Thursday, April 30, 2009

Siapa Lebih Kuasa?



Selepas bertahan tidak melepas jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO selepas tidak dilantik Menteri Besar Perlis, DS Shahidan Kassim terpaksa melepaskan jawatan tersebut. DS Dr Md Isa Sabu telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru. Shahidan dilantik sebagai MT.

Sekarang pertembungan ini pasti dan tetap rancak. Seorang berkuasa di negeri dan seorang berkuasa di pusat.

Macam mana UMNO Perlis nak bersatu?

Walaubagaimanapun, PAS Perlis kena terus bekerja untuk menumpaskan UMNO.

Selamat bekerja untuk kejayaan bersama.

Tuesday, April 28, 2009

Selesema Babi

Dua tiga hari ini mula orang dok sibuk pasai selsema babi.

Mai mana pulak selsema babi ni?

Jadi sama-sama jaga kesihatan kerana depa kata tak jumpa lagi vaksin penyakit ni.

Selamat menjaga kesihatan. Somoga dijauhkan bala ini menimpa kita semua.

Apa Yang Menanti Di Penanti?

23 Mei nanti ada penamaan calon dan 31 Mei nanti akan ada pengundian bagi PRK Penanti. Pilihanraya yang keenam selepas PRU 2008 yang lalu.

Selepas 5 kali PRK keputusan Pakatan 4 dan BN 1. Jadi dalam PRK Penanti nanti mesti pihak BN akan melakukan sesuatu untuk merampas dari PKR. Ini kerana ia adalah PRK pertama DS Najib sebagai Presiden UMNO dam PM.

Rakyat di Penanti akan pasti di serang dengan berbagai nikmat untuk diraih sokongan mereka. Jadi berhati-hatilah dengan kempen yang akan anda hadapi.

Tentu banyak yang akan menanti di Penanti. Semua pihak sudah turun di Penanti untuk bersama rakyat agar mereka akan mendapat undi pada 31 Mei nanti.

Rakyat mesti bersedia untuk memjadi tuan sebelum 31 Mei nanti.

PAS untuk semua

PAS seperti yang diketahui adalah sebuah parti politik. Ia ditubuhkan pada tahun 1951.

PAS merupakan parti awal yang menang dalam pilihanraya 1955, selain dari Perikatan. PAS mendapat satu kerusi yang menunjukkan PAS mendapat sokongan rakyat sejak sebelum merdeka.

Selepas merdeka PAS telah berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu. Walaupun Terengganu terlepas selepas itu, PAS telah melebarkan sokongan ke seluruh Semenanjung.

Perjuangan PAS ada jelas sebagai parti politik Islam. Nama parti ini jelas menunjukkan kenyataan ini.

Sejak dahulu hingga sekarang, PAS tetap dengan agenda yang sama. Walaupun cara mungkin berbeza selepas diambil oleh kepimpinan ulama pada wal 1980-an.

Kepimpinan ulama telah membawa PAS ke satu era yang baru. Rakyat mula menerima PAS sebagai parti untuk semua. Kemenangan PAS dan memerintah beberapa negeri membuktikan sokongan rakyat ini.

Kini pemilihan kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Jun ini, menunjukkan satu perubahan kepada PAS sendiri. Banyak pihak cuba melagakan pemimpin PAS. Kita yakin para pemimpin PAS akan dapat menghadapi situasi ini.

PAS akan memimpin Malaysia satu hari nanti sekiranya komited meneruskan agenda bersama rakyat dan kekal dengan agenda Islam yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

PAS bukan hanya parti untuk orang Islam tetapi untuk semua.

Monday, April 27, 2009

PRK Penanti

SPR telah menetapkan bahawa 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei 2009 adalah hari pengundian bagi PRK DUN Penanti.

Walaubagaimanapun, SPR akan cuba untuk tidak membenarkan pondok panas didirikan pada hari pengundian.

Ini tentu satu cadangan bagi menghalang orang ramai memancing undi pada hari terakhir. Mungkinkah nanti keadaan hari mengundi hanya sepi? SPR diharapkan sedar bahawa hari pengundian merupakan hari untuk rakyat keluar memilih pemimpin mereka. Mereka mahu berhimpun untuk merayakan hari penting bagi mereka disesuatu kawasan.

Adakah ini satu cara untuk menghalang kemeriahan dan sokongan rakyat kepada Pakatan?

Wednesday, April 22, 2009

Ubah Pulak

Kalau sebelum ini, makluman tentang kerusi DUN Penanti akan diadakan pada hari Jumaat, tetapi hari ini ia akan diumumkan pada hari Isnin pulak.

Awat pulak tukaq tarikh pengumuman? Ada apa-apa ka?

Jangan kerap ubah tarikh, nanti rakyat marah. Bila rakyat marah, BN akan kalah.

Bila BN kalah, lagi pening PM baru kita.

Israel Disokong?

Kenapa Israel dibela, pensyarah yang membantah tentang aktiviti pelajar memakai pakaian Israel dan membawa bendera Israel digantung dua minggu? Dimanakah sensitiviti masyarakat pelajar tentang kekejaman Israel? Mengapakah mereka sanggup mengibar bendera Israel?

Inilah sikap kerajaan Malaysia. Walaupun tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram tersebut, tetapi aktiviti mengecam negara haram tersebut seolah-olah tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Masihkah kita ingat bagaimana Mahfudz Omar dan Salahuddin Ayob meringkup dalam penjara kerana menentang pembabitan Israel dalam kejohanan kriket di negara ini satu ketika dahulu.

Kenapa pensyarah yang cuba menyedarkan pelajar mereka digantung dari tugas? Mereka yang mengajar digantung dan pelajar dibiarkan?

Anda boleh lihat berita tersebut disini.

"Tujuh pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, digantung selama dua minggu kerana dituduh menghalang sekumpulan pelajar mengadakan perarakan ala perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini." Begitulah berita yang disiarkan. Jadi Kementerian Pengajian Tinggi harus memainkan peranan mereka.

Program yang bertentangan dengan tatasusila Islam seperti memakai sami dalam program tersebut perlu disekat. Dimanakah sensitiviti pelajar yang terbabit? Jangan hanya memerhati pelajar yang dianggap pro pembangkang sahaja.

Aktiviti agama dianggap aktiviti pro pembangkang, tetapi kenapa aktiviti begini dibenarkan?

Fikir-fikirkan lah....

Tuesday, April 21, 2009

Pilihanraya lagi...

Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub dilaporkan terpaksa membayar sebanyak RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. Ini kerana ada kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinannya.

Mungkin selepas ini akan ada PRK kat Pahang pula pasai tidak dapat bayar hutang. Ini tentu menarik kerana rakyat sibuk bincang pasai Penanti, mungkin ada pilihanraya di Pahang.

Jadi sama-sama tunggu macamana penyelesaian di Pahang nanti. Kalau jadi pakat pi belah Pantai Timur pulak selepas di KT dahulu.

Sunday, April 19, 2009

Jadi Tak Jadi

DS Najib menyebut bahawa BN mungkin tidak akan memasuki PRK Penanti. Alasannya ialah pembaziran wang rakyat. Kini rakyat tahu bahawa kerajaan yang membelanjakan wang didalam pilihanraya, mungkin perbelanjaan menteri turun merasmikan projek? Peruntukan projek "mee segera" dan sebagainya berapa belanja? Polis yang ramai berkampung tu berapa belanja?

Rasanya belanja ini lebih besar dari berlanja yang dikeluarkan oleh SPR untuk mengurus pilihanraya. Jadi rakyat tahu masa pilihanrayalah kerajaan banyak menggunakan wang untuk tujuan menarik pengundi. Ini bukan rasuah politik ka?

DS Najib juga ada menyatakan bahawa perletakan jawatan ADUN Penanti adalah permainan politik pembangkang. BN, UMNO, PAS, PKR, DAP dan seumpamanya adalah parti politik, tentulah semuanya akan berpolitik untuk menarik pengundi, takkan nak main tenis, bola baling pulak kot? Apalah PM baru ni?

Jadi la ni PM dok fikir nak bertanding atau tidak. Beliau lebih berat mengatakan tidak akan bertanding tetapi akan berbincang dengan parti kompenan BN yang lain. Mungkin "trick" dia nak tarik perhatian rakyat kot supaya sokong dia yang berbeza dengan PM dulu yang suka membazir? Bekas PM yang keempat mahu BN bertanding. Kita tunggu keputusan depa.

Yang pasti ramai mahu melihat BN tumbang lagi.

Bertanding atau tidak adalah kerja BN. Pakatan kena bersedia dan tidak boleh selesa kerana BN mempunyai kuasa dan strategik yang mungkin berbeza untuk menjatuhkan Pakatan di Penanti.

Bersedia dan Lawan Tetap Lawan...

Friday, April 17, 2009

SPR Luar dari biasa

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) diberitakan akan bermesyuarat pada hari Rabu depan untuk menentukan sama ada pilihanraya di Penanti akan berlaku atau tidak. Makluman kepada umum hanya akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Kenapa tunggu dua hari baru nak umum keputusan mesyuarat. Selalunya selepas mesyuarat, pihak SPR akan umum tarikh penamaan dan pengundian. Ini tentu sesuatu yang diluar dari kebiasaan. Ini luarbiasa namanya.

Malaysia memang negara luar biasa.

Penanti pulak.

Selamat berjuang di Penanti. Selepas berjuang dalam PRK Parlimen Permatang Pauh bulan Ogos lalu, sekali lagi pengundi DUN Penanti akan mengundi wakil mereka.

Selamat kembali menentang BN.

Thursday, April 16, 2009

Sahabat Lama

Sambil membuka beberapa blog saya terjumpa satu blog. Dalam blog berkenaan ada terpampang gambar bekas Setiausaha PAS Kubang Pasu, Mohd Kamal Ismail yang berada di atas kerusi roda. Di beritahu dalam blog berkenaan, bahawa beliau diserang angin ahmar.

Diharapkan saudara Kamal akan tabah menghadapi dugaan. Beliau pernah bertugas bersama ketika di HPA Industries Sdn Bhd pada tahun sehingga 1998. Semoga cepat sembuh.

Sekiranya berkesempatan ke Kubang Pasu, saya akan menziarahi beliau.

Gembira

Selepas DS Najib dilantik menjadi PM, penulis melihat banyak banner dinaikan terutama di Kangar bagi mengucapkan tahniah kepada PM.

Begitu juga, apabila Ahli Parlimen Jerlun dipilih menjadi timbalam menteri MITI, maka banyak banner dinaikan di Parlimen berkenaan mengucapkan tahniah diatas perlantikan tersebut. Penulis tidak pasti di Parlimen Kubang Pasu dan Alor Setar ada atau tidak ucapan tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen mereka yang juga dilantik sebagai timbalan menteri. Mungkin kurang kerana MP depa dan pernah jadi timbalan menteri dah.

Inilah mungkin gambaran gembira orang Jerlun kerana sudah lama tidak ada wakil dalam kabinet. Terakhir adalah Tan Sri sanusi Junid, MP Jerlun/langkawi sebelum pulang ke Kedah menjadi Adun Langkawi dan MB Kedah. Selepas sudah lama, mungkin orang Jerlun terlalu gembira dengan perlantikan tersebut. Cuma yang tak gembira mungkin Ketua Pemuda UMNO, pasai orang yang kalah dilantik sebagai timbalan menteri, dia tak dak apa-apa dalam kabinet.

Penulis juga merasakan, jika wakil Arau dipilih ke dalam kabinet mungkin banner berkenaan banyak dari sempadan Kedah di Pauh dan Kodiang hingga seluruh Parlimen Arau.

Jika bekas MB Perlis dilantik ke kabinet sebagi senator seperti wakil yang kalah di Pulau Pinang dan Kelantan, rasanya lagi meriah banner dipasang. Sekarang ni dia dok sibuk tak setuju dengan kerajaan negeri dia sendiri. Kalu hantaq pi pusat mungkin sengap sikit kot.

Tapi depa bergaduh baguih juga kerana rakyat boleh tengok gelagat pemimpin UMNO Perlis. Depa dok bergaduh sama depa kot yang lupa nak bayar elaun ADUN Sanglang tu. Yang naya rakyat, pasai depa gaduh, tak dan nak lihat rakyat.

Kegembiraan kena ditunjukkan tetapi jangan sampai melampau sangat.

Tuesday, April 14, 2009

Bergaduh?

Hari ini kita dengar petembungan jelas dalam UMNO Perlis dan UMNO Terengganu.

Biaq depa bergaduh, kita kena bagi depa peluang bergaduh, pasai kita nak perintah pula negeri-negeri tu.

Depa bergaduh betui ka tidak, kita kena kerja kuat bagi depa kalah.

Monday, April 13, 2009

MIC OO mic

Kabinet baru ini bermasalah. MIC dilihat akan menarik diri dari kabinet kerana tidak puas hati dengan pemilihan yang dibuat.

MIC rasa presiden depa patut masuk dalam kabinet. Pasai depa lihat Presiden GERAKAN yang kalah macam presiden depa dilantik jadi menteri.

Jadi depa nak menteri dari kalangan depa. Presiden depa tu lama dah jadi menteri, bagi can kat orang lainlah pulak. Kot-kot lepas ni BN tak dak menteri, pasai parti Pakatan pulak nak perintah.

Kalau MIC tak mau, orang perlis yang besa jadi MB tu kot minat kat jawatan tu. Tidak pun adik dia yang jadi MP Arau tu, pasai Padang Besar dan Kangar besa dah dok dalam kabinet. Bagi lah can kat yang tak besa lagi.

Depa pulun nak jawatan dalam kabinet, tapi tak nak jaga hati rakyat. Depa ni akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Jadi PAKATAN RAKYAT kena dekat dengan rakyat supaya rakyat dapat memilih mereka dalam pilihanraya nanti.

Sunday, April 12, 2009

Iklan Arak dan Judi











Di Malaysia ramai peminat bola sepak yang meminati kelab-kelab bola sepak di England. Antaranya Manchester United, Chelsea, Liverpool, Arsenal dan sebaginya. Kebanyakannya memang meminati sehingga mereka memakai pakaian kelab yang mereka minati.

Sedarkah kita ada diantara kelab-kelab berkenaan memakai jenama arak dan judi.

Contohnya Liverpool (Carlsberg), Tottenham Hotspur (Mansion) dan Everton (Chang). Carlsberg dan Chang adalah jenama arak manakala Mansion adalah jenama judi. Kelab-kelab lain anda cari sendiri.

Ada diantara pemakai yang tidak sedar, mereka memakai ketika untuk sembahyang. Saya pernah terjumpa ada yang memakai baju Liverpool untuk sembahyang jemaah. Cuma kita lemah dan tidak menegur sahabat berkenaan. Ramai lagi yang memakai pakaian kelab-kelab berkenaan seolah-olah tidak kisah menaja arak dan judi.

Disamping itu dua kelab terkenal di Eropah iaitu Real Madrid dan AC Milan juga memakai jenama judi iaitu bwin.com.

Kita berharap berhati-hatilah ketika memilih pakaian sukan kelab-kelab berkenaan. Kalau minat nak pakai pun, janganlah nampak jenama penaja pasukan-pasukan berkenaan.

Kerajaan juga berperanan menjelaskan kepada masyarakat tentang masalah ini. JAKIM harus memainkan peranan mereka.

Kari Ikan, Cuci kereta

Hari ini saya nak cerita kisah saya pagi tadi- pekena dan terkena.

Apabila diajak oleh pemberita Harakah, Bashir ke Kuala Sungai Baru, saya meninggalkan kereta saya untuk dibasuh di kedai cuci kereta sebelah kedai gunting Pak Din di Jalan Sekolah Derma.

Kami ke Kuala Sungai Baru untuk mengikuti program "Bersama ADUN Sanglang dan Simpang Empat". Dalam program berkenaan ramai penduduk sekitar terutama yang berbangsa Cina yang hadir mengadu pelbagai masalah mereka. Mereka dilayan oleh petugas yang mewakili kedua-dua ADUN berkenaan.

Selepas itu, saya diajak ke Kuala Sanglang. Di sana kami singgah di kedai "Ubaidullah Kari Ikan". Kedai yang terletak di muara sungai itu menyediakan makanan dari ikan segar dan masakan utama ialah kari ikan. Patutlah Bashir mengajak saya ke situ kerana karinya memang secukup rasa sehingga Bashir menghirup kari berkenaan hingga habis.

Selepas makan di situ kami kembali ke Kangar. Saya ke kedai cuci kereta berkenaan untuk mengambil kereta. Selepas membayar upah saya memasuki kereta. Apabila saya membuka tempat menyimpan wang syiling, saya dapati hanya tinggal 5 sen sahaja. Apabila ditanya kepada petugas berkenaan, mereka menjawab,"Tak kan duit syiling kami nak ambil kut."

Saya pun meninggalkan tempat berkenaan. Walaupun mereka mencuci kereta dengan baik tetapi sikap tidak amanah mereka menyebabkan saya tidak akan pergi lagi ke kedai berkenaan. Walaupun duit syiling yang diambil hanya sedikit iaitu lebih kurang RM2, tetapi mereka bagi saya tidak jujur. Masakan duit yang kita simpan disitu kita tak tau ada ka tak dak?

Begitulah kisah saya. Satu pekena nasi kari ikan, satu lagi orang pekena kita. Tetapi hidup bukan hanya di dunia, kita akan dipersoalkan di hari kemudian.

Kalau ambil hak oprang tanpa izin, kembalilah hak yang berkenaan. Seperti akta ISA yang menangkap pesalah tanpa perbicaraan. Bicaralah mereka, kemudian hukumlah mengikut kesalahan. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya kesalahan orang yang ditahan ISA.

Hak orang jangan diambil.

Saturday, April 11, 2009

Radix Chicken House.

Semalam saya dijemput oleh seorang rakan di HPA menghadiri majlis perasmian Radix Chicken House. Kedudukannya adalah dijalan utama antara Kodiang dan Arau.

Perasmian dilakukan oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad.

Ia sebagai satu alternatif kepada penduduk setempat menikmati ayam organik. Diantara makanan yang disediakan ialah nasi ayam, satay ayam dan ayam rfc. Mungkin ada lagi tetapi itu yang sempat saya rasa malam tadi. Semuanya sedap, harga tak sempat pula ditanya.

Satu perkembangan positif untuk peniagaan makanan dari orang Islam.

Selamat Maju Jaya.

Jamil Khir

Selepas PM mengumumkan kabinetnya khamis lalu, antara personaliti yang menjadi tumpuan adalah Jamil Khir. Beliau yang diberikan jawatan Menteri di Jabatan PM menjaga Hal Ehwal Islam.

Ada yang mengalu-alukan, ada yang kurang yakin keupayaan beliau dan macam-macam pandangan lain. Beliau dilihat tegas menyampaikan ucapan dalam forum di TV dalam menjelaskan sesuatu permasalahan.

Cuma saya berharap ketegasan beliau semasa berforum dalam TV diteruskan. Jangan nanti orang kata cakap 'berapi-api' tapi diberikan kuasa tak boleh laksana.

Jangan nanti jadi kupang tembaga - orang UMNO tak mau, orang PAS tak percaya- macam ramai dari kalangan orang agama yang pernah pegang jawatan menteri jaga Islam.

Selamat...... selamat menjaga amanah kerana jawatan ini akan dipersoalkan selepas mati. Jagalah Islam, tingkatkan aktiviti meningkatkan lambang Islam, jangan hanya sekadar gambaran luaran tetapi pengisian.

Banyak gerakan yang mempersendakan Islam seperti Sister In Islam, harus diberikan perhatian kerana fahaman dasar Islam liberal makin berkembang.

Gejala sosial dalam masyarakat harus diberikan perhatian. Turun padang, jangan hanya berada dalam dewan seminar, lihat sendiri aqidah masyarakat.

Jangan dihalang aktiviti memakmurkan masjid. Kembangkan aktiviti masjid sebagai tempat tumpuan masyarakat.

Selamat...... maaf kerana terpaksa memilih tajuk nama tuan.

Friday, April 10, 2009

Kabinet Malaysia

Semalam karbinet baru telah diumumkan.

Tahniah kepada yang terpilih.

Mengapa PM pilih menteri dikalangan yang ditolak oleh pengundi 8 Mac 2008 lalu? Mengapa Ketua Pemuda UMNO tidak dilantik? Kenapa penentang beliau yang tewas dipilih?

Kenapa ramai senator dipilih? Wakil rakyat yang dipilih tak layak kah?

Walaubagaimanapun harap-harap semua akan bertugas untuk negara.

Peranan ahli Parlimen Pakatan juga penting dalam perbahasan. Mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka sedia berbahas dengan baik serta bersedia menjadi kerajaan masa depan.

Kenapa kementerian menjaga kepentingan orang melayu ditiadakan? Kenapa MARA sekarang berada bawah kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah? Adakah untuk menjadikan "One Malaysia" tanpa pembahagian kaum?

Menteri UMNO nampak macam kurang tetapi kompenan tetap dengan jumlah yang sama. Adakah ini untuk membuktikan kebaikan UMNO bertolak ansur dalam pembahagian ini.

Selamat bertugas untuk semua.

Wednesday, April 8, 2009

Kabinet baru?

Kabinet baru yang diurakan pada hari ini ditangguhkan. Kenapa? Pening kepala kalah di dua bukit ka? Atau pening kepala pasai pengarah pilihanraya gagal dalam misinya mengembalikan dua bukit kepada BN?

Atau pemintaan yang membebankan PM dari kompenan yang lain? Tentu penangguhan ini ada makna tersendiri setelah banyak pihak yakin bahawa hari ini akan diumumkan barisan kabinet baru.

Esok atau lusa atau tulat, kabinet baru nanti pasti akan memikul beban yang besar menghadapi Pakatan.

Rakyat sudah menunjukkan bahawa mereka telah menolak BN di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Mereka menanti sekiranya ada di Kepala Batas?

Tentu lebih pening PM nak lantik kabinet baru....

Rakyat Tidak Restu

Tahniah kepada pemenang PRK yang dijalankan semalam. Keputusan 2PR 1BN. Adakah keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui PM baru?

Satu tamparan hebat kepada PM baru kerana jelas dengan segala jentera yang digunakan untuk menunjukkan kekuatan mereka rakyat telah menolak BN dengan majoriti lebih besar.

Satu yang jelas dari pandangan saya ialah, kebanyakan media yang pro kerajaan seolah-olah menidakkan keilmuan atau keintelektualan rakyat. Mereka memberikan laporan seolah-olah hanya BN sahaja yang bertanding. Gambaran berita utama Berita Harian hari ini jelas membuktikan dakwaan ini. Kenapa kemenangan PR di 2 kawasan lain dikecilkan? Sedangkan 2 kawasan berkenaan menjadi tumpuan utama dalam PRK ini.

Maklumat penentang BN tidak diberitakan. Rakyat pasti akan mencari maklumat lain. Mereka telah mendapat banyak maklumat daripada sumber lain. Rakyat jangan diperbodohkan. Mereka boleh menilai bahan berita yang disampaikan.

Kita sudah lama merdeka. Rakyat negara ini sudah celik maklumat. Jangan kita angggap mereka seperti dahulu yang hanya mendapat maklumat dari satu sumber.

Rakyat telah menghantar mesej kepada BN, bahawa 50 tahun cukup lama bagi sebuah kerajaan yang mentadbir. Banyak perlakuan kerajaan tidak disenangi rakyat. Semangat 8Mac 2008 diteruskan.

Walaupun banyak media pro-kerajaan mengatakan pilihanraya ini mengekalkan status quo, tetapi jelas kebaikan yang cuba ditunjukkan oleh PM baru belum diyakini rakyat. Mereka belum mempercayai tindakan-tindakan tersebut. Banyak lagi yang perlu dibetulkan oleh PM baru. Bersihkan diri anda dari palitan isu al*******. Rakyat mahu PM mereka dilihat bersih.

Rakyat jelas tidak merestui perlantikan PM baru dengan menolak calon BN di "Dua Bukit".

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Memilih

Hari ini adalah hari pengundian PRK bagi 3B. Kita berharap rakyat akan memilih calon yang mampu membawa perubahan.

Selamat bertugas kepada semua perayu undi. Diharapkan semua bersedia menghadapi cabaran. Tunggulah hingga saat akhir. Jangan terleka, nanti musuh mengambil kesempatan.

Diharapkan malam nanti, kita akan melihat calon yang sungguh dipilih oleh rakyat.

Monday, April 6, 2009

Kena Tunjuk kuat.

Nampaknya sekarang semua kena tunjuk kuat.

Masing-masing mesti menunjukkan kekuatan supaya musuh mengelabah. Gerakan minit terakhir ini penting bagi memikat hati pengundi. Siapakah pilihan rakyat? Mereka mesti memilih pemimpin yang kuat dan boleh bekerja untuk rakyat.


Adakah BN sudah hilang kekuatan? Mereka terpaksa menggunakan Dr M untuk berkempen pada saat akhir ini. Adakah BN merasakan Dr M kuat?

Adakah pemimpin BN sekarang tidak kuat? Terpaksa menggunakan pemimpin lama mereka untuk menarik minat rakyat menyokong BN. Adakah Dr M yang telah memimpin Malaysia selama lebih 20 tahun dianggap sebagai pemimpin yang dapat menarik minat rakyat kepada BN?

Nampaknya Pakatan lebih berani dan kuat kerana menggunakan kekuatan yang sedia ada. Mereka tidak menggunakan "enjin lama" untuk menggerakan rakyat menyokong mereka.

Walaupun kena tunjuk kuat, tunjuk lah kekuatan sebenar. Jangan kekuatan kulit wau, kena angin nanti terkoyak.

Selamat berjuang semua, semoga esok Pakatan akan menang.

Siapakah Pilihan Rakyat?

Esok merupakan hari penentu kepada 3 kawasan pilihanraya iaitu Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai. Semua akan menjalankan kempen hingga minit terakhir. Macam-macam kempen dijalan oleh semua pihak yang bertanding.

Kempen pihak BN yang paling jelas berusaha untuk mengambil ketiga-tiga kawasan tersebut sebagai usaha untuk menunjukkan sambutan rakyat terhadap PM baru. Kempen cukup kuat hingga semua media cetak dan elektronik digunakan untuk menunjukkan kebaikan kerajaan.

Semua kempen menunjukkan bahawa BN sahaja yang pandai memerintah, banyak rakyat yang susah ditunjukkan di media. BN sedia membantu semua rakyat yang susah. Saya tidak melihat berita di kebanyakkan media itu kerana malas melihat berita yang ditunjukkan. Tetapi saya selalu juga melihat rancangan "Bersama mu". Saya rasa rakyat miskin byang ditayangkan bukan susah semasa zaman Pakatan Rakyat tetapi zaman sebelumnya. Masakan mereka baru susah sehari dua ini selepas diperintah oleh Pakatan rakyat.

Rakyat melihat bahawa PM baru yang dilantik amat baik kerana pembaharuan yang dibuat. Pembebasan 13 orang tahanan ISA menunjukkan kebaikan beliau. Tetapi apabila mantan PM ke4 menyebut selepas beliau menjadi PM beliau membebaskan 21 orang tahanan ISA, maka hilanglah kebaikan tersebut.

Penarik balik sekatan pergantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan, seolah-oleh PM baru ini membebaskan suara rakyat yang terbelenggu. Tetapi benarkan rakyat mendapat berita yang adil dari semua pihak. Jangan ada sekatan. Adakah sekatan dan penarik balik ini merupakan perancangan untuk menunjukkan kebaikan PM baru?

Rakyat pasti tidak akan terkena banyak kali.

Rakyat pasti akan bijak menilai.

Rakyat tidak mudah terpedaya.

Ada rakan memberitahu, malam tadi di TV ditunjukkan bahawa Anwar Ibrahim membelasah Pas dan DAP dalam ceramah sebelum dibuang dari UMNO. Saya merasakan ini adalah biasa dilakukan oleh TV yang sokong BN memprovokasi pengundi. Sebelum ini juga kita melihat TG Nik Aziz dan Mohd Sabu juga ditunjukkan mengatakan sesuatu tanpa ditunjukkan maksud keseluruhan isi ucapan mereka.

Rakyat pasti bijak menilai.

Barisan Lama Semangat Baru

Semalam 5.4.2009, saya diberikan kesempatan untuk menjadi jawatankuasa pemilih dalam pemilihan pemuda Padang Besar. Barisan yang dipilih terdiri daripada orang lama. Timbalan dan naib adalah nama baru tetapi orang memang berada dalam jawatankuasa harian sebelum ini. Berikut adalah barisan kepimpinan yang dipilih:

Ketua :Sarudin Bakar
Tim. Ketua :Mohd Radzi Ismail
Naib Ketua :Shuhairi Samsudin

AJK:

Yasir Arafat b Abni Hajar
Bashir b Ishak
Khairul Amir b Ibrahim
Asri b Che Abdullah
Wan Abdul Rahman b Wan Ahmad
Azahari B Osman
Nurdin b Isa
Mohd Sukri b Chat

Selamat bertugas untuk semua, semoga akan menerus usaha untuk memartabatkan Islam di bumi Perlis

Friday, April 3, 2009

PM ku.... yang baru

Pagi ini sah DS Najib telah mengangkat sumpah sebagai PM ke 6 Malaysia. Maka berundurlah Pak Lah selepas 5 tahun menjadi PM. Pak Lah di berikan gelaran Tun.

Maka, mulai saat ini aku dapat PM baru.

Macam mana cara dia? Kita akan sama-sama lihat......

Selamat jalankan tugas, kami sebagai rakyat berharap perintahlah dengan adil dan telus.

Kita berharap beliau tidak akan tidur dengan masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Buatlah dengan adil. Rakyat akan restu kepada orang yang akan membersihkan negara ini dari kerosakan dan kejahatan.

Tiga PRK mungkin penunjuk sama ada beliau akan "di restu oleh rakyat".

Wednesday, April 1, 2009

April Fool

Lusa kita dapat PM baru?

Lusa kita dapat PM baru?

Lusa kita dapat PM baru?

Lusa Malaysia ada PM baru?

Kita dapat PM baru!

Betui ka ni?