaya dengan wakil rakyat BN yang telah dipilih rakyat? KEDUA : Pilihanraya di Jepun telah menunjukkan bahawa kuasa LDP selama 54 tahun telah ditamatkan. Rakyat Jepun telah menunjukkan kemarahan dengan tidak mengundi LDP, mereka memilih DPJ. Di negara kita, Malaysia juga parti perikatan (kemudian BN) juga telah memerintah selama 54 tahun (mulai pilihanraya 1955). Keb