Posts

Showing posts from 2009

Calon Import?

Dalam beberapa hari ini, terdapat pandangan yang menyebut Pas Kelantan tidak akan terima calon luar. Adakah ini mainan politik luar dari Pas? Diharapkan Pas Kelantan dapat menangani isu ini dengan baik. Kita dapat lihat Pas Kelantanlah yang boleh disebut mengambil calon luar untuk bertanding di sana, Salahudin Ayob (Kubang Krian), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) disamping calon PKR Saifudin Nasution Ismail (Machang) sebagai contoh. Di Terengganu ada Mohd Sabu (Kuala Terengganu), Ustaz Idris Ahmad (Jerlun) di Kedah adalah contoh calon Pas dari luar. Sokongan kepada mereka amat baik. Oleh itu, isu calon luar tidak patut diketengahkan kerana Pas telah membuktikan bahawa mereka boleh menerima calon luar untuk bertanding dimana-mana kawasan pun. Diharapkan isu ini dapat ditangani dengan baik oleh Pas. Biar BN pening, tetapi Pas menunjukkan sikap untuk menerima siapa sahaja calon yang sesuai, walaupun bukan orang tempatan.

Apa Tindakan?

Pengundian meluluskan bajet telah selesai dan kisahnya telah menjadi berita utama, BN telah menang pengundian tersebut. Walaubagaimanapun, BN nyaris tumpas. Ini telah menyebabkan BN akan mengambil tindakan tehadap wakil mereka yang tidak hadir. Bagaimana dengan Pakatan Rakyat (PR)? Adakah akan mengambil tindakan yang sama? Ketidak hadiran wakil PR pada hari berkenaan telah menyebabkan kegagalan dalam satu kejutan besaar dalam politik negara ini. Rakyat yang telah mengundi PR banyak yang merasa kecewa dengan ketidak hadiran wakil mereka pada ketika itu. Sekiranya BN akan menetapkan satu peraturan khas, mengapa tidak PR. Selepas ini, peluang ini tidak akan didapati atau sukar ditemui lagi. PR telah melepaskan satu peluang yang penting. Semoga setiap kejadian akan menjadi iktibar untuk semua, semoga semua wakil rakyat dapat hadir ke sidang Parlimen untuk menyatakan suara rakyat. Rakyat juga mahu dengar tentang tindakan terhadap wakil mereka yang tidak hadir dalam sidang berkenaan terutama

Memang jahat

Mula dengaq hilang satu, la ni dengaq pula dua yang hilang. Apa yang hilang, enjin pesawat tentera. Awat boleh hilang, macam mana tak hilang ada orang curi la. Orang yang mencuri tu memang jahat. Awat la hang curi? Macam mana aku tak curi, peluang beb buat duit.... Pencuri tu memang jahat sebab orang yang mencuri memang jahat.. Tu yang Islam suruh potong tangan, menyusahkan orang. Aku sebagai rakyat biasa ni, takut juga enjin yang tengah nak pi selenggara boleh hilang...eh eh, pesawat yang dah selenggara tu selamat ka dak? Depa dok pantau dak. harap tak mau dengar lagi pesawat tentera jatuh pasai enjin atau masalah teknikal. TUDM kena tengok semua enjin yang dah diselenggara tu ok ka dak. Harap pencuri yang jahat itu akan dapat ditangkap oleh polis, harap rakyat tau sapa yang curi tu, sampai boleh tak dak di Malaysia. Pandai betoi depa tu, tapi yang pasti depa tu memang jahat....

Bersatu untuk Berjaya

Sabtu dan Ahad lepas, dua konvensyen diadakan iaitu Konvensyen Pakatan Rakyat dan Konvensyen Bloggers PAS. Kedua-duanya berhimpun untuk merapatkan saf bagi menarik rakyat kepada Pakatan. Konvensyen Pakatan Rakyat telah menemukan semua pemimpin dan perwakilan daripada tiga parti utama yang tidak pernah dirasakan akan berbuat begitu sebelum ini. Walaupun media semasa menyatakan banyak kelemahan Pakatan, tetapi pertemuan ini menunjukkkan sesuatu yang tidak disangka oleh mereka. Biar mereka menyatakan Pakatan lemah, tetapi tindakkan membaiki kelemahan itu amat penting. Pakatan akan dapat meningkatkan sokongan rakyat dengan kerjasama yang ditunjukkan itu. Rakyat perlu diyakinkan dengan kesungguhan untuk bekerjasama antara parti dalam pakatan Rakyat. Konvensyen bloggers PAS juga menrupakan pertemuan melihat PAS semakin dekat dengan para bloggers. Rapatnya PAS dengan kumpulan ini kerana mereka yakin bahawa golongan ini boleh memainkan peranan sebagai pembantu PAS dalam pilihanraya nanti. PAS

Politik.....

Image
Semalam sambil berjalan di Kangar, ada seorang rakan menegur dan menyatakan bahawa hari ini suasana politik memang memeningkan. Setiap hari ada isu. Masalahnya kata beliau, masyarakat hanya melihat dan mendengar dari satu pihak sahaja, iaitu BN dan UMNO. Beliau menyebut bahawa orang kampung selalunya percaya dengan berita yang dikeluarkan oleh akhbar dan media elektronik yang mereka lihat. Maklumat lain kurang mereka dapati. Oleh itu, pihak selain BN harus bekerja lebih untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Memang tidak dinafikan banyak berita politik yang ada hari ini - isu liwar DS Anwar, royalti minyak Kelantan, MCA, BTN di Selangor, pijak gambar dll- menyebabkan kadang-kadang rakyat bawahan pening. Rakyat Malaysia sepatutnya mendapat maklumat yang seimbang dan sama daripada semua pihak agar mentaliti pemikiran kelas pertama dapat dilahirkan. Kita mahu rakyat negara ini celik maklumat. Kita mahu negara ini maju, maka maklumat perlu dikembangkan agar bukan sahaja maklum

Kena Tunggu Lagi

Nampaknya orang Kota Siputeh kena tunggu lagi. SPR berjaya mendapatkan perintah penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. cerita penuh disin i. Keputusan mahkamah tentang Kota Siputeh penting kena ia akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Jadi orang di sana kena sabar lah sikit. Walaubagaimanpun, kena bersiap dari sekarang kerana pilihanraya ini besar kemungkinan terjadi. Cuma masanya sahaja belum tahu. Parti politik sekarang kena semak nama calon yang sesuaiu untuk bertanding. Kena cari tempat untuk menempatkan kumpulan sokongan dari luar kawasan. Kerja pilihanraya sudah bermula di Kota Siputeh. Kita berharap semuanya akan mempamirkan semangat yang positif dalam pilihanraya ini.

Siputih

Orang sekitar DUN Kota Siputeh sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRK bila-bila masa. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan penangguhan pelaksanaan perintah bagi diadakan pilihan raya kecil di situ pada hari Jumaat ini, rasanya parti politik sudah boleh bergerak sekarang. Rakyat berharap satu pilihanraya diadakan kerana ia sebagai kayu pengukur penerimaan BN oleh rakyat seperti yang dilaung-laungkan. Jadi hotel di Kangar, Jitra, Alor Setar dan Changloon boleh perkemas kerana akan ramai yang akan singgah di sana nanti. Kita tunggu hari Jumaat sebelum buat ulasan selanjutnya.

LOGO

Image
Hari ini, penulis di Universiti Utara Malaysia, tempat belajar seketika dahulu. Penulis lihat logo UUM, nampak sudah berubah walaupun asas rajah masih sama. Logo ketika penulis di sini dahulu banyak bunga yang mengelilingi perisai UUM. Kini bunga yang mengelilingi perisai berkenaan sudah ditiadakan, nampak lebih menarik. Mungkin perubahan logo ini kerana, ketika penulis belajar, sekiranya dari Changloon ke UUM, banyak pokok yang melindungi jalan. Kini jalan ke UUM sudah besar dan banyak perumahan yang tumbuh. Jadi mungkin rasional perubahan logo ini kerana UUM tidak lagi dikelilingi hutan seperti dahulu. Ini hanya anggapan penulis sahaja. Dahulu dinamakan "sekolah", kini sudah dinamakan "kolej". Nanti penulis ingin pusing keliling UUM ingin melihat perubahan fizikalnya. Diharapkan perubahan fizikal ini akan merubah cara belajar dan akan melahirkan pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai penggerak negara masa depan. Pemimpin yang mempunyai nilai "

Ajal

Semalam ada dua kejadian yang menyedihkan iaitu kematian berlaku di Perlis seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Kejadian pertama, seorang pemuda mati ditembak polis kerana hendak mencederakan seorang yang meninggalkannya di Alor Setar. Beliau terpaksa berjalan kaki dari Alor Setar ke Arau. Tentu dalam kemarahan mengambil sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya. Kita berharap polis dapat menyiasat kejadian itu, kenapa polis terpaksa menembak pemuda berkenaan? berita di sini . Kejadian kedua ialah seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun mati akibat terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras. Beliau dijumpai 10 kilometer dari tempat kejadian. berita di sini . Pelajar berkenaan adalah bekas rakan sekelas anak penulis ketika belajar di Beseri dahulu. Bapanya juga penulis kenal. Jadi kita hadiahkan al-fatihah untuk keduanya semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ajal dan maut, rezeki dan bala semuanya adalah kehendak Allah dan manusia tidak dapat menahannya.

Piala Dunia

Image
Republic of Ireland - France Portugal - Bosnia Herzegovina Greece - Ukraine Russia - Slovenia Nama-nama negara di atas adalah negara-negara di Benua Eropah yang akan berlawan sesama mereka pada 14 dan 18 November ini dalam perlawanan play-off untuk mewakili benua berkenaaan dalam Piala Dunia tahun hadapan. Negara manakah yang akan ke Afrika Selatan? Tunggu minggu depan. Portugal dan France adalah negara besar dalam bola sepak, tetapi belum tentu lagi kerana masih ada 180 minit untuk menentukan pemenang. Kesemua penyokong pasukan berkenaan tentu akan turun memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. New Zealand - Bahrain Belum ditentukan tarikh perlawanan tetapi perlawanan pertama di Bahrain telah berkesudahan seri 0-0 Costa Rica - Uruguay Satu wakil juga akan ditentukan pada 14 dan 18 November nanti. Wakil Arfika juga akan ditentukan dalam minggu ini. Jadi penyokong negara berkenaan pasti menanti untuk membeli tiket bagi perlawanan tahun hadapan. Selamat maju jaya untuk semua.

Positif

Image
Seminar Memperkasakan Parti yang dianjurkan oleh PAS di Taman Melewar, dua hari lalutelah dikomen oleh berbagai pihak. Saya yang tidak berkesempatan ke seminar berkenaan mendapati beberapa sahabat yang pergi memberikan komen positif terhadap seminar berkenaan. Keperluan PAS kini ialah melaksanakan resolusi yang telah diputuskan dalam seminar tersebut. Kita berharap PAS akan mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan masyarakat dan meningkatkan populariti di dalam masyarakat. Semua jentera dan organisasi parti mesti dimaklumkan dan difahamkan dengan resolusi yang telah diambil dalam seminar berkenaan. Biar semua buat kerja untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang dapat diterima oleh semua.

Hanya Pendapat Aku

Esok, para pemimpin PAS akan berhimpun di Taman Melewar untuk berseminar bagi memantapkan perjuangannya. Seluruh kepimpinan Pas dijangka akan berhimpun di sana. Cuma saya merasakan bahawa sepatutnya program berkenaan disertai oleh kepimpinan Pas. Kenapa Pas memanggil "orang luar" (walaupun dikatakan pakar) untuk membincangkan permasalahan parti. Saya sekadar menyatakan bahawa Pas tidak perlu untuk memanggil pihak lain untuk menentukan hala tuju parti. Ini hanya pandangan saya kerana Pas dalam menghadapi perbagai masalah sebelum ini telah berjalan menentukan caranya sendiri. Mengapa perlu panggil pihak lain? Kita tidak menentang pandangan dari luar, untuk memantapkan jamaah. Tetapi penglibatan terus dalam seminar ini dibimbangi akan memberikan kesan lain kepada ahli yang hadir. Mungkin para perwakilan akan "menyerang" atau menyokong pandangan berkenaan. Ini akan menyebabkan parti akan berpecah dari segi pandangan untuk memantapkan parti. Walaubagaimanapun, diharapkan

Pejabat Pos

Sebentar tadi, pukul 1.00 petang saya ke Pejabat Pos Arau. Sedihnya dihadapan pintu masuk tertulis kertas kenyataan "Tutup pukul 1.00 hingga 2.30". Nampaknya terpaksalah tunggu satu jam setengah untuk menikmati perkhidmatan pejabat pos berkenaan. Dipintu utama berkenaan tertera perkhidmatan dari pagi hingga 5.00 petang. Sebelum ini, saya ada pengalaman apabila sampai ke pejabat pos berkenaan 4.30 petang, ia sudah tutup. Saya pun tidak tahu kenapa perkara berkenaan terjadi. Saya hanya ingin menyatakan ketidakpuasan saya dengan perkhidmatan di situ. Jika tidak cukup kakitangan tambahlah kakitangan. Jangan jadi rakyat sebagai mangsa perkhidmatan lemah anda. Saya lihat ada lagi pelanggan yang datang ke pejabat pos berkenaan tadi. Mungkin ada pegawai pos yang terbaca komen ini silalah ambil tindakan. Macam mana slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Ini nampak penting diri sendiri sahaja. Kita mahu perkhidmatan kelas pertama.

Bendera

Image
Semalam semasa makan malam, anak kedua saya yang sedang belajar darjah enam berkata, "Bendera Malaysia dan rukun negara, depa bubuh kat kotak tisu, bungkus roti, nanti lepas habis guna orang buang, pijak, macam tu nak hormati bendera negara." Saya rasa terkejut juga kerana tak sangka bahawa kanak-kanak memerhati benda dikelilingnya dan membuat komen. Agak boleh pakai juga komennya tu. Kita melihat banyak syarikat yang cuba menanamkan semangat patriotik dikalangan rakyat negara ini melukis bendera atau memasukan rukun negara pada bungkusan mereka. Adakah ini sebagai cara menunjukkan rasa hormat kepada negara. Pandangan kanak-kanak, walaupun mungkin sepintas lalu mungkin boleh diambil perhatian oleh orang dewasa. Adakah dengan memasang bendera di kenderaan dapat menunjukkan kita bersemangat cintakan negara? Yang tidak memasang bendera tidak patriotik? Ini persoalan yang boleh ditimbulkan. Kerajaan dilihat masih bermasalah dalam menanamkan semangat patriotisme di kalangan rakya

Tauliah

Image
Semalam berita penahanan bekas Mufti Perlis (begitulah gelaran yang diberikan), Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi berita utama di banyak media sama ada media cetak, elektronik ataupun internet. Berita penagkapan beliau yang memberikan kuliah tanpa tauliah menjad perhatian utama. JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor - banyak dikecam kerana mengambil tindakan berkenaan. Kenapa tauliah diperlukan? Adakah JAIS tidak tahu bahawa beliau bekas seorang mufti, pensyarah universiti dan memiliki PhD dalam bidang agama? Siapakah yang mengarahkan penangkapan tersebut? Semua persoalan ini perlu mendapat jawapan yang sewajarnya. Di Perlis, semua pengajar yang mengajar di masjid perlukan tauliah (semua orang tahu) . Di masjid di Perlis, dapat dilihat larangan mengajar tanpa permit diletakkan di tempat tertentu . Tetapi Dr Asri ketika di tangkap mengajar dirumah orang. Adakah tauliah diperlukan untuk mengajar di rumah individu? Rakyat Malaysia berharap perkara ini perlu ditangani dengan bijaksana agar

Nasiblah Kita

Image
Saya terbaca berita bahawa kereta yang lebih 15 tahun terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom. Kita mengakui bahawa keselamatan pemandu di jalanraya adalah penting. Persoalannya ialah adakah kereta lama yang banyak terlibat dalam kemalangan atau kereta baru? Kita mengharapkan kerajaan membuat kajian yang sepatutnya dalam hal ini. Rakyat yang berpendapatan rendah tentu sukar untuk membeli kereta baru, berbanding dengan mereka yang kaya. Ini tentu menekan rakyat bawahan. Mereka telah membeli kereta "second hand" untuk kemudahan daripada hujan dan panas. Kini terpaksa "panas" kerana terpaksa melalui pemeriksaan Puspakom yang tentu akan mengenakan bayaran tertentu. Janganlah untuk "meningkatkan dayasaing industri automatif tempatan" maka rakyat bawahan terpaksa menanggungnya. Sudahlah terpaksa membayar insuran yang semakin meningkat setiap tahun, kini terpaksa menanggung kos tambahan. Kenapa industri automatif yang bertapak sejak belasan tahun lalu masih belum

Dah Dapat Keputusan

Akhirnya, satu keputusan telah dibuat. Ini seperti dilaporkan harakahdaily. Kita berharap keputusan ini adalah keputusan terbaik buat masa ini. Diharapkan semua ahli jamaah dapat terus bekerja untuk memenangkan Pas dan Pakatan dalam PRU13 nanti. Semoga Pas terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk berjuang dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

Harap Dapat Diselesaikan

Malam esok akan diadakan satu mesyuarat khas dikalangan kepimpinan Pas Pusat untuk membincangkan masalah parti. Dilaporkan ia akan diadakan mulai 8.30 malam. Semua pemimpin dijangka akan menghadiri mesyuarat berkenaan. Semua ahli Pas berdoa semoga semua pemimpin yang hadir diberikan kelapangan dada untuk menentukan dan menyelesaikan masalah yang ada. Kepimpinan yang telah dipilih oleh perwakilan diberikan tanggungjawab untuk menilai pergerakan parti dan menentukan halatuju parti. Sejarah telah menentukan bahawa mesyuarat dengan lapang dada dan sanggup menerima kritikan akan menghasilkan natijah yang baik. Kita berharap perbincangan dalam mesyuarat ini tidak akan bocor keluar sebelum satu ketetapan dihasilkan. Satu keputusan yang penting untuk memacu parti menghadapi cabaran masa depan.

Pandai main Nampak!

Image
Saya terlihat gambar ini, rasa tertarik dengan gambar bahawa wanita juga boleh bermain bola dengan menutup aurat. Nampak gaya jangan jadikan alasan menutup aurat sebagai penghalang untuk aktif dalam kegiatan tertentu. Wanita yang menutup aurat pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan Olahraga Asia dalam acara 100 meter. Oleh itu, wanita yang rasa mereka Muslim, marilah sama-sama menutup aurat untuk melambangkan kita sebagai wanita muslim. Selamat berjuang untuk semua.

bersatu

Image
Penulis berharap PAS akan terus bersatu dan memilih jalan yang terbaik. Kita berharap kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan pada muktamar lalu dapat membuat keputusan yang baik untuk memantapkan Pas. Selamat bersatu untuk kemenangan Islam. PAS For All.

Pergolakan

Kisah tentang TGNA mencadangkan diadakan muktamar khas dan PRK Parlimen Batu merupakan tajuk utama yang dilihat dalam blog hari ini. Inilah suasana politik yang ada di Malaysia. Tidak pernah sunyi dengan pergolakan politik. Rasanya kalau tidak ada suasana yang begitu, mungkin akhbar kita pakai tak dak berita kot. Selepas MCA adakan EGM, dan selepas UMNO buat perhimpunan pinda perlembagaan, maka kenapa PAS nak berhimpun juga? PAS telah memilih kepimpinan awal JUN lalu, baru empat bulan...... Rasanya masyarakat akan lihat kepimpinan Pas bergolak macam MCA juga. Tak kan kalah di Bagan Pinang, kita dapat buat kesimpulan rakyat tolak Pas. Tentu kesimpulan ini tidak tepat. Kalau diadakan PRK Batu pula, ini akan menjadikan PRK Parlimen pertama di KL. Satu kawasan majoriti kaum Cina, mungkin boleh lihat pola pengundi Cina selepas PRU12 yang lalu. Bolehlah dilihat sama ada pengundi Cina dah kembali ke BN. Pergolakan politik inilah yang menghidupkan suasana kehidupan rakyat 1malaysia.

Pengadilan

Semalam, penulis mengikuti satu kuliah agama di surau di kampung tempat tinggalnya. Dalam kuliah tersebut salah satu yang menarik perhatian ialah perbincangan tentang perbicaraan. Hakim di dunia tidak mengetahui sebarang perbuatan tertuduh sehingga tuduhan itu dibawa kehadapannya. Beliau akan mendengar segala hujah daripada peguam sebelum menjatuhkan hukuman. Walaupun seseorang itu tidak melakukan perbuatan berkenaan (teraniaya), maka ia akan dikenakan hukuman. Sekiranya seseorang yang bersalah dapat mengemukan bukti untuk mengelak, maka dia akan terlepas daripada dihukum. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah yang dikemukan dihadapanya. Hakim di akhirat sudah mengetahui segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dunia. Perbicaraan dilakukan dihadapan hakim yang mengetahui segala perilaku hambanya. Tentu sesiapa yang bersalah tidak dapat melarikan diri daripada perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Oleh itu, sedarlah walaupun apa yang dilakukan di dunia ini, kita tidak dapa

Bahasa

Image
Hari Ahad yang lalu, ada beberapa orang sahabat yang telah ke Thailand. Mereka pergi ke pekan sehari untuk membeli barangan. Apa yang menarik tentang Thailand ialah penggunaan bahasa mereka. Mereka menggunakan bahasa Thai dalam semua aktiviti. Kita dapat melihat penggunaan bahasa Thai dalam pertuturan dan penulisan di negara berkenaan. Para pembesar dan rakyat digalakkan menggunakan bahasa Thai. Kita dapat melihat penduduk keturunan Melayu di selatan Thailand juga terpaksa menggunakan bahasa berkenaan. Anak-anak muda Melayu seolah-olah melupakan bahasa nenek moyang mereka kerana pendidikan di sana menitik beratkan bahasa Thai. Sedangkan di negara ini, bahasa Melayu seolah-olah kurang diberikan penekanan. Bahasa kelas dua di negara sendiri. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad, tetapi penghormatan kepada bahasa penjajah sungguh digalakkan. Para pemimpin lebih megah bercakap dalam bahasa penjajah tersebut. Kita tidak menolak pentingnya bahasa tersebut untuk bersai

Malaysia dan 16 September

Image
Cadangan cuti 16 September amat dialu-alukan kerana akan mengingatkan generasi hari ini tentang pembentukan Malaysia. Perkara ini telah diumumkan oleh PM semalam. 16 September merupakan hari pengistiharan Malaysia: iaitu gabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Sabah. Pembentukan Malaysia ketika itu telah mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia kerana tuntutan mereka keatas Sabah dan sarawak. Indonesia dengan konsep "Ganyang Malaysia" dan Filipina dengan dakwaan Sabah kepunyaan Kesultanan Sulu. Ini telah menyebabkan negara terpaksa menghadapi tekanan daripada luar. Oleh itu, pembentukan Malaysia merupakan satu cabaran dan perayaan menyambutnya satu yang diperlukan. Walaupun selepas 46 tahun, ingatan terhadap pembentukan ini adalah perlu. Cabarannya ialah pengisian rakyat tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Walaupun Singapura keluar daripada gagasan ini, kesatuan rakyat perlu dipertingkatkan. Masih ada ruang yang perlu diisi. Peningkatan kefahama

Sawah Padi

Image
Semalam, bersama seorang dewasa yang mengerjakan sawah menceritakan bahawa tahun ini usaha membuat sawah agak sukar. Katanya, hujan turun lebat menyebabkan susah untuk menabur. Disamping itu, menanam padi menggunakan mesin juga tidak meberikankesan yang baik kerana penjagaannya yang sukar. Yang senag, katanya, menanam terus padi, walaupun upahnya antara RM360 hingga RM380 serelung. Tetapi kena keluar modal besar sikit. Inilah cabaran yang dihadapi oleh penanam padi musim ini, katanya. Masalah siput gondang dan padi angin juga memberikan kesan terhadap hasil padi. Walau bagaimanapun, kebanyakan penanam padi tetap bekerja untuk membekalkan makanan untuk rakyat negara ini. Disamping itu, mereka perlu bekerja untuk menambahkan pendapatan kerana barangan kini semakin meningkat harganya. Perhatian daripada pihak yang berkenaan adalah amat perlu.

Peperiksaan STAM

Hari ini hingga hari selasa depan, ada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Terdapat juga pelajar dari sekolah tempat saya mengajar akan mengambil peperiksaan yang berkenaan. Saya mendoakan semua yang akan menduduki peperiksaan tersebut akan dapat menjawab dengan baik soalan yang akan dikenakan keatas mereka. Selepas ini, pelajar-pelajar ini akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu universiti tempatan atau luar negeri dalam bidang Islam. Kita berharap mereka-mereka ini bakal menjadi pengajar pada masa depan dalam bidang Islam. Bidang ini mendapat permintaan yang banyak kini kerana masyarakat mula sedar tentang kepentingan agama dalam kehidupan. Walaupun begitu, masih terlalu ramai juga yang mengabaikan agama dalam kehidupan mereka. Marilah berdoa moga kita dijauhkan daripada golongan yang menjauhkan agama. Kita mesti mencari jalan untuk membawa mereka kembali kepada agama. Peningkatan pelajar yang berjaya dalam bidang agama

Syok-syok

Image
Keputusan telah dibuat. BN-8013 manakala PAS-2578. Jadi keputusannya BN akan mewakili penduduk Bagan Pinang, tak dak sapa-sapa pun boleh bantah. Sekarang ni mai sama-sama kita buang undi pos bagi kedua-dua calon. Calon BN dapat 3521 manakala PAS dapat 601. Jadi undi pengundi biasa yang didapati BN- 4492 dan PAS 1977. Jadi majoriti yang didapati oleh BN hanya 2515. Oleh itu, orang PAS Bagan Pinang jangan dok susah hati, tingkatkan usaha mencari ahli dan tambah cawangan. InsyaAllah, satu hari nanti PAS akan dapat kuasai Bagan Pinang. Tingkatkan usaha untuk membawa wadah PAS ke tengah masyarakat dengan program kuliah dan seumpamanya.

Saja Nak Kata

Image
Sesudah keputusan PRK Bagan Pinang diketahui, banyak pihak membuat analisa sendiri sama ada di kedai kopi atau dimedia tentang keputusan yang telah dibuat. Secara kesimpulannya boleh dinyatakan ada beberapa faktor iaitu calon, media dan strategi. Bagi mereka calon BN lebih dikenali oleh rakyat berbanding calon Pas, sementara pula ia orang luar. Mereka melihat calon BN lebih menonjol, sama ada ditonjolkan oleh media atau orang ramai. Media terutama oleh PAS terutama blogger kurang sampai kepada pengundi. Ini tentu memberikan kesan terhadap maklumat yang sampai. Tambahan pula media arus perdana memang memainkan peranan mereka untuk membawa pengundi dan rakyat menyokong BN. Strategi? Ini saya tidak tahu hendak komen kerana katanya PAS tidak mampu untuk menarik pengundi kerana strategi yang tidak berkesan. Mungkin benar atau tidak, terpaksa di buat bedah siasat secara jujur oleh semua pihak. Walaubagimanapun, PAS telah berusaha dalam PRK tersebut. Mungkin lain kali kena buat dengan lebih b

Gambar Aidil Fitri

Image
Di sini diturunkan beberapa gambar sempena majlis Aidil Fitri yang diadakan ditempat saya mengajar. Ia diadakan pada minggu lepas.

INFO

Saya terbaca maklumat di bawah, rasanya saya patut masukan dalam posting saya, kot-kot ada yang terbaca. saya dapatkan dari blog ini . INFO YANG PATUT ANDA TAHU 1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni. 2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa. 3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kuantiti yang sederhana mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil. 4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan. 6. Tiada satu pun jam di kasino Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka. 7. Kerana ketangkasan Bruce

Tahniah

BN- 8013, PAS-2578, majoriti 5435: Demikianlah keputusan PRK Bagan Pinang yang telah diumumkan semalam. Kemenangan telah berpihak kepada BN. Yang pasti majoriti BN telah meningkat dari 2333 kepada 5435, penambahan lebih dari 3000 undi. Adakah Pas semakin ditolak di NS? Adakah rakyat melihat Pas telah gagal menjadi sebuah parti yang dapat membela mereka? Adakah BN mulai diterima kembali oleh rakyat? Persoalan yang timbul ini kerana jumlah majoriti yang semakin besar diperolehi oleh BN. Setelah segala usaha dijalankan maka rakyat telah membuat pilihan. Semua kena menghormati keputusan rakyat. Persoalan kita ialah kenapa rakyat membuat keputusan seperti itu? Rakyat Bagan Pinang selepas ini pasti akan mendapat limpahan pembangunan seperti yang dijanjikan oleh sekalian menteri yang ke sana. Tentu melimpah-ruah nikmat yang akan dikecapi. Diharapkan rakyat akan mendapat limpahan tersebut dalam masa yang terdekat. Pakatan atau Pas perlu menjalankan bedah-siasat dengan tren pengundi tersebut. K

Sudah Selesai, nantikan keputusannya

Tempoh mengundi sudah tamat bagi pengundi di Bagan Pinang. Masa untuk pengiraan akan bermula sekejap lagi. Penantian seluruh tanah air pasti untuk melihat pilihan pengundi di sana. Maklumat daripada rakan-rakan yang ke sana menunjukkan tanda positif kepada Pakatan iaitu calon PAS. Sokongan rakyat dinyatakan amat jelas kepada Pas. Diharapkan maklumat berkenaan adalah sahih dan positif bukan untuk mengembirakan sahabat yang jauh. Penulis berharap mereka yang sudah menunjukkan kesungguhan dalam kerja kempen tidak akan sedih sekiranya calon Pas yang disokong tewas, walaupun kita berharap akan menang. Ini kerana segalanya ketentuan di langit, yang di bumi hanya berusaha. Selamat menantikan keputusanya nanti. Mungkin selepas Isyak kita dapat tahu siapakah ADUN baru Bagan Pinang.

SIAPA MAIN KASAR?

Image
Dalam masa 3 hari lagi sebelum pengundi awam membuang undi mereka, pengundi pos akan mengundi dahulu. Kempen di saat akhir pasti akan rancak. Kita berharap, tidak akan ada budaya samseng dibawa. Tetapi harakahdaily melaporkan bahawa pemuda Pas telah diserang. Pemuda Pas membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan budaya samseng seperti yang didakwa oleh Datuk Azeez dari Baling tu. Yang ini betul-betul kena. Sepatutnya kempen dijalankan untuk menarik minat rakyat kepada mereka. Ada mengatakan bahawa Pas semakin tertekan kerana tidak mampu menarik minat pengundi. Kita berharap pengundi akan menolak "ISA" dalam PRK ini. 11 Oktober 2009, rakyat Bagan Pinang harus tunjukkkan kepada BN bahawa tempoh yang lama memerintah meyebabkan BN semakin angkuh. Jatuhkan keangkuhan mereka. Selamat Mengundi untuk Pengundi Bagan Pinang.

Oh SPRM, Rakyat Yakin Padamu Jika ..........

Image
"Kami baru berusia setahun, bagi masa untuk kami maju dan cemerlang sebagai satu-satunya suruhanjaya yang memerangi rasuah demi kelangsungan bangsa, agama dan negara, luah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. petikan dari sini Rakyat bukan mempertikan tentang umur SPRM, tetapi kesungguhan yang ditunjukkan amat tidak meyakinkan rakyat. SPRM dilihat gagal dalam menangani banyak kes dan kes kematian seorang yang sedang disiasat di premis SPRM lebih menakutkan. Rakyat bimbang dengan keselamatan mereka apabila berurusan dengan SPRM. Kebimbangan ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan nyawa. Keyakinan seorang manusia bukan boleh dibuat mudah. Keyakinan yang sudah goyah sukar untuk ditarik balik. Persepsi ini bukan kerana tindakan rakyat tetapi, gelagat yang ditunjukkan oleh pihak SPRM sendiri. Rakyat, rasanya, sudah menyatakan keyakinan mereka dengan membuat laporan, tetapi kes besar yang melibatkan orang besar tidak diberik

Azeez

Datuk Azeez menjadi manusia yang terpaksa melupakan masa untuk berkempen di Bagan Pinang. Beliau di tumbuk dibahagian belakangnya ketika melalui penyokong Pas ketika penamaan calon, begitulah dakwaannya. Hari ini, ada bukti dari pihak Pakatan yang mengatakan bahawa beliau tak ditumbuk pun. Hanya di sapa oleh penyokong Pas. Ada satu pertubuhan dari utara, meminta sesiapa yang mempunyai gambar Azeez ditumbuk akan diberikan hadiah . Banyak juga tu. Harap ada gambar tersebut. Kesian kat kawan tu, dah kena duduk hospital, nanti orang kata penipu besar tu.

Peperiksaan

Esok, para pelajar tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tahun ini seramai 25 orang pelajar sekolah tempat saya mengajar akan mengambil peperiksaan ini. Saya berdoa kepada Allah agar mereka dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Semoga mereka semua akan mendapat kejayaan. Selamat berjaya untuk semua pelajar yang akan menghadapi PMR.

Jangan Tunjuk Berat Sebelah.

Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang. Pakatan dan BN masing-masing telah memaklumkan nama calon mereka. Sekarang ada didengari bahawa SPR melarang parti pembangkang selain dari Pas memasang pemidang masing-masing. kalau UMNO buat pemidang macam mana? SPR ni ahli kompenan BN? SPR sepatutnya menjadi pengendali pilihanraya yang adil, bukan menekan pembangkang. Jangan SPR terlalu tunjuk sangat berat sebelah tu. Nanti rakyat akan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Pilihanraya ialah memilih wakil rakyat ke dewan sama ada DUN adat Parlimen. Rakyat perlu diberikan kebebasan dalam memilih pemimpin mereka. Jadikan PRK Bagan Pinang sebagai penunjuk bahawa rakyat sekarang sudah meluat dengan BN. Semakin lama berkuasa, semakin kelam kabut negara ini diuruskan mereka. Selamat kepada semua petugas yang akan bertugas di Bagan Pinang, kalau ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.

Tanda

Dalam sehari dua ini, ada dua kejadian gempa bumi yang berlaku. Satu di Lautan Pasifik dan satu lagi di Sumatera. Disamping itu berlaku hujan serta ribut di negara Filipina. Apakah ini sebagai satu tanda? Tanda kekuasaan Allah, memberikan peringatan kepada manusia tentang kekuasaannya. Adakah manusia tidak berfikir? Apakah mereka tidak sedar bahawa makhluk ini amat lemah kerana tidak mampu menentang cubaan dari Allah itu. Adakah kejadian berkenaan tidak akan berlaku di Malaysia? Siapakah yang dapat memberikan jaminan? Jadi sebagai hamba Allah, kita perlu banyak bersyukur dengan kebaikan yang kita dapat. Selamat menjalani kehidupan dengan mengikut landasan yang digariskan oleh Allah, Maha Agong dan Maha Pencipta.

calon Sudah ada, Pilihan Anda Penduduk Bagan Pinang

Image
Semalam (29.09.2009), calon yang akan mewakili BN dan Pakatan (Pas) telah diumumkan. Kedua-duanya akan mewakili parti masing-masing dalam PRK Bagan Pinang nanti. Penamaan calon pada Sabtu ini, pasti akan meriah kerana kedua-dua parti perlu menunjukkan kekuatan awal sebelum hari pengundian pada 11 Oktober 2009 nanti. Zulkifli Mohd Omar akan mewakili Pas, manakala Isa Samad akan mewakili BN. Kedua-duanya sudah dikenali oleh rakyat Negeri sembilan. Diharapkan usaha yang bersungguh dari semua pihak dan sokongan rakyat akan membawa wakil rakyat kedua dari PAS ke DUN Negeri Sembilan.

Siapakah Yang Terpilih?

Hari ini, parti-parti utama yang akan bertanding di Bagan Pinang dijangka akan mengumumkan nama calon pilihan mereka. Siapakah yang akan terpilih nanti? Bagi BN, calon pilihan ramai ialah Tan Sri Isa Samad. Beliau merupakan Ketua Bahagian Teluk Kemang dikatakan calon utama pihak UMNO yang akan mewakili BN. Walaupun begitu, mantan PM Che Det tidak setuju Isa menjadi calon di sana. Beliau meminta BN mencari calon lain. Bagi PAS yang akan mewakili Pakatan, calonnya juga akan diumumkan hari ini. Siapakah nanti yang akan tercalon? Antara cakap umum ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Begitu juga calon 2008 yang juga merupakan Yang diPertua Pas Kawasan Teluk Kemang. Sesiapa sahaja yang terpilih, mereka pasti menjadi harapan parti masing-masing. Adakah akan timbul calon Bebas dalam PRK ini? Permatang Pasir dan Manik Urai menyaksikan calon Bebas merehatkan diri selepas kecundang dan hilang wang pertaruhan dalam PRK sebelum itu. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari parti-parti yang terlib

Kenapa Begini, Apa Salahnya.....

Pagi tadi ketika sampai di masjid berdekatan dengan rumah saya untuk solat Subuh, Tok Imam masjid menunjukkan bahawa kunci pintu besi masjid telah dipotong oleh seseorang. Ini kejadian kesekian kalinya berlaku dimasjid berkenaan. Sebelum ini, kecurian "pc system" masjid, kecurian beberapa buah motosikal ketika sedang solat, kecurian di dalam masjid ketika bersolat dan sebagainya. Persoalan yang timbul dalam pemikiran saya ialah, siapakah yang mencuri tanpa mengira tempat? Masjid sebagai tempat ibadah amat dihormati. Kenapakah kejadian kecurian boleh berlaku di masjid? Jikalau sebelum ini, selalunya yang hilang adalah selipar, tetapi kini sehingga kepada motosikal dan sebagainya. Adakah kehidupan rakyat negara ini begitu mendesak sehingga sanggup mencuri di dalam masjid? Ketika masih dalam suasana Aidil Fitri, banyak sumbangan yang diberikan kepada orang susah, masih lagi berlaku kejadian kecurian. Adakah yang terlepas pandang atau memang mereka ini menantikan selepas ramadan

Perkasa Pakatan?

Image
Selama lebih kurang 18 bulan kerajaan pakatan mentadbir beberapa negeri, mereka dilihat sering bertelagah. Itulah peranan yang berjaya dimainkan oleh media arus perdana. Kini serangan ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali. Ia seolah-olah diserang oleh rakan dan musuh. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan dan Pakatan sedang bergolak. Kenapa berita ini menjadi sensasi? Selepas berjaya di Perak, kini pihak BN cuba untuk memecahbelahkan kesatuan ini di negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan. Selangor dan Kedah nampaknya diserang. Selepas Kedah dengan keluarnya seorang EXCO, kini Selangor pula dipancing dengan masalah. Kerjasama dalam Pakatan bukan bererti semua pihak terpaksa menutup mulut apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya. Semua pihak perlu diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat. Pakatan perlu dimantapkan kerana BN sudah kehilangan penyokong serta banyak masalah sesama mereka. Bagaimana hendak memantapkan Pakatan? Satu persidangan atau konvensyen Pakatan perlu diadakan un

Jumpa balik

Selamat berjumpa kembali. Selama lebih dari seminggu, cuti raya, tidak sempat belek komputer. Selama seminggu bersiap untuk hari raya, berjalan ke rumah saudara, pergi program rumah terbuka, ada kenduri kahwin dan berehat di rumah menerima tetamu. Sempat juga jumpa rakan yang terpisah sejak tahun 1985 dahulu, lebih kurang 24tahun tu, masih segak seperti dahulu. Pergi rumah kenduri kahwin, tetapi ada yang silap hari, tentu jadi haru. Itulah asam garam kehidupan. Hari ini kembali bertugas, selepas masuk kelas, saya buka komputer dan menulis kembali sebagai pembuka kata selepas cuti. Selamat untuk semua dan rakyat Malaysia akan melihat ke Bagan Pinang untuk melihat perhatian yang lebih yang diberikan oleh semua pihak ke sana. Yang belum buat rumah terbuka, pasti akan merancangnya kerana masih ada masa hingga habis bulan Syawal ini. Bagi yang belum puasa sunat juga masih ada masa. marilah kita mencari seolah-oleh kita puasa sepanjang tahun dengan berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal i

Lepas Raya, Pilihanraya

Image
keputusan PRU ke 12 2008 Nampaknya PRK dinegara ini tidak pernah lekang dalam diari hidup masyarakat kita. Kita ia bergerak ke selatan selepas Pantai Timur, Utara dan Sarawak merasainya. PRK ini tentu menarik kerana ia adalah kubu kuat BN dengan adanya undi pos. Selalunya BN menang dengan undi pos. SPR telah tetapkan pengundian pada hari Ahad, tidak seperti kebiasaannya yang amat diminati oleh mereka iaitu Selasa. Diharapkan pengundian akan berlaku dengan jumlah pengundi yang lebih ramai. Jika PRU12 ada 81 peratus yang mengundi, diharapkan jumlah pengundi akan lebih banyak kali ini. Kita juga mengharapkan SPR benar-benar menjadi pengantara yang adil kepada parti yang bertanding, jangan dilihat berat sebelah. Semoga PRK dalam suasana Aidil Fitri akan menjadikan pilihanraya ini sebagai medan pengukur kerjasama rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka. Mereka mahukan suasana yang aman dalam pesta pilihanraya kali ini.

10 Yang Akhir

Hari-hari dalam bulan Ramadan ini berlalu begitu pantas, tanpa disedari kini sudah melewati 20 hari umat Islam berpuasa. Sekarang kita berada sepuluh hari yang terakhir, yang dijanji dilepaskan dari api neraka. Umat Islam digalakkan bersungguh-sungguh beribadat di 10 malam yang terakhir ini. Moga-moga kita akan mendapat nikmat dari Allah s.w.t. Ada malam Lailatul Qadar yang pahalanya melebihi 1000 bulan. kebanyakan ilmuan Islam berpendapat bahawa Malam yang mulia ini berada di 10 malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Digalakkan beribadat di malam yang akhir dalam bulam Ramadan ini. Kita semua mestilah berazam untuk menghidupkan malam-malam akhir Ramadan. Azam yang kuat disertai dengan kesungguhan, maka kita dapat memenuhi malam-malam akhir dalam bulan Ramadan ini dengan ibadat kepada-Nya. Jadi marilah kita semua berazam memenuhkan ibadah dan berdoa kepada Allah supaya kita dilepaskan dari azab neraka. Azab neraka amat menakutkan. Selamat memenuhkan malam 10 yang akhir ini dengan ib

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Image
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan sekiranya dalam penulisan selama ini ada yang terguris. Mungkin aidil Fitri hanya menjelang 11 hari lagi tetapi sebagai pendahuluan terhadap hari berkenaan. Jangan lupa zakat fitrah yang diwajibkan ke atas kita. Walaubagaimanapun, kebenaran mesti ditegakkan walaupun terpaksa mengguriskan hati manusia. "Maaf Zahir batin."

Istimewa Kah?

Ada beberapa orang menyebut hari ini hari istimewa. Ini kerana hari ini di tulis 09.09.09. Apakah yang istimewa dengan nombor tersebut? Ia hanya satu tarikh dalam satu tahun. Tahun hadapan tetap ada 09.09 . tahun mungkin berbeza. Tahun depan akan ada pula tarikh 10.10.10. Selamat menyambut hari-hari sepuloh yang akhir dari bulan Ramadan. Semoga kita dibebaskan dari api neraka.

Undi Pos

Image
Rasanya lama juga tidak menulis. Sibuk dengan menguruskan beberapa hal berkenaan dengan keluarga. Hari ini buka blog, kebanyakkan bercerita tentang bilangan pengundi pos yang ramai di DUN Bagan Pinang. Bilangannya hampir 5000 orang . Ramai tu, hampir 30 peratus undi keseluruhan. Ini tentu berita yang menggembira bagi BN kerana mereka selalunya akan mendapat undi yang besar dari pengundi pos. Menteri Pertahanan pasti akan memainkan peranan besar di sana nanti. Ini bagi mengubati kekecewaan di Permatang Pasir. Adakah undi pos masih releven dalam sesuatu PRK di negara ini? Persoalan ini penting kerana undi pos masih dipertikaikan kesahihannya. Pengundi akan mengundi, kemudian memasukan borang undi dalam sampul dan dimasukkan dalam guni SPR. Siapakah yang mengawal guni tersebut dalam beberapa hari sebelum hari pengundian dan pengiraan undi? Pihak SPR mesti memberikan keyakinan terhadap rakyat bahawa undi itu benar-benar telus. Pihak selain dari BN selalunya mendapat undi yang cukup rendah

Merdeka

Image
Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52. Kita sudah membebaskan dari dari penjajah selama 52. Itulah yang sering diucapkan oleh sesiapa yang diwawancarakan oleh mana-mana media. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan oleh British. Saya merasakan semua rakyatnya ketika itu gembira kerana telah bebas dari penjajah. Kemudian, Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah, sarawak dan Singapura dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selepas itu Singapura membebaskan diri dari Malaysia. Itulah gambaran awal sehingga kini bagaimana negara tercinta ini dibentuk. Kita telah membentuk satu semangat untuk bersatu ketika merdeka dahulu. Negara ini dibina dengan semangat bersatu, oleh itu UMNO, MCA dan MIC bersatu dalam Perikatan. Parti lain juga bersama untuk menuntut kemerdekaan, mungkin tuntutan berbeza. Walaubagaimanapun semua rakyat gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi. Sekarang kita telah m

Tak Tau Nak Kata Apa

Image
Nampaknya persidangan DUN Perak yang dikendalikan kelmarin dibuat di hotel bukannya dalam dewan. Sebelum ini, persidangan luar dewan dibuat di bawah pokok. Ini menunjukkan persidangan itu, dapat berjalan dalam suasana lebih baik walaupun ada halangan untuk masuk ke DUN. Ada yang ditangkap. Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, hak rakyat perlu dikembalikan. Mereka telah menolak BN dalam PRU12 yang lalu. Sekiranya BN merasakan ia kuat, perlu diadakan satu pilihanraya lain bagi memberikan peluang kepada rakyat memilih. BN telah memb uktikan bahawa mereka telah berjaya merampas kuasa di Perak. [tahniah]. Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, jalan penyelesaiannya adalah serah kembali kepada rakyat. Apabila PM meminta pemimpin politik supaya menghormati undang-undang, adakah cara perlantikan speaker baru serta MB Perak sekarang mengikut undang-undang? Persoalan ini tetap bermain di fikiran rakyat. Mereka perlu mendapat kebenaran sebenarnya. Rakyat berharap, pemimpin patut mengh

Tak Jadi

Image
Kelmarin (1 September 2009) SPR telah membuat keputusan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kekal kepada wakil BN. Tidak akan ada pilihanraya. Alasan dari pengerusi SPR ialah dalam mesyuarat SPR telah membuat keputusan sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama. Tambahnya lagi, "Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal." Jadi harapan orang Kota Siputeh untuk menerima lawatan menteri tak jadi. Kalau tidak ni, bolehlah rumah mereka dilawati oleh para menteri. Mereka akan mendengar banyak

Aku Perhati .......

Image
PERTAMA : Aku tengok tren la ni menteri dan timbalan menteri dilantik dari kalangan yang tak menang dan tak masuk pilihanraya. Yang terbaru Idris Jala. Sebelum ni dan ramai, Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharum, Raja Nong Chik, Mashitah Ibrahim, Awang Adek Hussin, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi. Adakah dikalangan yang menang pilihanraya tak mampu atau tak boleh buat kerja. Kalau macam tu lebih baik tak payah pilih wakil rakyatlah. Pilih senator sahaja jadi menteri. Rakyat memilih pemimpin mereka dalam pilihanraya tetapi hanya melihat pemimpin mereka hanya sekadar bercakap dalam parlimen sahaja. PM, adakah anda tidak percaya dengan wakil rakyat BN yang telah dipilih rakyat? KEDUA : Pilihanraya di Jepun telah menunjukkan bahawa kuasa LDP selama 54 tahun telah ditamatkan. Rakyat Jepun telah menunjukkan kemarahan dengan tidak mengundi LDP, mereka memilih DPJ. Di negara kita, Malaysia juga parti perikatan (kemudian BN) juga telah memerintah selama 54 tahun (mulai pilihanraya 1955). Keb

Aku Rasa.....

Hari ini sudah 6 hari umat Islam berpuasa. Sudah 2 hari pengundi di Permatang Pasir membuang undi dan memilih wakil mereka. BN kalah lagi. Sudah 2 hari juga Kartika dibebaskan kembali dari dimasukan kedalam penjara. Sudah 71 orang yang meninggal kerana H1N1. Dr. Chua Soi Lek dipecat dari MCA. ADUN PKR Lunas keluar parti. Semuanya adalah antara rencah yang ada dipermulaan puasa tahun ini. PRK Permatang Pasir telah menyaksikan (pada pendapat penulis), tiada perubahan dari segi pola pengundian. Itu secara pandangan kasar, kerana jumlah pengundi yang berkurang, jumlah undi kedua-dua parti juga berkurang dan majoriti pastinya berkurang. Yang pasti pengundinya tetap memilih parti yang sama. Rasanya tidak ada kesan apa-apa dari kempen yang dijalankan. Pengundinya mengekalkan undi mereka seperti Mac 2008. Oleh itu, mereka tidak "makan" dengan isu pembangunan yang dibawa BN. Mereka selesa dengan keadaan yang ada. Mereka boleh melihat kemajuan disekeliling mereka, tetapi siapa yang &qu

Selamat datang Ramadan

Image
Esok (Sabtu), kita akan mulai berpuasa. Kita akan menyambut bulan Ramadan ini dengan isu kesihatan yang belum selesai iaitu H1N1. Kematian sudah 68 orang. Kita berharap dengan Ramadan yang berkat ini, penyakit ini akan berkurangan. Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa virus ini akan mutasi. Kebersihan hati dan jiwa dalam bulan mulia ini disamping berdoa kepada Allah sebagai jalan menghindari penyakit ini. Ujian atau bala dari Allah ini harus dijadikan pengajaran. Allah berkuasa dalam menentukan sesuatu, DIA tetap akan memberikan yang terbaik untuk makhluk-Nya. Selamat Datang Ramadan. Kami merindui kehadiran mu.

Calon-calon, Mesti Bersedia..

Image
Hari ini, saya terbaca berita yang menyatakan bahawa pemuda Pas dan PKR akan sokong calon BN. Ketua Pemuda UMNO ini cuba mengalih isu tentang masalah calon BN dengan menarik perhatian bahawa pemuda Pakatan akan sokong calon BN. Nampaknya dalam usaha untuk mengalih isu calon BN yang semakin kalut, isu ini cuba ditimbulkan. Adakah kemerosotan undi Pakatan akan lebih besar di Permatang Pasir berbanding Manik Urai? Dalam masa 3 hari lagi waktu berkempen, tentu akan ada banyak lagi isu tentang calon akan dikeluarkan. Nampaknya isu integriti calon menjadi fokus utama di Permatang Pasir. Seseorang pemimpin mesti bersedia, jika benar, untuk berhadapan dengan semua isu yang timbul. Mereka mesti berani dan bertindak dengan penuh keyakinan. Tetapi sebagai seorang Islam, bercakap benar itu lebih baik. Rakyat perlu seorang pemimpin yang benar dan berani. Seorang pemimpin mesti bersedia dalam semua keadaan. Mereka mesti bersedia menerima hukuman rakyat yang akan mengundi pada hari Selasa nanti. Rak

Kota Siputeh

Image
DUN Kota siputeh berada dalam Parlimen Jerlun bersempadan dengan negeri Perlis. Pekan utama ialah Padang Sera dan Kodiang. Sehari dua ini menjadi tajuk utama sama ada perlu diadakan pilihanraya kecil atau tidak. Perbincangan dari perspektif undang-undang juga dibincangkan. Dalam pilihanraya 2008 yang lalu, BN menang dengan majoriti 495 undi. Kawasan ini memang kawasan yang dikuasai oleh BN sejak dahulu. Sekiranya berlaku pilihanraya kecil, tugas Pakatan pasti berat. Kita berharap satu keputusan yang berdasarkan undang-undang akan diputuskan oleh SPR. Sebelum itu, pastikan usaha untuk mempertahankan Permatang Pasir diusahakan bersungguh-sungguh. Usaha BN nampaknya amat luar biasa kali ini.

Kembali Kepada Islam

Image
Wabak H1N1 yang menimpa manusia hari ini mungkin amaran dari Allah terhadap gelagat manusia akhir zaman. Manusia semakin jelas melarikan diri jauh dari Allah. Korban virus ini juga semakin ramai di seluruh dunia. Salah satu cara mencegah H1N1 adalah dengan memakai penutup muka. Penulis perhatikan muslimah yang memakai purdah tidak perlu mencari penutup muka kerana amalan yang sudah biasa diamalkan. Islam sudah menjadi contoh kaedah pencegahannya. Sekarang sudah nampak ramai yang pakai penutup muka macam pakai purdah. Bukan tutup muka macam dua orang yang dituduh bunuh seseorang yang di bicara lama tu. Itu sembunyi diri. Kembalilah kepada Islam nescaya kita selamat. Yakinlah, kerana Allah mencipta manusia maka DIA tahu apa yang terbaik untuk manusia yang dicipta-Nya.

Debat

Nampaknya isu calon BN kat Permatang Pasir telah dan akan menjadi tajuk perbincangan dalam PRK ini. Isu integriti calon akan menjadi liabiliti kepada BN. Nak jadi calon kena siap sedia. Orang pasti akan serang sebab inilah kesempatan yang ada. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayob mencabar Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi berdebat tentang calon BN tersebut. Ini bagi menjelaskan kepada pengundi Permatang Pasir tentang salah adab calon yang bertanding tersebut. Nak terima ka tak nak terima? Zahid orang yang memegang jawatan Menteri Pertahanan kena sanggup terima perlawaan tersebut. Macam mana Menteri Pertahanan tak berani?

Satu lagi PRK?

Sekiranya benda ini berlaku, iaitu terjadinya PRK Kota Siputeh maka dekat sikit nak pi tengok. La ni banyak pilihanraya yang jauh, dekat sikit pun kat Bukit Selambau. Kalau terjadi, boleh tengok orang Kota Siputeh macam mana, nak kalih ka dak? Ini kawasan BN sejak dulu. Eh, Eh, kira dok sibuk kat Permatang Pasir, tiba-tiba ada cerita kat Kota Siputeh.